Thursday, May 14, 2009

Ahhhhh.....

Sehari lagi telah berlalu. Pada awal pagi tak berapa terasa tekanan kerja. Lepas satu kerja rutin - menyediakan laporan kehadiran semalam, terus kepada menyediakan soalan untuk peperiksaan 1/2 tahun. In between settlekan beberapa perkara mendatang -finalise pemilihan Cyberkids - walaupun ada hati-hati yang terluka atas keputusan awal terpaksa dipinda-,kerja-kerja servis air-com (bukan teman buat tapi nak juga tengok-tengok),buat beberapa panggilan berhubung masalah PC -pembekal BEST MULTIMEDIA- ganti 36 buah - 2 drpnya OS corrupt; sampai skarang tidak ada recovery CD- percubaan JTK instal XP biasa berjaya bertahan 1 bulan. Genap sebulan crash semula. Masa ni la pula tak ada pihak yang betul-betul dapat bantu. Helpdesk BTP kat1-300-88-2005 macam hidup hidup mati (kata orang yang menjaganya la- bukan tuduhan teman tau!) Biorla dulu...deme kata nak tolong settlekan kelak. Baru nak lega jap dah kena masuk relif - bawa je bebudak masuk makmal untuk buat akaun emai (ada le dalam 8 orang berjaya !) dan register 15 pelajar 1G kat thinkquest.org. Tinggal kurang lebih 11/2 jam sempatle tunaikan solat Zohor....lepas tu ada pula rezeki makan nasi ayam - tumpang guru-guru sains mesyuarat kat sini - jumpa dengan Cikgu Dian (Gedangs) bersembang sambil makan. Elok selesai loceng balik berbunyi - bergegas hantar anak balik rumah - kalau tak 2 jam lebih dia kena tunggu kat sekolah. Sebelum 2.30 balik semula untuk Kursus Kompetensi kumpulan 2. Ramai pulak hari ni yang datang...keadaan pula panas (air-cond tengah diservis la katakan) - lebih ramai yang ganti hari berbanding dengan yang sepatutnya hadir. Semua tu teman tak kisah. Janji dah selesai nanti teman buat laporan sapa-sapa yang tak hadir langsung. Jawab le meke dengan pengetua. Balik ke rumah kepala tak pusing-pusing nak fikir apa-apa. Tunggu esok la pula!

No comments:

Post a Comment