Wednesday, August 31, 2011

31 Ogos - Salam kemerdekaan

Rabu - Hari ini hari merdeka la pulak. Plan hari ni nak ke KL.. banyak acara dlm 1 masa - tahlil dan doa selamat sambut ulangtahun kelahiran kakak ipar, anak buah dpt kerja baru, raya2 sekali. Semua keluarga belah KL berkumpul di Kramat...Lepas Subuh di masjid tadi... update blog ni sementara ongumah nak memasak bekalan.. lepas tu come what may!!! Keluar dari 10 baru keluar dari rumah. Sebab dah tak awal ... tak le singgah mana-mana..terus ke Kramat. Makan2,minum2, sembang,, solat hajat, yassin ,tahlil ..beres semuanya. Bertolak balik lepas asar dalam 5 lebih. Singgah kat Batu 16 Rawang.. rumah kawan anak2. Makan,minum,sembang sampai lepas masuk waktu maghrib...singgah Petronas Sg Choh untuk solat. Sampai rumah sbelum 9 mlm. Lepas isyak lepak tengok tv sampai 11 lebih masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 30, 2011

30 Ogos - SALAM IDUL FITRI

Selasa - SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WA FAEIZIN.... lepas subuh ke masjid solat sunat aidul fitri. Selesai 9.30 pagi..nak ke sana nak ke sini..come what ok tek tok tek dah 10 lebih baru bergerak dari rumah. Rumah pertama - rumah Pak Cik Daud - x jaga jiran 12 pintu.
Dia tak ada pulak.. keluar cari teh tarik katanya. Jumpa anak menantu ..serah kad jemputan kawin. Rumah kedua - rumah peng etua tapi rumah berkunci..kosong. Tak kan balik kampung sebab katanya tak. Tak kisah la.. terus ke rumah ke 3 -Cik Mohd Tunggu hidangan, sembang2..serah kad..dapat mangga. Corner semula tengok dah ada ke belum.. selisih dengan pengetua baru balik dari kubur. Sembang2, tunggu hidangan ... masa dah suntuk sbb ada janji di Kerling. Lepas minum minta diri... dah melangkah keluar, masuk semula sbb hidangan dah sedia- mcm ada - ketupat palas, ketupat biasa, lauk puyuh, daging rusa, ayam belanda( dah habis dijamu semalam), nasi briani, lontong (lodeh) dll. - keluarga berkumpul mestilah banyak jenis makanan. Dah.. minta diri sekali lagi. Terus ke Kerling... rumah student yang dibantu dek kesusuhan makbapa dia. Nampak dah.. ok sikit.. anak2 pun ada baju raya baru sorang 1. Kuih pun banyak atas meja... ada orang bagi ada buat sendiri. Alhamdulillah. Dari situ tuju ke Gesir pula.. singgah zohor di Petronas Behrang. Di situ hampir 1 jam... sembang2, minum2, makan2.. hulur kad jemputan. Beredar dah dekat 3 ptg. Sampai rumah ngam2 azan asar. Lepas asar baring2 atas kusandar... terjaga hampir 6 ptg. Relaks2 tunggu maghrib.. sampai Isyak.. tengok tv sambil nak terlelap. Ada x-sm3kbian - cari ongumah - dtg 10 mlm. Tak tahan mata... masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 29, 2011

29 Ogos

Isnin - Sekolah dah mula cuti... hari akhir puasa. Sat lagi nak pi rebus ketupat. Lepas tu come what may!!! Lepas sahur...subuh...lepas subuh cuba nak update blog sampai 10 pagi sbb dah janji nak ziarah seseorang di Jln Pdg Tembak. Kemudian teringat sorang lagi kat Tmn Ampang Pecah. Selesai kerja ziarah dah dekat 12 tgh. Mula hidupkan unggun api untuk rebus ketupat.. menghadap sampa masuk waktu zohor ..bawa ke waktu asar.. akhirnya selesai..masak! Rehat sekejap dah masuk waktu berbuka.. pekena ketupat la apalagi kan. Isyak di masjid sbb lepas tu ada takbir rumah ke rumah. Dari pukul 9.30 bawa ke 11.30..masih ada 4 rumah ...give up akhir sebelum 12mlm. Balik masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 28, 2011

28 Ogos

Ahad - hari ke 28 puasa. Qiamulail sendiri2 tak brapa nak menjadi. Terjaga 3 pagi pun tak terasa umphhh nak bangun. Gagahkan juga bangun 4 pagi sebelum sahir 5 pagi. Pukul 10 pagi ada perjumpaan pelbagai pihak nak bincang pelbagai hal... sebelum tu siapkan notis & mm pascap. Lepas ni come what may!!! Singgah beli paper..terus ke balai raya seblum 10 pagi. Mcm biasa tak ada yang nak sampai awal drp waktu dijanjikan. Apa pun ada la dalam 11 orang. Perbincangan berjalan lancar dan selesai sebelum 12 tgh. Balik baca paper..sambil terlentok atas kerusi..sampai 2 lebih. Lepas zohor mula start anyam ketupa. Beli daun RM5.00 katanya boleh dapat 25 biji lebih.. sampai ke daun terakhir (ketupat pun jadi kecik) cuma dapat 24 biji. Agaknya kalau beli yang dah siap lagi untung. Sempat ke masjid untuk asar.. balik sambung anyam. Sambil tu tengok tv rancangan lelaki memasak...sampai nak masuk waktu berbuka. Ke masjid iftar (ke iftor?) Baalik isyak dan tarawih di rumah.. lepas lepak depan tv lagi tengok cerita2 sampai 11 mlm. Masuk tidur ....elok tgh nak panas...tak sampai 1/2 jam ada yang dtg ambil ayam yang dipesan jumaat lalu. Ayamnya dpt masa perbincangan tghari tadi. Dah tu sambung semula la....

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 27, 2011

27 Ogos

Sabtu - Tidur semula 3 pagi... bangun 5 pagi. Nak bersahur nasi tak masak.. ada yang lupa tekan punat rice cooker..smalaman beras terendam dalam air, tak jadi nasi. Pekena bihun goreng bawa balik dari masjid semalam. Tu la balasan gamaknya semalam ada komen pasal bihun tu kat masjid ..sbb plain je tak ada bahan penyedap.. akhirnya yang itu juga jadi penyelemat sahur pagi ni. Nak Subuh di masjid sebab ada kuliah tapi ongumah dah siap sedia... anak2 pun dah ikut..kena jemaah di rumah je. Lepas tu nak keluar ke masjid rasa lain pulak..bawa baring2. .. sampai 8.30 kalau tak kerana nak hantar kereta boleh sambung lagi sampai 10. Hari yang senyap sunyi tenang lenang. Semalam hujan turun pun tak sedar... senyap2 je dah basah. Dah sampai ke bengkel katanya tak boleh buat perlu 3 hari - esok cuti, isnin pasar malam, selesa cuti lagi, rabu cuti lagi... kalau dimula buka kereta terdedah kat luar bengkel dia. Bawa balik semula.. masa terluang sekejap ni masuk kat sini sampai bila? come what may!!!Baru nak mula kerja ongumah ajak pi pasar. Habis masa kat situ 1 jam.. balik baca paper smpai masuk zohor. Lepas tu anak 1 kata nak pi bayar duit catering...orangnya cuti pula. Habisnya ... tangkap lintok la.. ongumah & anak dah keluar ke Btg Kali. Hujan pun turun2 juga..lebat sat..renyai sat.Bangun 5 ptg...nak buat kerja upload gambar aktiviti sekolah.. sampai nak masuk waktu berbuka. Ke masjid.. tinggal 3 orang je yang berbuka kat masjid tapi makanan tetap ada..berlebih2 lagi. Lontomg pula petang ni & bubur lambuk Pemuda UMNO. Lepas maghrib balik..isyak & tarawih di rumah. Lepas tu ke masjid..lupa pula tadarus dah selesai... jadi pekena moreh je ..mee kuah udang... berlebih2 lagi. Bantu le kemas2 sikit...balik 10 lebih. Lepak tengok tv sampai 12 mlm. Masuk tidur dengan harapan dapat bangun 3 pagi nanti.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 26, 2011

26 Ogos

Jumaat -sekali terjaga pukul 2.40 pagi. Qiam kat masjid mesti dah selesai. Tidur balik tapi hati tetap terasa rugi. Bangun semula 3.30 pagi sampai 4.30 pagi. Lelapkan mata sekejap je sebab dah sahur pukul 5. Sampai ke sekolah spt biasa ... hari ni last day seblum cuti raya bermula. Hari ni ada program Anugerah Kecemerlangan di dewan asrama.. tak tahu pun pasal ni cuma hearsay saja. Ada yang dah tanya itu ini fasal majlis ini tapi hitam putih sehelai pun tak terima.... ada suruh ambil gambar, ada kata kena buat presentation (itupun semalam baru dengar cite) kesudahannya - come what may!!! Gambar2 ada budak briged ambilkan. Lannsung tak pi jengok kat mana-mana aktiviti pun... habiskan masa kat dalam bilik je. Balik spt biasa, ke masjid besar solat jumaat. Pukul 3 keluar ke pej DO, tak ada. Singgah ke pejabat ADO semua tak ada belaka.. dah ambil cuti sendiri2.. tak masuk kerja rehat 2.45 ptg...hampir semua jabatan kerajaan macam tu..dah nak raya sedangkan raya lagi 3 hari. Curi tulang namanya tu, Orang awam masih nak berurusan dengan jabatan kerajaan... camne tu? Sapa nak jawab? Balik tidur dari 4 ptg sampai 6
ptg.. siap berbuka di masjid. Isyak dan tarawih di rumah. Ke masjid 1..semula untuk majlis khatam quran. Selesai semua sebelum 11. Balik lepak tengok movie sat sampai 12... lelap2kan mata sampai 1 pagi... siap ke masjid untuk qiamullail..last day bersama ustaz. Lepas ni buat sendiri kat rumah.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 25, 2011

25 Ogos

Khamis - 25 hari puasa dah... 5 hari Ramadhan akan tinggalkan kita. Boleh ka jumpa lagi Ramadhan tahun depan? Hidup perlu diteruskan. Sistem ok hari ni tapi talian tidak seperti normal.. speedtest 2.4/900kb je.... come what may!!! hari pun bermula pergi .. masuk keluar kelas..ada ruang sekejap je untuk lelapkan mata...dan selesaikan kerja pun masih tak selesai. Balik ingatkan nak menghadap nb dan selesaikan kerja tak selesai tadi, teringat pula nak keluarkan duit JKKK untuk kegunaan minggu2 akan datang. Dari rumah bendahari ke bank...singgah hantar notis mesyuarat kat pej pasar awam...sembang2 pula isu semasa tak perasan dah 5 ptg. Bergegas balik.. solat asar terus ke asrama. Program mula 6 ptg - jadi juruacara pulak dah. Nasib baik 1-2 hari ni suara ok sikit sejak kunyak daun sireh selang sehari. Lepas makan = solat maghrib balik terus ..Isyak-tarwaih ingatkan nak rehat sekejap sblum ke masjid.. tapi terasa malas sgt... terus masuk tidur 11 mlm.. dengan harapan nak bangun 1 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 24, 2011

24 Ogos

Rabu - cuaca pagi ni elok lagi.. ptg2 je hujan turun..kadang renyai kadang lebat. Sistem hari ni pun ok. Speedtest tak brapa ok - <1/<1 lps 3 kali cuba. Apa pun ptg ni ada sesi serah sumbangan di balai raya Ampang Pecah. Lepas tu come what may!!!Ada taklimat apa la pulak ni..pukul 2 nanti. Tapi rasanya tak lama kot sebelum 3 kena chow juga. Akhirnya sempat sampai ke balai raya seblum 3.30 ptg. Sesi berjalan lancar... yang ditunggu pun sampai..yang nak terima sumbangan pun hadit. Tak sampai 20 selesai.. siap bergambar lagi. Lepas tu bincang2 dgn ajk pasal baiki balai raya. Balik hampir 6 ptg.. lepas asar lelap sekejap bangun dah 7.10 Terus ke masjid berbuka.. pekena mee/bihun sup. Isyak -tarawih di rumah. Sebelum 10 mlm ke masjid untuk tarawih. Ada pulak yang nak julur jamper raya ... bagi jk masjid / jkkk -selesai. Balik 11 lebih. Tak tidur sampai pukul 1.. siapkan dokumen nak serah kpd pejabat daerah esok.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 23, 2011

23 Ogos

Selasa - bangun pagi tadi rasa tak stabil... sbb kurang tidur ke sbb hypo. Tak cukup makan masa berbuka... bawa ke moreh pun tak sempat...agaknya la. Anyway pagi ni masih ok.. sistem kehadiran ok, LAN ok, akses ok..speedtest pun ok 3.5/1.1. Setakat ni rasanya tak ada app. mana2 sampai ke malam..cuma nak singgah Pejabat Daerah tanya pasal sewa dewan.. boleh la kot baring2 ptg nanti.. come what may!!! Sebelum balik sempat call pej daerah confirm dewan kosong 11/9.. tak payah pergi dah. Balik lepas zohor dpt la baring2 sampai 5 ptg. Pastu siapkan notis mesy. Berbuka di masjid... isyak tarawih di rumah..anak 1 balik..jemaah tambah sorang. Kemudian ke masjid moreh mertabak... tadarus..balik. Siap keluar semula ke masjid untuk qiam mlm 3. Sebelum tu ada yang nak tengok tazkirah Azmil yg kontraversi... dari sebelum 12 sampai dekat 1.. tak selesai 1 jam punya tazkirah..line broadband slow amat. Tak habis tengok pun.. dah 1 lebih. Ustaz dtg 1.30 - selesai 2.40.. balik masuk tidur 3 pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 22, 2011

22 ogos

Isnin - malam 2Ramdahan hari ini. Malam pertama qiam ok mlm ni dapat lagi ka?come what may!!! Masuk bilik sistem kehadiran ok, LAN ok, akses pun ok tapi speedtest dpt 116k / 182k je. Dah tu dpt relif 3 kali staggered.. sampai waktu akhir pun ada. Nasib baik loceng balik bunyi ongumah dah siap nak balik. Sampai rumah lepas zohor sebelum keluar ke Pejabat Daerah, settle surat2 dulu. Lepas 3 ptg baru keluar... selesai urusan bayar deposit sewa dewan... tapi diskaun tak dapat pulak. Kena jumpa DO sekali lagi nampaknya. Tapi dia tak ada sampai Jumaat nanti. Singgah pejabat PLB hantar surat2. Balik 5 ptg... baca paper sebelum solat asar jam 6.. siap dokumen mesy malam ni pulak. Berbuka di masjid... tak sempat isyak dah keluar ke PKM. Selesai sebelum 10.. ambil anak tusyen sampai rumah sebelum 11. Baru lepas isyak..tarawih (sendirian) ongumah sakit otot kaki... bawa ke hospital. Balik rumah dah dekat 12 mlm. Dapat lelap mata sekejap je dah ke masjid semula untuk qiammulail hari kedua. Selesai 2.30 pagi..balik masuk tidur...terasa lapar juga tapi tidur lebih utama.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 21, 2011

21 Ogos

Ahad - akhirnya qiam tak jadi kat sentosa ke maupun kat rumah. Bangun spt biasa 5 pagi.. sahur.. lepas subuh baring2 semula. Pukul 9 ada program penyerahan barangan & duit raya kepada fakir oleh MDHS. Sekali lagi tak baut ketetapan jadi pak sanggup. Mesej kata jumpa kat gerai 10 tak kata pula panggil sekali penerima sumbangan. Akhirnya kena sanggup terima semua dan setkan hari lain untuk penyerahan. Pukul 10 lebih ke Sg Tenggi ziarah x-sm3kbian kemalangan. On the way balik singgah hantar duit sumbangan zakat kpd budak smk di kerling. Sampai rumah lepas 2.30 ptg. Baca paper...hujan turun lagi.. power blackout pulak...lepas solat zohor..lelap lagi sampai asar. Lepas ni come what may!!!Sempat update blog guna power bateri & broadband... sbelum tu & kuih muih. Dapat balik awal juga sbb habis start awal. Balik pun tak lama rasanya.. sampai rumah masuk tidur sblum 11.30. Pukul 12.30 dah bangun siap2 untuk ke masjid Qiamulail mlm pertama. Ustaz sampai tepat pada waktunya. Mula 1.30 pagi selesai 2.30 pagi. Balik ke rumah seblum 3.00 tidur semula sampai sahur 5 pagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 20, 2011

20 Ogos

Sabtu - Bangun pukul 3.30 pagi. Pi masjid dah 4 pagi. Qiamulail dah bermula ...Buat sendiri je sempat bersama solat hajat je. Dalam 4.30 lebih hidangan dah ada. Terus bersahur je... nasi goreng, kari ikan tenggiri, telur goreng & sayur kangkung. Tapi tak makan pun...tengok je yang lain2 makan. Ramai juga yang hadir tapi masih dalam budget. Balik bersahur pukul 5 pagi.. pi balik untuk Subuh. Lepas tu ada kuliah subuh sampai 7.30. Balik rumah kena kluar balik pi pasar. Balik dari pasar dapat lelapkan mata sekejap je.. biras dtg dru keramat... hajat tu nak tengok tapak rumah di TDBB.. dah 10 lebih dah. Bawa la juga pi tengok ... sekali tinjau kawasan IKBN. Pukul 11 bergegas semula ke masjid untuk majlis penutup program. Nasib baik perasmi pun sampai masa sama jadi tak payah tunggu lama2. Selesai majlis 12.20..balik rumah baca paper... masuk waktu zohor tak sempat nak ke masjid. Lepas tu lepak baring sampai 5 ptg. Ni baru sempat masuk ke sini untuk update.. seterusnya come what may!!! Lepas asar tunggu nak berbuka di masjid... maghrib..balik siap ke masjid semula.. isyak - tarawih - moreh roti canai banyak lebihan.. tak tadarus sbb tak cukup korum. Balik pun awal sebelum 10.30.. santai2 sementara tunggu nak pi qiamulail di masjid bukit sentosa. Katanya nak gi bersama pukul 12.00 mlm tapi tak nampak rupa pun. Tunggu sampai 1 tak ada juga...masuk jam 2.30.. tak ada apa2 tanda..terus tidur kat kerusi sandar. Katil dalam bilik penuh dengan kain baju dari almari yang telah dikeluarkan. Nak tukar setboard baru tapi tukangnya tak mai2.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 19, 2011

19 Ogos

Jumaat - Mlm 20 Ramadhan Jumaat yang mulia. Ssitem pun ok cuma router hang dan perlu distart. Speedtest tetap 3.5/1.1. Pagi ni tak ada plan apa2 lagi.. petang ni lepas jumaat ada program kat Masjid Ampang Pecah. Program Darul Quran - keluarga angkat- berbuka-tarawih-qiamulail - sahur-kuliah Subuh-sesi motivasi-majlis penutup (esoknya)... come what may!!! Lepas sekolah terus bali, Siap ke masjid untuk solat Jumaat. Dari situ ke sekolah ambil ongumah... singgah sana sini dah dekat 3 ptg. Lalu depan masjid ampang pecah bas rombongan peserta DQ dah sampai. Turun terus dan berada di situ sampai waktu berbuka- maghrib. Sementara tu tengok2 bebudak masak bubur lambuk bersama Siak. Lepas maghrib balik sekejap... mandi tukar pakaian .. pi semula untuk isyak - tarawih - tadarus. Dalam 11.30 sampai rumah masuk tidur. Bangun

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 18, 2011

18 Ogos

Khamis - Hari ini masih ok nampaknya.... kehadiran ok, LAN ok..akses pun lancar speedtest - 3.5/1.1 cantik. Tapi hari ini agak pack sikit.. kelas ada 4.. surat menyurat kena jawab... MM nak siapkan ... nak call somebody hal program kat masjid esok... nak jumpa JK.. nak mesy tergempar.. come what may!!! Masukkeluar kelas hari ni ...siapkan surat balas KRT. Balik ikut time.. lepas zohor ke masjid Ampang Pecah ada pertemuan dengan penganjur program menyusuri kasih bersama AJK MAHAP. Selesai bincang.. solat asar..balik dah dekat 6 ptg..cari dokumen AJ sampai masuk waktu iftor. Lepas maghrib ke tarawih - tadarus..balik sebelum 11 mlm. Masuk tidur pun awal sbb pagi-petang tak dpt nak lelapkan mata.. terasa juga ngantuknya.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 17, 2011

17 Ogos

Rabu - cuti Nuzul Quran... nak gi ziarah mak sedara tak sihat di KL... bila pergi bila balik..come what may!!! Lepas subuh dpt baring sekejap sampai 9 pagi. Keluar dari rumah ke KL dari 9.30 pagi. Sampai di HUKM dekat 11 .. cari parking... singgah kedai brg lusuh...naik ke wad pesakit yang nak diziarahi dah checkput. Kena le ke Kramat pula..rumah mak sedara. Sembang2.... zohor kat rumah kakak ipar..kat kramat tu juga sampai 4 ptg. Bergerak balik KKB sampai jam 5.30 ptg. Lepas asar lepak2 lelap sampai 7 mlm. Siap berbuka.. isyak & tarawih di masjid. Mlm ni mmg selesai awal sebelum 10 mlm.. sbb buat 8 je..imam pun laju. Moreh makan pun berlebih.. mee rebus ada, mertabak ada, agar2/kuih ada. Lepas tadarus pukul 10.30... toktek toktek pukul 11 juga balik ke ruma. Masuk tidur 11.30 mlm ..AJ pula dtg hantar bunga telur majlis khatam di Taman Damai.. ambil thumbdrive dia sekali.. lepas tu tidur semula.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 16, 2011

16 Ogos

Selasa - ramai yang suka hari ni.. smlam bonus setengah bulan gaji dah masuk... baik hati kerajaan. Kata orang ada udang balik batu... pilihanraya dah dekat la tu. Hari ni sistem masih ok di bilik server tapi di beberapa lokasi akses problem. Sehari dua ni asyik hujan petang dgn kilat.. kot2 ada effect kat switch. Petang ni sibuk sikit.. ada program dengan PKM (edar kurma), waktu berbuka di asarama bersama ALUMNI.. bawa ke malam.. come what may!!! Tak berpeluang nak baring2 hari ni. Balik dari sekolah lepas zohor dah dekat 4 ptg. Ke PKM.. tak ada orang pun.. YB blum sampai, ahli majlis pun tengah mesy katanya. Balik dulu untuk asar.. seblum nak keluar dah ada panggilan tanya datang tak... dah ramai kumpul kat PKM..dah bergerak pun nak edar kurma kat pasar ramadhan... balik sebelum 6.30... lepas mandi keluar semula menuju ke asrama ada majlis berbuka bersama alumni. Tok tek tok tek...berbuka-maghrib-makan malm-isyak-tarawih..selesai 10 lebih. Pekena bihun lagi seblum balik..sampai rumah sebelum 11..masuk tidur 11,.30mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 15, 2011

15 Ogos

Isnin - 15 hari puasa dah ni... alhamdulillah kerana masih ada peluang meneruskan puasa tahun ini. Semoga sampai ke akhir bulan nanti. Sistem hari ni pun ok.. kehadiran ok, LAN ok, akses pun laju 3.5/1/1 setakat ni la. Untuk hari ni pun blum ada program khas.. cuma nak siapkan kerja2 pengkeranian... buat minit mesyuarat... come what may!!!Tapi tak jadi juga. Ada relif dari 9.50 pago.. iring JKR check blackout di dewan & blok D. Tapi tak ikut terus sbb kelas relif kelas masalah... relif pun subjek KHB- memasak. Sebelum tu gi tengok line kat bangunan PPU..tak dpt akses internet kat sana. Kat bilik server ni oke je. LAN anda internet je tak masuk. Lepas kelas ada pula aduan kat bilik pengurusan pun tak leh akses. Dah ada guru IT tolong... biar je le. Katanya port rosak. Tok tek sampai waktu balik. Di rumah baring2 sampai dekat 6 ptg. Hujan lebat lagi sejak 4 ptg tadi. Bangun pun sbb SMS masuk ada orang nak jumpa masa tu. Lepas jumpa.. solat asar... tunggu berbuka di rumah je. Isyak.. tarawih di masjid sbb kena bagi takliamat sikit.. buat perubahan kpd 8 rakaat, ada tazkirah, witir pun 3 rakaat 1 salam. Kejutan buat setengahnya tapi nampak ada perubahan. Ramai juga yang tunggu sampai akhir berbanding sebelum ni lepas 8 dah tinggal 20 orang je. Selesai semua pun dah 10 lebih..mcm biasa sbb imam bagi tazkira agak panjang sikit dan baca surah pun panjang sikit. Tak kisah la. Lepas tadarus balik rumah pun dah 11 lebih. Layan tengok tv3 masuk tidur 12mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 14, 2011

14 Ogos

Ahad - no plan for today...come what may!!! Lepas subuh,..baring sampai 9 pagi. Ke pekan sbb Dr Yusly nak jumpa pukul 10 pg. Ongumh beli barang kedai... jumpa Dr pukul 10.30 Biasala kalau dia panggil mesti pasal nak business.. kali ni jual beli DINAR. Menarik offer tapi modal mana ada sampai 210K atau 21K atau 2K pun tak cukup takat ni. Mana nak belanjan raya, anak nak kawin, kereta nak rosak, anak nak mula semester, roadtax mati..semuanya dalam bulan Sepetember ni. Balik baca paper sampai masuk zohor. Lepas tu keluar semula.. ke kedai gunting rambut. Balik masih ada masa sebelum asar...tadi dapat call dari PKM minta kontek semua pengerusi surau untuk hadir program Selasa .. sumbangan kurma oleh YB. Lepas taip surat...berat rasa matanya.. makan terlelap buat seketika. Terjaga dah 5 petang.. ada SMS ingatkan perjumpaan petang ni. Bergegas solat asar.. ke masjid 5.30ptg. Selesai bincang dah 6.30ptg. Balik siap kejap keluar semula ke masjid untuk berbuka. Lepas maghrib balik... lepas tarawih ke masjid semula.. moreh bihun sup.. tarawih balik 11 lebih sikit. Masuk tidur 11.30 on the dot.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 13, 2011

13 Ogos

Sabtu - tak ada plan hari ni tapi dah ada banyak benda nak buat..bukan plan ke tu?..apa pun jap ni nak baring2 dulu sebelum urusan hari ni diteruskan...come what may!!!DAri pukul 9 kelaur dari rumah ke bengkel 1 di KKB Road tutup lagi. Terus ke Btg Kali ke bengkel Melayu pun tutup. Sementara nak buka pi pasar berdekatan.. terus hantar kad kawin kpd bekas guru sm3kb. Pusing balik bengkel dah buka. Check rosak leaking minyak.. 3-4 hari untuk baiki. Tanmah stopoil buat sementara. Balik ke rumah... baca paper.. tengahari sikit pi ke bengkel India semula. Tak siap lagi kereta.. alasan barang baru sampai, mekanik pun baru ada.. bagi tempoh 1 minggu. Kalau kereta merah tak siap Trajet tak boleh hantar servis. Balik lepas zohor lepak2 lelap2 sampai asar di masjid. Balik dah hampir 5.30 ptg.. terus ke Tmn Damai ada mesy JKKK dan berbuka di rumah bendahari. Selesai urusan solat maghrib, makan, sembang. Balik dah masuk Isyak., tarawaih, lepas mandi tak daya nak pi tadarus.. lepak depan tv.. tak tahan mata masuk tidur 11.mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 12, 2011

Ogos 12

Jumaat - penghulu segala hari dalam bulan rahmat Ramadhan untuk minggu kedua. Sisten masih ok . speedtest nampkanya pagi slow pulak DL927k UL 830k .. restart upload lebih laju drp download. Masuk kali ke3 baru naik balik 3.4/1.2. Semoga hari ni berlalu tanpa sebarang gangguan. Belah petang rasanya sibuk sikit bawa sampai ke malam. Lepas asar nak ziarah 2 orang, lepas maghrib nak ke Btg Kali... balik rasanya 12 mlm lebih ni... come what may!!! Berlalu sudah urusan di sekolah... lepas solat Jumaat.. ambik ongumah kat sekolah.. terus balik ke rumah. Dapat lelapkan mata kejap je sbb sebelum 5.30 nak solat asar... dah nak pi ziarah. Hujan lebat turun sejak 4 ptg tadi.. masa nak keluar renyai2. Pi juga ziarah.. dapat sorangje..lagi sorang dah merayau ke mana tah. Balik singgah hantar buku akaun kpd bendahari JKKK. Dalam 20 minit masuk waktu berbuka. Lepas maghrib bersiap nak keluar ke mesy di Btg Kali. Isyak, tarawih kat sana. Pekan mee / nasi goreng + teh tarik kaw sgt.Mesy mula 10 mlm..habis nya hampir 1...sampai rumah masuk tidur 1.30pagi.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 11, 2011

11 Ogos

Khamis - Hari kesebelas puasa... 10 hari pertama Allah turunkan rahmat, minggu ke 2 merupakan 10 hari keampunan. Masuk bilik hari ni sistem masih ok... cuma internet kat PC Backup Linux asyik tutup sendiri mozilla. Speedtest 3.3 / 1.0.. spt biasa. Baru keluar drp kelas pertama hari ni. Lepas kelas ke2 ada app dgn SINAR.... jadike ..come what may!!! Memang sibuk sikit hari ni. Lepas kelas 2 waktu pertama, nak lelapkan mata..dpt sekejap je... pembekal kuih raya sampai. Beli 12+1 untuk bagi ahli JKKK Sabtu ni. Nak masuk kelas kedua JKR dtg, blok guru trip lagi.. dah tau nak betulkan lain kali (dulu dah tau tapi lama tak kisah terus lupa). Lepas kelas bergegas ke TDBB app dgn press SINAR... isu CF, isu sambungan projek, isu culvert. Selesai urusan 2 ptg... balik rumah dekat 3 ptg. Lepas zohor baring2 sampai 5 ptg. Lepas asar kemas bilik...jumpa la fail2 yang penting juga tapi dah dilupakan. Buat sampai waktu berbuka. Lepas maghrib.. isyak.. tarawih - hujan turun tak semena2... lepak dpn tv sat. Pukul 10 hujan reda ke masjid utk tadarus, moreh pun baik punya - soto. Lepas tadarus sampai rumah dan masuk tidur 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 10, 2011

10 Ogos



Rabu - hari masih tenang, hati masih senang. Masuk bilik pun semua ok... walaupun semalam ada blackout... upkan semula pc & server backup. Speedtest pagi ni dpt 3.4 /1.2- mencanak naik jarum tester ni. Hari ni blum ada program khas cuma mlm ni tarawih di TDBB... come what may!!! Masuk kelas relif tapi tak tentu hala juga. Gurunya ada pun dibuat relif. Lepas solat zohor bersiap nak balik.. ongumah ada taklimat apa tah. Gi bank dulu keluarkan duit, singgah pos office.. ambil rubber stamp...seblum 3 ptg dah ada di rumah. Ada yang janji nak dtg ambil duit upah kerja.. baring2 sat..terjaga 2-3 kali oleh deringan telefon. Akhirnya 4.30 ptg baru muncul yang dinantikan. Lepas asar tunggu berbuka... pekena kuihtiau ... lepas solat maghrib bergegas ke surau TDBB... bagi ucapan sikit, sampaikan sumbangan sikit.. tarawih pun 8 je. Lepas makan2 sikit.. terus ka masjid Ampan Pecah .. jemaah tgh jamah makanan.. kuihtiau lagi.. lebih banyak pau bawa balik. Sebab berlebihan - sistem diubah sikit lepas tahlil baru hidangan keluar jadi yang buat 8 tu balik terus la sbb meja kosong. Tuning blum betul gamaknya. Lepas tadarus balik rumah pun dah 11 lebih... dpt masuk tidur 11.30mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 9, 2011

Ogos 9


Selasa - 9 hb datang lagi dan tak henti... pasar malam tetap ada..walaupun tak pernah nak pergi pun kecuali terpaksa. Sistem hari ni masih ok..speedtest masih 3.3 / 1.1.. malam ni ada program di Surau Tmn Damai... sebelum tarawih JKKK nak bagi sumbangan... strusnya hari ni..come what may!!! Buat ituini sementara nak masuk ke mesyuarat JK Pengurusan. Dalam pada tu ada ramai pulak nak jumpa .. member bayar hutang, pengedar hantar ayam, ahli jkkk bagi dokumen. Balik 2.30 lebih... nak singgah2 pun tak jadi.Terus balik... siapkan perkara yang perlu. Surat aduan kulvet belum finalise, tunggu semakan dari KL dulu sampai terlena sekejap tak lama pun..dari 4.30 sampai 5.30ptg. Ada email masuk, baiki surat dan buat printing - mlm ni boleh bawa untuk tandatangan. Berbuka di rumah... lepas maghrib bergerak ke surau Tmn Damai.. sebelum tarawih buat majlis penyerahan sumbangan moreh, sumbangan hadiah calon PMR/SPM (janji dibuat masa majlis solat hajat di Mesjid Ampang Pecah - tertunai sudah)dan buku fadhilat bulan2 dlm Islam. Sempat bagi ucapan sikit sentuh CF - bagi semangat penduduk Tmn Damai perjuangkan CF mereka lepas ni, pasal projek pembangunan di balairaya - sekejap je tak sampai 15 minit. Lepas tarawih 8, minum2 jap, singgah kat tapak projek ambil gambar - terus ke masjid ampang pecah semula.. makan mertabak... tadarus sekejap ..balik lepas 11 mlm. Menghadap NB lagi print gambar, lipat surat2...masuk tidur 12 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 8, 2011

Ogos 8

Isnin - hari ke lapan puasa. Alhamdulillah selama ini keadaan normah... rasa macam biasa je sebab dah biasa kot. Sistem pun ok pagi ni Speedtest - DL:3.4 UL 1.0. Ni masa perhimpunan ada perasmian bulan kemerdekaan, ni dok tunggu nak jumpa orang kat MDHS nak settle isu sabtu lepas, ni yang payah sikit nak keluar sokmo.... come what may!!! Akhirnya senyap je... panggilan apa pun tak ada... tak jadi la tu. Habiskan masa dengan kerja2 kat dalam blik.. masuk relif 2 kali... lepas zohor balik. Singgah rumah bendahari .. nak keluarkan wang.Balik rumah dah 4 ptg. Bawa baring2 terus lelap2.. terdengar juga bunyi bising luar rumah.. bunyi kereta. Banguna nak solat asar... jenguk luar rumah banyak kereta. Ada kematian ke... biasanya rumah jiran India ada kematian, keramaian mcm tu la banyaknya kereta. Tak ada pulak.. tengok ada van lambang kamera... sahlah ada shooting kat rumah jiran sebelah 2 pintu je. Tak nak le sua2 muka nak tunjuk perak... buat tak tau je. Pastinya sebuah kereta depan rumah ada pelakon dlmnya. Lepas asar menghadap nb sambung edit surat luah rasa kpd pihak2 tak bertanggungjawab rosakkan keadaan di TDBB. Ongumah suruh ambil daun pandan. Sempat la tanya krew yg kawal org ramai. Tajuk cerita Syaitan Nirojiim... genre hantu.. pelakon Fiz Fairuz & Nabila Huda. Sempat nampak 1 shot Nabila tgh jerit .. dah le tu..tak kuasa nak tunggu lama2.. tak dapat apapun. Sambungk kerja sampai waktu berbuka.. ke masjid. Balik krew masih ada. Lepas tarawih ke masjid semula...balik lepas tu krew masih ada. Sambung kerja lagi..print sehelai dua sampai dekat 12 mlm. Krew masih ada. Masuk tidur je


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, August 7, 2011

7 Ogos

Ahad - program hari ni di Kalumpang seblum zohor nanti. Buat masa ni baru lps bangun dr baring selepas subuh tadi... lps ni come what may!!!Bangun semula pukul 9 lebih.. ingat nak kena pi pasar... ongumah dah jalan dulu. Sambil update blog, hantar email dan baca paper, ongumah keluar lagi ke Rawang. Nak ikut sama tapi kuatir tak sempat balik nak ke Kalumpang pulak. Sebelum pukul 1 dah keluar dari rumah bersama Ameer ke Kalumpang untuk program yang dirancang. Lepas zohor kat surau Hidayah.. gerakan bermula. Ramai yang datang tapi sayang perancangan tidak teliti sgt. Masa habis dengan berjalan keliling taman dan edar risalah, nak jumpa orang2 tidur petang.. puasa la katakan.Sebelum 4 ptg dah selesai kerja. Tunggu apa lagi ... balik KKB dulu. Sebab dah disediakan makanan iptor janji nak dtg balik. Sampai balik kat rumah 5 lebih.. singgah kat TDBB tengok kerja tutup tembok. Pukul 6.30 keluar semula ke masjid kalumpang.. ada tahlil sebelum waktu berbuka. Makan mee ada, roti jalan ada, kuih sejenis ada, buah jambu ada.. lepas solat maghrib nasi briani pun ada. Balik rumah seblum azan isyak. Lepas tarawih ke masjid tadarus.. moreh mlm ni kuih saja tapi ok la tak membazir sgt. Sampai rumah 11 lebih..masuk tidur 11.30 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, August 6, 2011

6 Ogos

Sabtu - sejak lepas Subuh, lepas baring2, ada gangguan sikit. Ada yang nak minta kunci balai raya... dah datang sembang2... ikut pula nak ke Btg Kali. Terserempak dengan kontraktor nak buat projek ubahsuai longang yang tak rosak di TDBB. Cuba menghalang buat seketika... kontek orang ni orang tu - dari JKR ke MDHS - ke ICU. Bantah bukan sebab apa, projek tu tak relevan dengam masalah yang dibangkit - malah boleh merosakkan keadan sedia ada. Habis masa dekat 3 jam kat situ.. ingatkan dah selesai boleh ditangguhkan... balik dari Btg Kali - urusan beli barangan - balik tengok dah mula korek. Tugas sekarang nak simpan bukti2 untuk rujukan masa depan - 3-4 tahun akan datang. Ni baru balik ..lepas zohor nak update blog, nak buat surat2 aduan. Petang ni ada program berbuka di Kem Bina Semangat... dpt gi ke.... come what may!!!Penat sgt ..nak buat surat2 pun tak ada mood. Sempat update kat blog JKKK dan paste kat facebook. Bangun dari baring2 dah pukul 5 lebih.. tak ingat program mula 4.3- ptg. Berbuka pun di rumah je..lepas tarawih ke masjid untuk tadarus. Itu pun korum tak penuh...baca la juga semuka sorang. Sampai rumah pun dah 11 lebih..jengok email sekejap ..masuk tidur 12 lebih sikit je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, August 5, 2011

5 Ogos

Jumaat - ni baru dapat masuk kat sini. Sejak awal pagi agak sibuk. Masuk bilik sistem nampaknya ok. nak baut speedtest pun terlupa dah. 1 jam habis sediakan RPH. Dah waktu masuk kelas.. guna dewan je tunjuk blog pada bebudak> Lepas kelas bergerak ke Pejabat Daerah.. lepas lepaskan geram pasal LCD kat dewan huru hara dibuat dek bebudak yang handle PA system masa aktiviti semalam. LCD pun tak padam semalaman... alat2 pun ditinggalkan bersepah kat dewan.. serahkan smuanya kpd pengetua. Sampai di Pejabat Daerah ADOnya tak masuk kerja lagi. Tunggu sampai 10 lebih... mula sesi berbincangan.. semua yang diatur berjalan lancar sampai 12 lebih. Bergegas balik ke sekolah sebelum 12.30. Buku Rekod belum hantar. Lepas Jumaat ambil ongumah kat sekolah... balik sebelah petang lepak depan tv sambil lelap2kan mata. Teringat lah pulak nak urusak kad kawin anak, nak uruskan surat2 jkkk...lantak la come what may!!!Dah dekat time berbuka... ke masjid. Lepas maghrib balik ke rumah.. isyak dan tarawih di rumah je.. lepas tu ke masjid semula tadarus dan ada bawa bekalan balik - baki moreh. Dalam 11.30 masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, August 4, 2011

4 Ogos

Khamis - masuk hari ke4... syukur masih bernafas untuk meneruskan puasa tahun ini. Pagi ni sistem masih ok.. kehadiran ok., LAN ok,, akses pun ok sejak semalam. Ni awal pagi ada kelas...11.10 ada kelas...relif tunggu aje la.. come what may!!! Masuk kelas keluar kelas ...urus itu urus ini..sampai waktu balik. Memerap kat rumah je sampai masuk waktu berbuka. Nak ke masjid hujan pula...lepas tarawih nak ke masjid rasa tak bermaya badan... hujan masih renyai2. Lepak depan tv... masuk tidur 11 lebih.. tak tahan nak tunggu sampai habis cerita kat DIVA.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, August 3, 2011

3 Ogos

Rabu - hari tenang, cuaca pun baik. Sistem pun ok semuanya setakat ni. Dah dalam planning kononnya ada perbincangan pasal nak isi SSQS... petang ni mesy dan berbuka di MAHAP... mlm come what may!!!Jadii hari pun berlalu pergi. Tgh pantau guru upsi mengajar kelas yang diambil alih, pengetua panggil urusakan SSQS...sampai masuk kelas ke2. Lepas tu buat kerja kat dalam bilik... apa yang boleh...check email, itu ini sampai waktu relif..1.10 - kelas memasak. Dapat le tunaikan zohor sementara bebdudak pompuan bersantai di astaka. Balik time biasa.. tu pun lepas 2 ptg. Hantar anak 3 ke temuduga kerja kat kilang lampu di Rasa. Tak lama pun, baru nak lelap mata dah selesai. Lepas 3 ptg dah ada di rumah... rasa nak baring2 pun tak sempat... prepare bahan nak bawa ke mesy.Seblum azan asar dah keluar ke masjid. Lepas asar tunggu ahli korum untuk mesyuarat. Sampai 6 lebib baru sorang2 dtg tu pun dah mesy dgn 3 orang saja. Akhirnya ada la 7 org sebelum masuk waktu berbuka. Lepas maghrib balik ke rumah... urus diri sebelum isyak dan tarawih. Pukul 9.45 mlm ke masjid untuk moreh dan tadarus. Balik 11 lebih...masuk tidur pun 11.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, August 2, 2011

2 Ogos

Selasa - kedua puasa. Semalam pun mcm biasa je sbb dah biasa. Masuk bilik hari ni sistem semua ok kecuali kehadiran di bilik pengurusan.. bekalan letrik terputus 1 line... skali terperasan video cam tak ada di tempatnya. Tengah siasat tanya sana sini kot2 ada yang memandai2 ambil tanpa izin. Dalam pada tu siapkan juga kerja2 yg perlu... guide JKR check aduan bekalan letrik terputus... Minit dah terima..mesy ada ka kul 11 nanti?... ptg ni YB dah set nak jumpa JKKK pulak.. come what may!!! Ada mesyuarat pukul 11... sebelum tu pusing lagi kelas cari anak yatim & yang memerlukan. Mesyuarat selesai awal sebelum 1.00 .. sempat zohor sebelum balik. Di rumah ada juga sikit masa untuk baring2... sampai masuk waktu asar. Dapat SMS YB sampai lambat sikit.. ok la tu... tak terkejar sgt nak solat asar. Sebelum 5.30 dah sampai di balairaya TDBB. Perbincangan dengan YB bermula sebelum 6 ptg dan berakhir sebelum 7 mlm. Balik tak lama waktu berbuka... maghrib terus isyak & tarawih di rumah.. atas permintaan ongumah yang tak mampu nak ke masjid atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Selesai tarawih ke masjid juga sbb nak tadarus. Tapi sebelum tu ada moreh mee penang (kuah ubi). Selesai tadarus dlm 11 mlm... balik terus masuk tidur lepas 11.30 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, August 1, 2011

Ogos 1

Isnin... Selamat Berpuasa... bermula ibadah puasa hari ni. Untung hari ni juga cuti ..ganti aktiviti 2 Julai lalu. Setakat lani ok je... lepas ni come what may!!!Lepas sahur, subuh,,lepas subuh tidur... sampai 9 lebih. Tu pun sbb ada gangguan sikit. Gi pasar pun dah dekat 10 pagi. Balik dah 12 lebih... santai2 baca HARAKAH sambil tunggu zohor. Ke masjid utuk zohor...balik settle urusan bank bayar bil... sementara tunggu asar. Asar pun di masjid... lepas tu siap untuk berbuka di masjid. Lepas maghrib tunggu sampai isyak sbblepas tu kena gi pejabat PKM.. ada perjumpaan khas dengan YB. Sampai 9 lebih dan tak lama perbincangan sbb sebelum 10 dah selesai. Balik ke masjid ..ngam2 waktu dah selesai tarawih. Rupa2nya banyak makan sumbangan orang .. mee ada, mihun ada, bubur kacang ada, kuih2 ada. Tengah siap2 nak kemas blackout pula..tak jadi nak mula tadarus. Tlg siak kemas2... bungkus makanan je. Balik dah 11 lebih. Kena buat tarawih sendiri seblum masuk tidur 12 lebih juga.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam