Wednesday, May 6, 2009

DAH MASUK SEDEKAD
















Tahun 2009 .... dah masuk sedekad Sekolah Bestari diwujudkan. Ada sekolah daripada 88 buah yang dinobatkan (? - sijil pun baru dapat) sebagai sekolah bestari sejak akhir tahun 1999. Dalam bulan November satu mesyuarat telah diadakan di Pulau Langkawi (kira first time dalam sejarah hidup ini dapat tinggal di hotel - sebelum ini 20 tahun dalam dunia pendidikan mesyuarat ka, kursus ka, semuanya kat sekolah je. Kalau menginap pun kat asrama juga!) Lepas tu tahun demi tahun kursus semua kat hotel belaka. Untung badan dapat jadi sekolah bestari. Sambutan Sedekad telah berlalu..tapi minta maaf kalau rumah siap pahat berbunyi. Ada komen momen dari peserta seminar yang agak terkilan di hati. APA DIA? Ni DIA...
i. Perasmi utama tak jadi datang...Menteri Pelajaran yang baru dilantik masuk kabinet ada hal lain lebih utama. kekecewaan jelas ternampak pada wajah Pengarah BTP yang terpaksa merasmikan majlis anjuran sendiri. SEBABnya? Timbalan Menteri pun tak dapat datang (?), KSU yang patut ganti pun tak dapat datang(?) ...dan entah siapa lagi yang diwakilkan pun tak dapat datang.
ii. Montage perasmian sungguh mengelikan hati. Gimik menekan rsotrum berlampu kalimantang pun kira dah tak menakjubkan. Nasib baik Menteri tidak datang! Kalau tidak??? Dah la pulak tu lagu iringan perasmian -tiupan seksapon tak sampai 2 minit tu lagi menggeletek jantung. Baik panggil pelajar SSAS tiup satu lagu ... lagi nampak real.
iii. Majlis makan berhidang di D Tasik malam 29hb nampaknya tidak mencapai apa-apa tujuan. Kalau setakat pengarah duduk dengan pengarah (dan stafnya) sementara GPB duduk le dengan geng GPB...baik makan kat cafe je..lagi dapat makan macam-macam..ada cokelat lagi! Alangkah baiknya masa dan ketika itu Pengarah-pengarah tu duduk semeja GPB untuk mendapatkan maklumat sebenar perjalanan sekolah bestari (spt kata Cik Chan - from the horse's mouth). Baru pihak atas-atas tu faham apa yang sebenarnya sedang berlaku di sekolah-sekolah bestari masa kini. Tapi apa nak dikata 'gagak takkan sama dengan enggang, kan kan kan". Nanti nanti kalau nak sambut 15 tahun ke,20 tahun ke,,jubli perak ke , buat la elok-elok sikit...tanyala kat GPB-GPB yang dah lama bestari ni bantu mana yang patut. Kalau panjang lagi umur untuk raikan jubli perak SEKOLAH BESTARI, sudi-sudi lah jemput nana sama...kalau masih bernyawa la!
Apapun resolusi telah dicapai (?) dan harap ada tindakan susulan yang membanggakan.

No comments:

Post a Comment