Monday, January 31, 2011

Jan 31

Isnin - hari akhir bulan pertama tahun ini. Sekolah dah cuti - ganti la Sabtu2 nanti. Ingat pagi ni nak gi bagi darah kat hospital,,, tengok dok ada kat 11.3 dari 5.45 pagi.. dah telan 1 biji ubat...pukul 7.15 check dok tang tu jugak. Tak jadi la nak pi check ..appointmentnya esok. Tengok esokla pulak. Hari ni nak ke bank settle urusan akaun JKKK, nak pi sekolah lekatkan plate garaj TK... nak pantau sekali kerja2pemasangan fibre optik oleh Wajuna. Petang? free le kot... come what may!!!So lepas update blog, keluar pi cari penandatangan surat bank tapi tak ada kat kedai dia.. terus pi sekolah pasang notis garaj.. lagi 2 tak dpt nak pasang ada halangan kereta. Cari lagi dan dapat tandatangan orangnya..terus ke bank. Selesai 1 bab. Ambil hamper kat kedai... terus ajak ajk sampaikan tapi sorang ada kerja kat Ulu Yam. Sementara tunggu punya tunggu ... buat kerja kat rumah je.. dah masuk Zohor. Lepas Zohor baru keluar semula edarkan hamper.. dpt 2 rumah .. lagi 2 tak ada orang kat rumah. Balik dulu ke rumah buat apa yg patut sementara tunggu asar.. pukul 6 keluar lagi dpt 1 rumah...lagi satu masih tak ada di rumah. Maghrib...Isyak di masjid.. terus pi rumah 1 lagi ..ada pun dia di rumah. Rupa2nya balu apek yg agak dikenali 10 tahun lalu...selesai bab 2. Balik dah 10.00 mlm..tengok tv sampai masuk tidur 12.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 30, 2011

jan 30

Ahad - Bangun tetap awal walaupun tidur lewat. Masa masih ada update blog dulu.. nanti sepanjang hari dibolot dek anak line. Pukul 10 nanti ada mesy PISCAP.. petang tak ada program lagi... come what may!!! Habisnya balik dari masjid lepas Subuh..baca paper... sampai ke 9 lebih. Siap la ana nak ke mesy... tunggu punya tunggu tak ada orang..sorang je yang mai sbb diSMS semalam. Yang lain2 kena dicall baru nak mai.Rupa2nya mesy pukul 2.30 ptg. Ketua pun ada kat Shah Alam.. habisnya batalkan je. pi ke pekan tempah hamper. Balik baring jap sampai 1.30.. Zohor ..hujan masih turun.Buat itu ini sambil tunggu masuk Asar.. ke masjid dan balik dah 6 ptg. Vuba try nak buat photoshop gambar JK UPK. Tak dpt grap le.. minta anak buatkan ..settle. Isyak ke masjid... pi kenduri tahlil.. balik dah 10.30 mlm. Dpt print sekeping gambar yang dah siap. Masuk tidur 11 lebih juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 29, 2011

Jan 29

Sabtu - jemputan kenduri kahwin & tahlil menyusun hari ni. 2 di Rasa - bekas guru sm3kb merangkap bekas warden asrama selama hampir 5 tahun - Cikgu Hj Mokhtar Hussin akan kahwinkan anaknya bekas pelajar sm3kb -Ahamd Hafiz & Dr Nur Faezza (2 sekali jalan) di Dewan Serbaguna Rasa. 1 lagi di Rasa juga - mantan pengerusi PIBG pesara Unit kecemasan Hospital KKB - Tn Hj Zanhuri akan kahwinkan anaknya Mohd Lail Qadri nya bekas pelajar sm3kb juga. 1 lagi agak jauh sikit dan merupakan reception ulangan - Cikgu yang sedang mengajar di SM3KB - Rafizi & Ili... dah langsung bulan Dism lalu kali ni di rumah pengantin lelaki pula sekali buat dengan adiknya di Felda Gunung Besout,Sungkai. Malam ni ada jemputan kenduri arwah... pukul 11 mlm nak bergerak ronda2 nahi mungkar kat taman ni oleh JK masjid.. dah dipersetujui dlm mesyuarat khamis lalu. Dapt ke nak pergi semuanya.... come what may!!!! Lepas Subuh menghadap NB.. berhenti sekejap untuk baju kain baju... terus siap untuk ke majlis2 walimatul urus... kedua2 di Rasa dpt dihadiri... satu lagi terlepas lagi. Balik singgah kedai PC Wajuna di Btg Kali.. ada urusan masala notebook... balik lepas zohor lepak2..nak lelapkan mata la konon..hujan mula turun ...suasana jadi sejuk..bwa ke asar..bawa ke maghrib...bawa ke Isyak...lepas isyak kenduri tahlil di TAI dan di TAP... hadir yang di TAP. Balik dah 10 mlm... layan Nb skejap sebelum 11 keluar semula untuk operasi kali pertama Nahi Mungkar. Selesai urusan dan masuk tidur hampir 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 28, 2011

Jan 28

Jumaat - hari ni pun ad mesyurat.. tapi petang la pukul 3... masih ada satu lagi tugasan belum selesai semalam... ke bank untuk tukar tandatangan akaun jkkk. Hari ni juga kelas mulai 8.50-rehat-9.50. Kemudiannya ada jamuan pot luck.. sambut TBC kot..ptg ni mesyurat UPKKKB setakat sekarang mlm ni tak ada program apa-apa...come what may!!!. Hari juga kerja-kerja memasang fibre optik ke bangunan blok PPU dah mula - sponsor PIBG. Kelas pertama 8.50 - kleuar kelas makan2, sembang2 -pot luck - nak masuk kelas lepas tu 9.50 rupa2nya pukul 11.10.. masuk semula sesi pot luck sambung makan2... tapi tak la nak makan banyak sangat... bihun sup, roti jala 3 gulung, rojak buah, agar2 sikit..pisang goreng... air tak minum pun sbb tu tak minum2. Dari keluar kelas sampai waktu balik siapkan apa yang patut. Balik rumah.. siap untuk ke masjid solat Jumaat tak balik ke rumah dah..kesuntukan masa.. terus ke tempat mesyuarat UPK. Sebelum 3 ptg ke bank dulu urusan tukar tandatangan akaun JKKK. Terpaksa tunggu2.. lari ke mesy dulu.. pukul 4 .15 gi semula ke bank. Ada yang tak cukup dokumen surat permohonan, jadi tak selesai juga.. kena dtg lagi isnin nanti. Sambung balik ke mesy sampai 5.00 petang. Gi pulak ke sekolah tengok kerja-kerja pemasangan fibre optik sbb orang pejabat semua dah nak balik. Tak selesai juga tangguh Isnin nanti... terus ke stesen komuter ambil anak balik dr KL. Lepas asar tunggu meghrib tunggu Isyak.. menghadap depan tv..dari Raja Lawak ke movie tajuk apa tah...masuk tidur 12.30.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, January 27, 2011

Jan 27

Khamis - apa pulak planning hari ni? semalam akaun upk dah siap, nak sain minit dah siap... tinggal nak pulangkan dan ke bank untuk tukartangan akaun jkkk. Selin tu ada mesy ke idak JK Pengurusan tak ada pulak notisnya. Ikut jadual baru tak ada kelas hari ni..tunggu relif je le. Petang latihan rumah sukan.. sempat ke? come what may!!!
Memang dapat relif pun..2 kelas sekali..sebelum rehat & selepas rehat. Tgh dalam kelas pengetua cari.. lepas kelas dlm bilik pengetua ada 2 orang sedang berbincang - sorang mantan pengetua smkhd & mantan pengurus Yayasan Selangor - Hj Shahibi (kini kaunselor Rumah Pemulihan Akhlak (swasta punya pun ada) di Beruntung Prima. sorang lagi pembekal alat perakam waktu elektronik. Bincang2.... sampai 11 lebih... buat itu buat ini dah time nak balik.Maka balik la kita. Lepas solat dlama 3lebih ada app dengan kontraktor kecil untuk buat papan tanda di balai2 raya. Selesai dah masuk waktu Asar... ada app pula dengan bendahari UPK..sebelum tu singgah masjid besar.. ingat kot boleh jumpa kat situ tapi tak ada .. kena le ke rumahnya di Pdg Golf. Beres urusan dah dekat 6 ptg. Dah sampai rumah teringat la pulak bahan untuk mesy jk masjid mlm ni. Sempat siap sebelum keluar Isyak dan sambung ke mesyuarat sampai 11 mlm. Balik ..masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 26, 2011

26 Jan

Rabu - Kelas hari ni ada 3...2 awal pagi dan 1 lewat pagi. Hari ni juga ada app kat hosp sg buloh pukul 2 ptg.. nak bergerak awal - 12 tgh kot. Seblum tu ada urusan perlu dibereskan..sempat ke? Come what may!!! Masuk kelas keluar kelas..dah 11.30. Punch out balik rumah dulu... pukul.12.30 baru tuju ke sg buloh. Sampai awal..seblum 2 ptg kaunter daftar sentiasa buka, tapi kaunter unit ent tak buka sampai 2 ptg tepat. Sesi terapi berjalan selama 1/2 jam je. latihan sebut aaaaaaaaa.. exercise untuk peti suara. Balik sampai 3.30 ptg..singgah gi ambil buku akaun upk..tak ada tak boleh close kes. Sampai rumah 4 lebih..zohor..ke asar..start review semula akaun upk .. selesai pukul 10.30 mlm. Tak lengah lagi dah..terus masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 25, 2011

Jan 25

Selasa - plan hari... kelas ada 2, nak call peg kedutaan Jepun, ada mesy pukul 2, latihan rumah sukan pukul 3, minit mesy TK nak buat, minit mesy JKKK nak print dan dan dan.... come what may!!! Lepas kelas pertama baru nak mula kerja2 penyelia asrama minta tolong tunjuk jalan ke pejabat odit di KL.. tertangguh la smua kerja dirancang. Dari pukul 9 sampai 1.30 baru sampai balik ke KKB. Singgah di Rawang makan nasi pelbagai pilihan lauk, perut pun mula meragam... jadi terus berlabuh kat rumah. Lepas zohor baru ke sekolah semula untuk mesy PUAS... latihan sukan pun terlepas. Selesai pukul 4 lebih.... settle sikit kerja2 yang sempat. Pukul 5 nak balik terserempak pula dengan member bincang pasal projek papan tanda balai raya. Tup tup sampai rumah dah 5.30 lebih ...dah dekat nak masuk simpang ke rumah ..terlupa pulak nak ambil barang kat kedai (cop JKKK)...terus je ke kedai tu semula kat pekan KKB....pukul 6 lebih baru sampai rumah. Lepas asar sementara tunggu maghrib tengok akaun UPK...Isyak di masjid ... minum2 lepas kuliah bersama Ustaz Omar.. balik ke rumah dah 10 mlm. Buat itu buat ini..sebelum masuk tidur siapkan akaun UPK..tak dapat nak tutup sbb buku akaun bank tak ada. Esok kena cari Bendahari dapatkan... harap2 boleh selesai esok juga. Masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 24, 2011

Jan 24

Isnin - Nasib baik bangun segar walaupun petang tak tidur.. tidur 6 jam je. Pagi ni ada penggambaran lagi.. watikah lantikan guru disiplin, majlis kepimpinan pelajar (dulu2 pengawas) dan pengawas PSS. kelas pukul 11.50 - sebelum tu kena masuk kelas relif 2 waktu lagi sampai 11.50. Lantak le...come what may!!! Bab pertama selesai..gambar diambil, upload ke blog. 10.30 masuk kelas untuk ganti rupa2nya jadual dah berubah... patutnya 9.50 tadi masuk kelas ni IC untuk PSK..lkani masuk relif..jadi gunakan waktu ni untuk PSK... kalau tidak esok pasti haru biru. Lepas ni nak kena pi semak semua kelas..pasti jadual berubah juga. Baiknya lepas ni 11.50 free sampai balii..tapi dah pulak ada mesy PSS. Lepas keluar kelas buat itu ini termasuk betulkan jadual sampai waktu balik. Mesy PSS tak pergi pun - tak masuk dalam JK dan tak ada surat jemputan pun. Tapi tak boleh balik pukul 2 sbb anak buat study group sampai 3 ptg.. dapat juga siapkan kerja. Balik 3 lebih.. menghadap kerja check akaun upk ..bawa sampai ke malam. Pukul 11 masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 23, 2011

Jan 23

Ahad - hari yang kembali tenang buat seketika... walaupun tak ada program dirancang tapi banyak kerja2 perkeranian yang menanti .. check akaun UPK sebelum 27 Jan, surat menyurat JKKK.. tiada tempoh masa..asap je.apapun come what may!!!Sebelum keluar ke pasar, sempat la update blog. baca berita. Keluar ke pasar pukul 9.. balik pukul 10..baca paper sampai 12.30. .. siap ke masjid untuk zohor. Balik dah 2 ptg.. makam keluar semula..angkat barang2 dari balai ampang pecah ke pejabat pas kawasan di btg kali. Selesai kerja 4.30 ptg. Ke masjid untuk asar pulak. Balik dah 6 ptg.. ke kebun sat main bakar2.. masuk dah 7 mlm. Lepas maghrib.. ke kedai beli roti canai untuk jemaah lepas kuliah. Lepas Isyak 9 lebih..makan2, sembang2.. terlepas tengok Merlin..balik rumah 10 mlm. Tengok Smallville...masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 22, 2011

Jan 22

Sabtu - sekolah ganti 1. Ada program pulak.. harapan unggul pmr 2011.. kena ambil gambar la pulak. bermula 8 pagi bawa ke 11 pagi.. selesai part perasmian..gambar semua dah dambil.. slot motivasi ambil 1-2 shot saja. Dalam tempoh tu sempat uplaod gambar ke blog sekolah. Antara tu sempat siapkan Buku Rekod mengajar.. dah hantar untuk semakan. lepas waktu balik 12.30 ada mesyuarat Agung Tabung kebajikan.. ke 30 9dah 30 tahun jadi setiausaha). Mesy berjalan lancar.. dilantik lagi jadi SU. Selesai emuanya 2 ptg. Balik lepas makan, solat mata tak tertahan.. sambil tengok tv sambil belayar ke alam mimpi. Bangun ingatkan baru 6 ptg, rupa2nya dah 6.30. Sempat asar sebelum masuk maghrib, mula kerja check akaun UPK.. sambung sikit lagi sebelum masuk Isyak. Ke masih, rupa2nya ada kuliah.. pagi punya bawa ke malam. Sembang2 sambil minum bersama ustaz..dah 10 mlm. Balik sambung kerja check akaun..sampai tak tahan mata...rupa2nya dah dekat 12 mlm, Terus masuk tidur je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 21, 2011

Jan 21

Jumaat - Penghulu segala hari menjengah lagi. Petang ni mesyuarat lagi... apa pun selesai dulu kerja pagi ni... come what may!!! 3/4 waktu habis untuk siapkan buku rancangan mengajar bermula 3 jan.. untuk 3 minggu lepas... tengok jam dah dekat waktu balik. Ada pulak relif waktu akhir. Balik lepas jumaat gi ke mesyuarat khairat kematian sampai 5.30 ptg. Balik rumah selesaikan minit mesy jkkk yg lepas..minggu depan dah boleh hantar ke PLB. Dari 11 mlm tertengok pulak cerita 'Transporter'.. layan sampai 12.30 lebih.. baru masuk tidur.Esok sekolah ni!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, January 20, 2011

Jan 20

Khamis - cuti taikmasam. Hari ni 2 mesyuarat - PAS Cawangan 7 JATIKAP. Sebelum tu ke pasar beli ikan sayur. Sempat pulak buat draft surat aduan pendudk Taman DBB bau busuk kolam ikan. Ni dah lebih 10 pagi..korum tak cukup lagi nak mesy. Perasmi dah sampai..ahli tak sampai2... come what may!!!Akhirnya dekat pukul 11 baru mula mesy.. dengan kehadiran ahli 7 orang... sorang lagi on the way. Semua ni kena diubah. Maka berjalan mesy ikut agenda.. akhirnya dilantik pula jadi Timb Ketua Caw.Ampang Pecah. Lagi senang nak buat perubahan. Selesai mesyuarat dekat 1 tgh. Balik sempat solat zohor .. pukul 2 dah keluar semula untuk mesy JKKK pulak. Siap-siap dulu... pukul dekat pukul 3 baru nak mula.. biasa la tunggu korum juga. Bincang itu, bincang ini.. banyak surat menyurat nak kena buat... habisnya 5.30 ptg. Sampai rumah dah 6 otg. Lepas asar, mula start buat minit...bawa ke Isyak di masjid. Ada pula kes kematian - emak kepada mualaf yg dibantu awal tahun lepas di Ampang Pecah ni. Yang mati bukan Islam.. tapi dapat juga bantu bereskan tuntutan warga emas sumbangan kerajaan negeri selangor dengan bantuan PKM Hulu Bernam - Cikgu Sukor. Tindakan seterusnya oleh Ketua Kampung - bagi borang, serah kpd pengawai yg pegang duit. Dianggap selesai. Balik dah pukul 10 lebih..sambung sikit lagi buat minit sampai 11 mlm - masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 19, 2011

Jan 19

Rabu - Esok cuti, hari ni kerja, kerja, kerja. Mcm biasa masuk kelas keluar kelas..naik tingkat 1 bangunan F 3 kali hari ni. Dalam pada tu sempat la buat itu ini.. bincang itu ini ..siap kerja itu ini. Cukup time balik..balik le. Tak sempat nak baring2... tengok2 tv..sampai maghrib ke isyak. Kononnya ada usrah mlm ni..gi le kita tengok sampai 9.40 tak ada g datang..tuanpunya tempat ada le... balik le sebelum 10..tengok2 tv ..masuk jam 11mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 18, 2011

Jan 18

Selasa - Pagi ni rasa ok sikit... mata pun terang semula. Memang sah punca keletihan mata sebab kurang tidur. Tapi sampai di sekolah je tension hari ni mula terasa. Kelas awal pagi dan 9.50.. Kelas ganti lagi 11.10.. pukul 9 nak bagi taklimat PMD Ting 4... daftar guru pelatih sorang ada problem nak email ke RA pun belum sempat... nak update guru kluar mesy dalam SPS, mesy panitia 2ptg nanti..uhhhh..come what may!!!Lepas sekolah hadiri mesy Pan ICT sbb ada jemputan.., panitia Sivik tak ada surat.. .tak ada surat tak pi la. Habis 3 ptg.. terus balik.Sejak tadi rasa mengantuk pulak.lepas solat..pukul 4 baru dapat baring...terus terlelap sampai 6.45.
Nasib baik tak terlejak asar...ngam2 selesai asar terus maghrib. Isyak di masjid..balik bincang sikit dgn Ameer.. buat surat jkkk..masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 17, 2011

Jan 17

Isnin - kemengantukan masih terasa walaupun tidur awal -11 mlm. Puncanya sbb tak sempat lelapkan mata sebelah petang dek kerana sibuk di luar.. tolong basuh pinggan cawan kat tempat kenduri. Banyak kerja surat menyurat menanti untuk segera disiapkan. Kelasd ganti 10.30 - kelas sendiri 11.50. Borang tempahan dewan belum ambik lagi kat pej daerah. Yang mana nak didulukan?.. come what may!!!Perhimpunan hari ni ada perbarisan, buat penggambaran. Ada pulak 4 org pelatih dari UNISEL... dok nak kena daftar dlm SPS... 3 ok 1 sangkut... dah try banyak kali masih tak masuk2. lantak le dulu..esok elok kot. Keluar dari kelas 12.30, bincang pasal menu & kerja kenduri bulan 9... bulan 9 dah nak siap bulan 1 ni. Lepas sekolah balik, tak dpt nak baring2 sbb kena gi pej daerah.. tanya pasal sewa dewan nak guna bulan 9,,, bulan 1 dah kena booking. Lepas tu sembang2 jap dengan YDP HS, PKM Hulu Bernam.. pasal perkara2 berkaitan isu semasa. Balik singgah kedai... sampai rumah dah 5.30 ptg. Lepas asar cuba buat movie klip merentas desa bawa sampai ke malam.. settle juga 1 ..tapi baru 1/4 je. Isyak kat masjid.. singgah kedai lagi..tunggu anak balik tusyen.. sampai ke rumah dah 10 lebih. Malas nak fikir2 lagi..masuk tidur sebelum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 16, 2011

