Monday, January 31, 2011

Jan 31

Isnin - hari akhir bulan pertama tahun ini. Sekolah dah cuti - ganti la Sabtu2 nanti. Ingat pagi ni nak gi bagi darah kat hospital,,, tengok dok ada kat 11.3 dari 5.45 pagi.. dah telan 1 biji ubat...pukul 7.15 check dok tang tu jugak. Tak jadi la nak pi check ..appointmentnya esok. Tengok esokla pulak. Hari ni nak ke bank settle urusan akaun JKKK, nak pi sekolah lekatkan plate garaj TK... nak pantau sekali kerja2pemasangan fibre optik oleh Wajuna. Petang? free le kot... come what may!!!So lepas update blog, keluar pi cari penandatangan surat bank tapi tak ada kat kedai dia.. terus pi sekolah pasang notis garaj.. lagi 2 tak dpt nak pasang ada halangan kereta. Cari lagi dan dapat tandatangan orangnya..terus ke bank. Selesai 1 bab. Ambil hamper kat kedai... terus ajak ajk sampaikan tapi sorang ada kerja kat Ulu Yam. Sementara tunggu punya tunggu ... buat kerja kat rumah je.. dah masuk Zohor. Lepas Zohor baru keluar semula edarkan hamper.. dpt 2 rumah .. lagi 2 tak ada orang kat rumah. Balik dulu ke rumah buat apa yg patut sementara tunggu asar.. pukul 6 keluar lagi dpt 1 rumah...lagi satu masih tak ada di rumah. Maghrib...Isyak di masjid.. terus pi rumah 1 lagi ..ada pun dia di rumah. Rupa2nya balu apek yg agak dikenali 10 tahun lalu...selesai bab 2. Balik dah 10.00 mlm..tengok tv sampai masuk tidur 12.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment