Friday, May 29, 2009

SALAM JUMAAT

Sehari selepas balik dari Pulau Pangkor, keletihan dan mabuk lauk (sebab bekalan goji terhenti seketika gamaknya), hari ini ke sekolah seperti biasa. Dari jam 7.30 duduk dalam bilik server yang dah mula nak sejuk semula sampai 12.30 waktu balik, dapat juga selesaikan beberapa kerja. Surat jemputan kepada peserta Maxis Cyberkids dan perjumpaan mereka dengan Pengetua juga selamat diadakan. Hari Rabu 3hb pagi sampai petang dijadualkan sesi latihan untuk mereka. Entah le teman dapat ada sama atau tidak....ye le malam tu (Isnin) baru landing dari Sarawak pukul 12mlm...balik KKB mau pukul 2 pagi...esoknya nak bangun awal pulak. Bangun awal bukan masalah sebab kena solat subuh...yang tak bestnya lepas tu tak dapat le nak lelapkan mata buat seketika sementara menanti matahari terbit. Tak pa...itu soal kecil.
Perkara kedua yang dapat diselesaikan .. resolusi dan minit mesyuarat Persidangan Pangkor - dapat juga diedit, dibaiki dan ditokoktambah. Sudah berada dalam gpbnsde.googlegroups.com (jangan guna yang .txt tu tau).Sekarang tengah edit Pelan Strategik pulak. Sudah nak siap. Harap-harap GPB lain pun tengah sibuk buat perkara yang sama sebab semuanya kena kumpulkan dan dibind. Kalau terdesak boleh pos ke JPN, kalau tidak masa kat Heritage boleh buat penyerahan rasmi (he..he..he..) Lepas tu sebelah petang pergi lagi ke sekolah. Bantu pula penyelia asrama dan peserta nyanyian untuk 20 Jun nanti. Lagu dah dapat tinggal nak jadikan minus-1. Macamana ye? Tak pa...itu soal kecil juga. Malam ni kena relax....kepala ada pusing, mata ada pinar! Apa tandanya itu? Siapa boleh jawab?

No comments:

Post a Comment