Jan 16

Ahad - Lepas Subuh sembang lagi dgn ahli jemaah.. balik dekat 8 lebih. Duduk baca paper masuk dah dekat 9.. lepas makan roti, wakil RCOMM dah sampai ke lokasi pertemuan. Ada app dengan NGO Kitar semula.. nak jalankan beberapa projek kerjasama JKKK-RCOMM. Ingatkan boleh settle dalam 1/2 jam rupa2 dampai 12.30 (dekat 3 jam). Balik tukar seluar je dah keluar semula.. singgah ke sekolah jap.. gi kenduri kat Dewan Serbaguna. Ni petang masuk sini sekejap, kalau tak terlupa sampai esok. Petang ni nak gi tolong kemas dewan tempat kenduri, nak jumpa seseorang urusan kenduri bulan 9, nak tidur la pulak rasanya. COme what may!!!Belum pukul 10 dah dapat call org yang dinanti dah berada di tempat perjumpaan. Ingatkan boleh settle 30-45 minit tapi telah menjangkau sampai 12.30tgh... bincang2.. tengok kawasan... minum sat..terus minta diri. Kalau dilayan terlepas pulak nak ke kenduri. Janji nak tengok2 sebelum jemputan datang kat tempat kenduri tu pun terlepas. Salin seluar terus ke dewan makan kenduri. Ada juga kekurangannya bila hidangn tak di cater - tempat basih tangan terhad, air mineral tak tersedia... kakitangan membantu tak ramai.. harapkan bebudak je... mungkin tuan rumah tak jumpa direct untuk minta tolong dan pembahagian kerja tak dibuat sebaiknya. Lalulintas ok, PA System ok... hidangan pun ok. Yang tak ok lepas tu.. lepas orang dah makan2, minum2, sembang2.. nak basuh pinggan mangkok tak ada orang. Dek sebab janji pagi tak tertunai... pukul 4 gi semula.. tolong kerja2 mengemas kerusi meja dan basuh membasuh. Nasib baik anak2 buah tuan rumah ada..selesai juga dalam 1 jam. Periuk belanga biarla orang lain pulak yang kerjakan. Balik sempat asar..tunggu maghrib.. ke masjid Isyak..balik tengok Merlin.. Smallville..masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 15, 2011

Jan 15

Sabtu - Keletihan semalam blum reda,, pagi ni ada program gotong royong pulak dah. Ni ada kat sekolah la ni... mai pun awai mcm hari sekolah biasa. Minggu depan pun sabtu ada sekolah. Hari pulak ada jemputan sana sini... pukul 9 sembelih lembu, mlm ada kenduri tahlil, ada nak tolong susun meja di Dewan Serbaguna.... boleh pergi pergi, boleh buat buat...come what may!!! Pukul 10 lebih baru ke tempat sembelih lembu,, dah beres. Ke tempat urusan memasak.. dapat la tolong lapah lemabu sekejap.. 11.30 dah ke sekolah balik ambil anak balik rumah. Lepas zohor, lepak2 terus tidur sampai 6 ptg. Lepas maghrib ke masjid... lepas tu ada kenduri.. 10.30 gi dewan.. dah siap disusun meja kerusi. Balik je languk tengo tv... masuk tidur pun dekat pukul 1 lagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 14, 2011

Jan 14

Jumaat - dah agak dah mesti luper punya kalau tak buka awal pagi. Semalam Khamis 13hb tak buka blog ni sebab dah tutup malam sblumnya. Dah tu awal pagi buat persediaan last minit untuk taklimat bestari kpd ting 1 bermula 8 pagi. Lepas tu buat kerja sebab tak ada masuk kelas sbb bebudak kat dewan sampai waktu balik. Jadi selesai kerja2 urus email, Loceng balik terus balik pukul 2. Nak baring tak brapa mengantuk, lepak tengok tv sambil2 lelap mata sementara masuk asar... hujan pulak turun lewat petang. Lepas Maghrib ..masuk Isyak baru ke masjid... dari situ terus singgah kedai dan tunggu anak di tempat tusyen. Balik baru nak siap buat senarai aktiviti MAHAP dah 11 mlm.. masuk tidur je
Hari ni ada program Merentas DEsa... cuaca tak brapa baik.. nak hujan lebat lagi nampaknya... tapi the show must go on.Tugas - ambil gambar - serah kepada budak Briged Bestari... jadi boleh siapkan kerja kat dalam bilik sejuk ni kot. Petang ni punya program boleh tahan juga nak berlari sana sini.. silap2 luper semuanya.... 3 ptg kat masjid besar akad nikah anak nazir masjid kkb, nak gi ambil borang tempat dewan..nak ..nak .. come what may!!!! Program selesai pukul 11.30 ada pulak mesyuarat jk kelas tambahan.. tak pasal2 masuk jk sbb ada buat dokumentasi. Habis nya sbelum loceng balik berbunyi. Jumaat hari ni kat mesjid KKB.. tak balik lepas tu tunggu majlis akad nikah anak nazir.. balik singgah masjid ampang pecah solat asar. Lepas tu sembang2 lagi sampai dekat 6 ptg. Baru nak buka NB dah msuk maghrib... bawa ke Isyak. Nak sambung kerja sambil tengok Raja Lawak, ongumah nak pakai NB. Astro pula ada gangguan... ongumah pulak minta tengok program ada masalah - sejak semalam masalah tu - tak dpt nak konsentrate tengok RL sampai ke 11.30 mlm. Menghadap pula tengok Fantastic 4.. 12.45 masuk bilik tak habis pun tengok cerita tu.. kena tunggu ulangannya petang ni atau esok kot.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 12, 2011

Jan 12

Rabu - Walaupun tidur awal semalam tapi bangun pagi ni mata tak terang... tak segar. nape? Hari ni tak ada apa-apa perancangan tetap.. come what may!!!Speerti semalam..masuk kelas,keluar kelas. Antara waktu tu sempat siapkan kerja ... rekod guru ke mesyurat dlm SPS, check email btpnsel.edu.my, print email Zahri untuk pengetua pasal ganti ISP. Pukul 2 dah bergerka balik ke rumah... lepas zohor tanpa gangguan dapat berehat - tidur sampai 6 ptg lagi. Sedang dirikan asar hujan kat luar. Bawa sampai ke Maghrib.. hantar anak mesyuarat belia di MDHS.. singgah isyak.. ada kuliah maghrib.. minum,makan,sembabg.. ambil anak balik pukul 10 mlm. Katanya ada usrah lagi mlm ni.. keluar semula ke tempat usrah tapi tak ada orang pun. Balik je.. boleh update mlm ni...sbelum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 11, 2011

Jan 11

Selasa - Sehari lagi penuh dengan kerja,kerja,kerja... relaxs pun ada juga. Petang ni kononnya ada nak jumpa Pengawai JPS pasal CF Tmn Bukit Bujang.. tapi belum confirm., nak singggah bank update buku akaun JKKK, nak gi MDHS tanya booking Dewan, nak .... come what may!!!Masa berlalu... apa yang patut dibuat di sekolah dapatla selesaikan. Lepas sekolah terus balik 2 ptg.. makan, solat.. bergegas ke JPS.. settle.. singgah ke JHEOA..settle.. singgah kedai ROSJA.. minum2,sembang2 ..5.00 baru balik rumah. Lepas asar... siap maghrib.. ke masjid besar untuk Isyak. Hajat nak jumpa hamba Allah yang dtg dari jauh.. ingatkan dia nak bermalam di masjid. Rupa2nya dah bincang dgn nazir ..minta dtg Jumaat ni pula..untuk buat kutipan derma. Sembang sekejap dengan Nazir Masjid sebelum balik dlm 10.00 mlm.... 10.30 dah masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 10, 2011

Jan 10

Isnin - minggu kedua hari pertama.. perjalanan macam biasa. Ada perhimpunan, ada relif, ada kelas...ada mesyuarat 12.30 nanti.. jap tadi set kat PC pengetua .. aplikasi kehadiran. Ni baru masuk bilik lepas ambil gambar longkang nak dibaiki.. baru nak mula buat kerja dalaman pulak. Come what may!!! Jadi semuanya berjalan lancar.... masuk kelas keluar kelas, siap buat RPT yg tergendala sekian lama. Mesy sekejap pukul 12.30 smp 12.50.. fix date mesy agung TK 22.1.11.. kena siapkan surat menyurat. Tak balil awal hari ni.. ada latihan merentas desa.. tapi duk dalam blik je sbb habiskan kerja.Hujan turun lebat sekali lepas 4.30 ptg. Balik 5.30 ptg. Lepas asar, maghrib dan Isyak..tak ada mood nak kerja..masuk tidur 10.30mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 9, 2011

Jan 9

Ahad - Masih keletihan dek pergerakan semalam. Lepas Subuh, baring semula sampai dekat 9.. dibangunkan oleh kedatangan tetamu tak diundang. Sementara telur rebus siap.. update blog ini dulu. Hajat nak keluar juga..cari surat kabar.. gi pasar tapi lepas basih kain baju... baca itu baca ini..dah masuk waktu Zohor. Ke masjid.. balik ongumah 7 anak2 dah keluar di special gathering.. raikan kemangan F1. Dah tu nak buat apa.. mata masih letih.. landing atas katil le. Tak lama hajatnya sebab ada juga kerja2 nak dibuat.. 5.30 baru terpaksa bangun. Buat itu ini ... lepas maghrib baru ke masjid .. ada kuliah .. lepas Isyak.. minum2, makan2, sembang2 sampai 11.30 baru balik. Update blog sekolah sekejap..dah 12.30 baru masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 8, 2011

Jan 8

Sabtu - pagi ni dapat ke masjid untuk Subuh.. ada kuliah Subuh..ada nasi lemak. Bukan gi sebab nasi lemak ye! gi sbb kuliah dan ada kelapangan. Tak terkejar nak siap ke sekolah. Baru balik .. planning hari ni nak ke KL.. ziarah sepupu sepapat.. ada yang sakit, ada yg nak bincang2. jemputan kahwin pun ada hari ni..tapi melepas la kot. Baliknya belum tau..mlm ni ke esok ke..come what may!!! Selsai urusan dalam rumah..bergerak keluar dah 10 lebih..singgah anak2 minum kat restoran peladang sementara jumpa juruodit 2 serahkan buku tunai untuk semakan kedua kali. Lepas tu singgah pula rumah Cikgu Rosli kat Ulu Yam,, reinstall OS NB dr Jepun.. bukan ACER atau keluarganya tapi boleh masuk pakai FUJITSU... ingat boleh siap dalam 20 minit.. drivers pula missing.. kena tinggal je la. Terus ke Kampung Baru... minum2, makan2, sembang2, bincang2... pukul 4 bergerak pula ke Hospital HUKM bukan HB. Kat sana sampai 5.30, pi pulak ke Bangi hantar bakal menantu balik rumah sewaannya. Dari situ nak ke Kramat... singgah solat maghrib di surau sebelum pasar Kramat. Sampai ke destinasi, jemaah yang ada tengah doa lepas baca yassin kot. Lepas Isya buat solat hajat.. minum2, makan2, sembang2. Pukul 10.45 bergerak balik ke KKB.. pusing2 lagi salah masuk lorong nak elak jem sana sini.. jalan keluar dari KL jem mlm ni.Akhirnya sampai kat rumah dah 12.30 mlm... terus berlabuh atas katil dam ZZZZZZ.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, January 7, 2011

Jan 7

Jumaat - pagi ni pun bangun tak puas tidur.. tapi nak buat camne..bangun tetap bangun selagi boleh bangun. Hari ni punya planning .. kat sekolah nak update SPS - takwim, kelas ada satu..tengah tunggu relif..boleh tahan juga guru tak hadir hari ni..7 orang je...kalau dah rezeki dapat le!!! come what may!. Lepas pukul 9 tak terima maknanya tak ada le kot. Sebelum masuk kelas... siap kerja update takwim...sambung sampai sebelum balik. Dalam pada tu ada sikit intruption... pembekal nak pasang netwrok ke blok baru... bincang dengan pegnetua... tapi yang menggangu kerja cuma RPH je yang start buat pun lagi. Balik .. solat Jumaat.. gi sekolah semula da mesy JK PIBG.. minta RM&K untuk pasang fibre optik ke bangunan baru.. lulus. Habis 5.30..minum,makan.,sembang dah ke pukul 6. Baru sampai rumah AJK JATIKAP pulak dtg settle seperkara dua..asar blum solat ni... dekat pukul 7 baru dpt solat asar.. sambung Maghrib..sampai Isyak. Masuk tidur awal..mata tak tertahan lagi.. seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, January 6, 2011

Jan 6

Khamis - Hajat tak kesampaian hari ni...bangun tak seawal semalam. Bangun pagi terasa tak puas tidur sebab tidur 12mlm... check tahap gula dalam darah ..sah turun ke 18. Sebelum keluar minum susu kambing dan nestum.. telah ubat 2 biji. Sampai je sekolah sistem ada masalah sikit sebab semalam dah baut setting semula tahun persekolahan..terus semua nama staf hilang. Dah minta bantuan dari kekawan online... mesti ada yang tertinggal kat mana-mana setting ni. Sambil tunggu respond masuk kat sini.. pada masa sama tengah kemaskini acara takwim 2011. Kelas ada 2 hujung waktu nanti..11.50 & 1.10... tapi pukul 9 dapat surat jemputan mesyuarat JK Pnegurusan Sekolah. Sempat siapkan takwim bulan Januari.. bermula 11 pagi bawa ke 1.30.. baru habis mesy. Balik pukul 2.30,lepas zohor habiskan check akaun khairat.. pukul 4.30 gi ambil ongumah.. balik sambung lagi sbelum maghrib.. tak balance pulak. Hantar anak gi tusyen...balik siap ke masjid KKB Isyak..lepas tu solat hajat. Sebelum balik singgah tunggu anak dari tusyen...sempat lelapkan mata 1/2 jam dlm kereta. Sampai rumah dah 10 lebih. Start balik check akaun.. ingatkan sampai 11 cukup masa... masuk detik 12 baru balance akaun tu... lega dah selesai. Masuk tidur dah 12.30..aduh!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, January 5, 2011

Jan 5

Rabu - Hari ketiga... banguna pagi awal jam 5 ..test darah masih tinggi 18...try pulak telan pil..dan telur 2 biji...sampai sekolah pun awal sebelum 7.Hari ni cepat2 masuk sini takut terlupa lagi macam semalam. Kelas ada 2...awal pagi ni dan tengah hari sikit... kerja2 lain menanti..so come what may!!!Balik dari klas masuk bilik dah ada kertas relif..pukul 9.50 nanti. Sementara tu sempat siapkan proses data kelas 1KAA... nak masuk kelas ganti dah ada guru kat dalam..selamat. Lepas ni dapat selesaikan urusan Tabung Kebajikan... nak buat mesyuarat Isnin ni. Kelas kedua pukul 11.50..sampai 12.30 ada mesy rumah sukan. Harap2 lepas ni boleh balik rumah kot... nak baring2 la pulak... malam ni ada usrah lepas isyak..mesti balik lewat punya. Semua berjalan lancar. 12.30 bebudak ada mesyuarat rumah sukan. Masuk waktu dapatlah solat zohor sebelum loceng balik berbunyi. Hantar anak balik rumah.. gi balik makan tengah hari kat asrama. Pukul 3.30 dah sampai kat rumah.. dpt la baring2 sampai pukul 6 ptg. Sebelum maghrib mula buat kerja audit khairat.. lepas maghrib sambung sikit lagi..selesai bab pertama. Isyak di masjid lepas tu ke majlis usrah dan letak kerja walimatul urus Ustaz Nazaruddin. Seperti dijangkankan tamat bincang 12 mlm..sampai rumah dan masuk tidur 12.30 pagi. Check tahap gula dalam darah 30 !!! Bahaya ! Bahay ! Bahaya! .. terpaksa telan semula ubat hospital.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, January 4, 2011

Jan 4

Selasa - pukul 5 petang ni bari sempat update. Awal pagi dah ada kelas.. lepas tu ada kelas ganti .. lepas kelas dapat data pelajar proses sebelum terlupa. Dapat buat untuk 3 kelas. Tengok SPS ternampak pulak takwim.. kena update sebelum akahir bulan.. maka bermula kerja-kerja tersusun ..buat ikut sempat.. come what may!!! Lepas sekolah ke rumah SU Khairat Kemaitan ambil buku2 akuan untuk diodit... satu lagi kerja menanti. Balik dah 5 lebih..lepas asar ni nak gi ziarah Siak Saari Lebam.. dah lam uzur dek kena serangan prostate. Balik siap sedia untuk maghrib... isyak baru ke masjid.. malam ni clear dari gangguan. Balik pun awal sikit... dapat siapkan surat MAHAP..masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, January 3, 2011

Jan 3

Isnin - hari pertama persekolahan tahun 2011. Baru lepas perhimpunan... pemantau dari PPD pun ada. Tengah membetulkan apa yang patut kat dalam bilik server sbb dah lebih sebulan tak masuk sini.. cuti le katakan. Apa yang akan mendatang sepanjang hari ni..terima je la..come what may!!!Bermula dengan kelas yang perlu dimasuki... proses data pelajar... buat update blog..buat itu ini..sampai ke waktu balik. Pukul 2.30 ada di rumah..lepas zohor ingat nak baring2...dapat le sekejap ..dah ongumah call suruh ambil.. singgah kedai beli kasut.. $$$ fly...kat rumah sempat sediakan satu surat untuk masjid. Ingatkan boleh settle lagi satu. nak bawa masa Isyak nanti. Dah kena hantar anak gi tusyen pulak. Lepas Isyak kat masjid..sementara pukul 9.45 nak ambil anak balik..tak lama tengok tv..keluar semula. Balik dah tak larat nak buat apa..11 mlm masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, January 2, 2011

Jan 2

Ahad - Pendaftaran pelajar asrama pagi ni... jiran sebelah buat kenduri kahwin..mana nak didulukan .. come what may!!! Sebelum pukul 8 dah sampai ke asrama. Makan2. sembang2 sblum majlis bermula. Tanpa diberitahu lebih awal.. kena setkan LCD untuk pancaran ketika ucapan. Budaya lama masih berterusan... nak minta buat kerja tapi tak maklumkan awal2. Kepekaan tak ada.. semua take for granted ..smua orang tahu apa nak dibuat walaupun tak hadir ke mesyuarat bersebab. Lantak le. Pukul 11 lebih balik ke rumah untuk makan dan bantu sikit2 kat kenduri kawin rumah jiran. Masuk dah 3.30 ptg..lepas zohor baring2 terus terlelap sampai 6.30 petang..hajat nak gunting rambut pun terlepas. Lepas asar ..bawa ke maghrib gi masjid...ingatkan ada kuliah malam ni..tapi tak ada.. balik semula isyak baru gi semula. Lepas Isyak ke rumah kenduri tahlil hari ke3. Lepas 10 mlm balik..sterika seluar baju untuk esok. Sblum masuk tidur buka tv pukul 11 ada cerita Smallville... sejak bila siaran tu bermula tak tahu le pulak sbb lama dah tak tengok tv hari ahad malam. Masuk tidur 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, January 1, 2011

Jan 1

Sabtu - Happy New Year kpd sesiapa yg membaca blog ni. Setahun lagi telah berlalu, setahun lagi akan dilalui, jika umur dipanjangkan Allah. Hari ini tersusun program yang bertindah2 - gotong royong di TASKI, jemputan majlis akad nikah jiran sebelah, jemputan doa selamat pukul 11..nak hantar anak balik Serdang. Boleh ka layan semuanya.. come what may!!! Jadi pukul 10 ke masjid tengok anak jiran akad nikah. Balik ke rumah 11 lebih.. makan tengah hari. Dari 1.30 baring2 ...ingatkan nak keluar dari rumah ke Serdang pukul 2.30... terlelap sampai 3.30. Tok tek tok tek..siap2 je dah masuk asar. Lepas asar dah pukul 5 baru bergerak dari rumah. Singgah kat TESCO Rawang dah pukul 6 petang. Pukul 7 baru nak bergerak ke Serdang. Ikut jalan biasa ... sampai jalan kucing masuk DUKE terus berpusing2 cari jalan keluar ke Serdang ..sampai 10.00 mlm ...3-4 kali keluar masuk pucong-kinrara-putrajaya-dengkil-pusing2...minyak habis..masa terbuang.. akhirnya sampai juga. Lepas tu tak kemana-mana..dari 10.30 mlm menghala ke KKB...sampai rumah dekat 12 mlm. Tengok tv jap je...masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam