Wednesday, May 27, 2009

LAPORAN DARI PANGKOR

Semalam lepas makan-makan, meraikan KUTV Hulu Selangor dan Kelang yang telah dinaikkan pangkat, satu rundingan meja bulat telah diadakan di kalangan GPB Negeri Selangor dipimpin oleh En Zahri JPN. Tak ada apa sangat, cuma sikit maklumat apa yang akan diadakan esoknya (hari ini le) dan perlantikan macam JK GPB Selangor (gitu le kot).Seperti biasa-biasa, teman juga yang dicadangkan jadi Pengerusi sebab teman orang lama (kata deme). Tak kira lah ....bukan tak biasa..peringkat kebangsaan pun teman jadi naib pengerusi(dah masuk 9 tahun) tapi hampeh tak ada apa boleh dibuat. Suara pun tak ada sapa nak dengar, nak jumpa pun bukannya senang. Tak kisah le tu peringkat kebangsaan. Tapi dengan semangat baru, 1 Malaysia, GPB Selangor pun boleh! Satu Selangor la gitu! Yang veteran cuma ada kome bertige...teman, Badri dan Halim. Jadi badri jadi Naib, Halim jadi bendahari (duit tak ada pun lagi!). lepas ni pakat-pakat le kita hulur pada Bandahari ye! Yang lain-lain jadi ahli JK -semuanya 9 orang.Ahli biasa tak ada ke? Luar biasa ni!
Jadi pagi ni akan bermula persidangan pertama JK GPB Negeri Selangor.....apa kesudahannya ..tunggu malam ni ye!
Sambung la pulak....lepas pembentangan tindakan strategik semua sekolah terlibat (10 yang hadir) dari awal pagi sampai tengahri (sebelum berhenti makan) terluah sudah apa yang selama ini terbuku di hati. Bagus mesyuarat kali ini...dapat maklumbalas yang sebenar dari semua yang terlibat....tapi lepas tu kena sediakan laporan yang akan disampaikan ke pihak yang lebih atas. Harap-harap tidak tersekat kat mana-mana. Ye le kita perjuangkan untuk naikkan nama Negeri Selangor.
Sebelah petang dari 2.30 hingga 6.00 terus pula menyediakan instrumen pemantauan yang dijadualkan akan dijalankan dalam bulan Julai. Dah tu modul yang dijanjikan tergendala le sekejap. Kena siapkan bila ada kelapangan. Tak kisah la tu sebab mulai sekarang dengan pendedahan dan persetujuan yang dicapai semua hubungan adalah melalui email (gpbnsde@gmail.com), perkongsian bahan melalui group email (gpbnsde@googlegroups.com) dan makluma-maklumat terkini boleh dilihat di www.gpbnsde.blogspot.com. So kalau nak apa saja yang terhasil dari mesyuarat kali ini, dapatkan di sana.
Malam ni ingatkan boleh relax sikit tapi dah nak kena semak semula instrumen yang telah dibuat oleh rakan-rakan yang lain. Esok kena bentang untuk permurnian.

2 comments: