Saturday, August 20, 2011

20 Ogos

Sabtu - Bangun pukul 3.30 pagi. Pi masjid dah 4 pagi. Qiamulail dah bermula ...Buat sendiri je sempat bersama solat hajat je. Dalam 4.30 lebih hidangan dah ada. Terus bersahur je... nasi goreng, kari ikan tenggiri, telur goreng & sayur kangkung. Tapi tak makan pun...tengok je yang lain2 makan. Ramai juga yang hadir tapi masih dalam budget. Balik bersahur pukul 5 pagi.. pi balik untuk Subuh. Lepas tu ada kuliah subuh sampai 7.30. Balik rumah kena kluar balik pi pasar. Balik dari pasar dapat lelapkan mata sekejap je.. biras dtg dru keramat... hajat tu nak tengok tapak rumah di TDBB.. dah 10 lebih dah. Bawa la juga pi tengok ... sekali tinjau kawasan IKBN. Pukul 11 bergegas semula ke masjid untuk majlis penutup program. Nasib baik perasmi pun sampai masa sama jadi tak payah tunggu lama2. Selesai majlis 12.20..balik rumah baca paper... masuk waktu zohor tak sempat nak ke masjid. Lepas tu lepak baring sampai 5 ptg. Ni baru sempat masuk ke sini untuk update.. seterusnya come what may!!! Lepas asar tunggu nak berbuka di masjid... maghrib..balik siap ke masjid semula.. isyak - tarawih - moreh roti canai banyak lebihan.. tak tadarus sbb tak cukup korum. Balik pun awal sebelum 10.30.. santai2 sementara tunggu nak pi qiamulail di masjid bukit sentosa. Katanya nak gi bersama pukul 12.00 mlm tapi tak nampak rupa pun. Tunggu sampai 1 tak ada juga...masuk jam 2.30.. tak ada apa2 tanda..terus tidur kat kerusi sandar. Katil dalam bilik penuh dengan kain baju dari almari yang telah dikeluarkan. Nak tukar setboard baru tapi tukangnya tak mai2.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment