Thursday, May 7, 2009

D SMKAP

Minggu depan 12hb Mei 2009 Pengarah Pelajaran Negeri Selangor akan berada di SMKAP KKB untuk mesyuarat pengurusan Sekolah Bestari. Kenapa d situ? Sebab sekolah tu sudah terpilih menjadi 1 daripada 2 sekolah showcase projek perluasan Sek Bestari 2009 kelolaan MDeC. Baguslah kan gitu! Tentu guru-guru kat sekolah tu teruja nak dapat title Sek Bestari. Kami di SM3KB dah masuk 10 tahun dah jadi SB....tahun lepas diletak pula ke SB Penanda Aras(? tak sebut pun Bestari Perdana? masa seminar sedekad lalu). Dalam tempoh tu seingat den tak pernah pengarah (yang silih berganti) nak datang tinjau-tinjau perjalanan SB di KKB. Tapi tak kisah la tu...kalau nak datang pun susah pula dibuatnya pulak kan? nak sedia itu ini, nak siap itu ini...mcm yang tengah dilalui mereka kat sana. Tapi kira bangga juga kami tahun tahun 2003, Dr Norizan (CEO MDeC), Tan Sri Amrin Buang (KSU KPM masa tu), Dr Salbiah (dr BTP ketika itu - sekarang dah gi kat kementerian lain)...datang melawat sekolah secara mengejut. Setakat tu je le..Dr Maznah pun dah 2-3 kali mengacah nak lawat KKB tapi sampai sekarang belum berkesempatan. Ada rezeki datanglah beliau ke sini nanti, kan kan kan.

No comments:

Post a Comment