Monday, May 25, 2009

23,24 - 25 sekali harung

23/05/09 -Dari hari Sabtu pagi dah mula bekerja (walaupun gur lain bercuti kecuali yang datang mesyuarat la). Menghadiri mesyuarat JK kurikulum...sepatutnya tak terlibat tapi diminta Ketua Panitia Sivik ganti dia....dah sampai ke sekolah (lepas tumpang sarapan sekali) baru cikgu tu kata dia hadir. Dah ada kat situ, terus aje le duduk sampai habis. Lagipun ada kerja yag nak disiapkan (montaj untuk hari guru belum selesai). Tapi lain pula yang timbul. JK Jadual Waktu dah buat perubahan tapi sepatah haram pun tak bagi tau .. bukan apa dah berkali-kali bagi tau dalam mesyuarat perubahan jadual perlu dimaklumkan kepada beberapa pihak - GPB (untuk urusan jadual makmal, S/U Peperiksaan - (untuk urusan buat soalan /tanda kertas), Ketua Bidang - (melibatkan pertukaran guru bawah pengawasa mereka). Dek sebabdah ternampak jadual induk depan mata, maka teman ambil peluang salin perubahan yang dibuat - ambil masa dekat 2 jam. Lepas tu sempat ubah sikit montaj hari guru peringkat daerah sebelum balik jam 2.30 ptg.
24/05/09 - Ingatkan hari Ahad nak rehat la pulak ..tapi apa boleh buat taik kambing bulat-bulat. Seawal lepas Subuh dah mengadap NB untuk mula pula kerja-kerja esiting bahan tayangan untuk lawatan Nazir - sampai malam kerja - siap bahagian Pengetua, PK, PK KOKU dan PKHEM. Sampai bahagian infra - fizikal sekolah kekurangan baahan dalam simpanan - terpaksa tangguh esok untuk cari bahan dalam CD. Dapat juga hit the sack jam 10.30 mlm - lagipun mata dah tak tahan sangat.
25/05/09 - Apalagi masuk je bilik lepas daftar kehadiran 7.15 pagi - selesaikan kerja-kerja rutin dulu. Sambil tu mana boleh jalan kerja jalan seiring. Sambil rendering bermula untuk movie infra yang tak siap semalam - dapat juga settlekan dua tiga perkara clericak - kemaskini labeling fail, sediakan bahan-bahan papan kenyataan - dapat pula panggilan dari tokoh guru yang tak dapat surat jemputan - kena tolong settle juga - tolong je bukan kerja teman pun - akhirnya selesai juga. Tengah buat print out brosur sekolah ... Dapat permintaan lagi untuk tengok hasil bahan lain untuk hari guru -terpaksa tangguh kursus kompetensi sesi 2 yang sepatutnya diadakan hari ini. Pukul 5 masih kat PPD selesaikan hal tadi. Balik rumah pukul 5.45 ptg...dah mengadap nb lagi print brosur dan burn CD untuk esok. Selesai semua baru dapat update blog.
Esok - 260509 - awal pagi kena tengok rehearsal Hari Guru - dalam pada itu kalau jadi Nazir datang - tak tahu macam mana nak attend sebab pukul 11.00 pagi dah nak bertolak ke Pangkor - Mesyuarat Sek Bestari Negeri Selangor. Jika tak ada line di sana, hari Khamis baru boleh update.

No comments:

Post a Comment