Thursday, January 6, 2011

Jan 6

Khamis - Hajat tak kesampaian hari ni...bangun tak seawal semalam. Bangun pagi terasa tak puas tidur sebab tidur 12mlm... check tahap gula dalam darah ..sah turun ke 18. Sebelum keluar minum susu kambing dan nestum.. telah ubat 2 biji. Sampai je sekolah sistem ada masalah sikit sebab semalam dah baut setting semula tahun persekolahan..terus semua nama staf hilang. Dah minta bantuan dari kekawan online... mesti ada yang tertinggal kat mana-mana setting ni. Sambil tunggu respond masuk kat sini.. pada masa sama tengah kemaskini acara takwim 2011. Kelas ada 2 hujung waktu nanti..11.50 & 1.10... tapi pukul 9 dapat surat jemputan mesyuarat JK Pnegurusan Sekolah. Sempat siapkan takwim bulan Januari.. bermula 11 pagi bawa ke 1.30.. baru habis mesy. Balik pukul 2.30,lepas zohor habiskan check akaun khairat.. pukul 4.30 gi ambil ongumah.. balik sambung lagi sbelum maghrib.. tak balance pulak. Hantar anak gi tusyen...balik siap ke masjid KKB Isyak..lepas tu solat hajat. Sebelum balik singgah tunggu anak dari tusyen...sempat lelapkan mata 1/2 jam dlm kereta. Sampai rumah dah 10 lebih. Start balik check akaun.. ingatkan sampai 11 cukup masa... masuk detik 12 baru balance akaun tu... lega dah selesai. Masuk tidur dah 12.30..aduh!!!

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

1 comment:

  1. jangan risau cikgu...semua akan diselesaikan dengan baik

    ReplyDelete