Saturday, August 27, 2011

27 Ogos

Sabtu - Tidur semula 3 pagi... bangun 5 pagi. Nak bersahur nasi tak masak.. ada yang lupa tekan punat rice cooker..smalaman beras terendam dalam air, tak jadi nasi. Pekena bihun goreng bawa balik dari masjid semalam. Tu la balasan gamaknya semalam ada komen pasal bihun tu kat masjid ..sbb plain je tak ada bahan penyedap.. akhirnya yang itu juga jadi penyelemat sahur pagi ni. Nak Subuh di masjid sebab ada kuliah tapi ongumah dah siap sedia... anak2 pun dah ikut..kena jemaah di rumah je. Lepas tu nak keluar ke masjid rasa lain pulak..bawa baring2. .. sampai 8.30 kalau tak kerana nak hantar kereta boleh sambung lagi sampai 10. Hari yang senyap sunyi tenang lenang. Semalam hujan turun pun tak sedar... senyap2 je dah basah. Dah sampai ke bengkel katanya tak boleh buat perlu 3 hari - esok cuti, isnin pasar malam, selesa cuti lagi, rabu cuti lagi... kalau dimula buka kereta terdedah kat luar bengkel dia. Bawa balik semula.. masa terluang sekejap ni masuk kat sini sampai bila? come what may!!!Baru nak mula kerja ongumah ajak pi pasar. Habis masa kat situ 1 jam.. balik baca paper smpai masuk zohor. Lepas tu anak 1 kata nak pi bayar duit catering...orangnya cuti pula. Habisnya ... tangkap lintok la.. ongumah & anak dah keluar ke Btg Kali. Hujan pun turun2 juga..lebat sat..renyai sat.Bangun 5 ptg...nak buat kerja upload gambar aktiviti sekolah.. sampai nak masuk waktu berbuka. Ke masjid.. tinggal 3 orang je yang berbuka kat masjid tapi makanan tetap ada..berlebih2 lagi. Lontomg pula petang ni & bubur lambuk Pemuda UMNO. Lepas maghrib balik..isyak & tarawih di rumah. Lepas tu ke masjid..lupa pula tadarus dah selesai... jadi pekena moreh je ..mee kuah udang... berlebih2 lagi. Bantu le kemas2 sikit...balik 10 lebih. Lepak tengok tv sampai 12 mlm. Masuk tidur dengan harapan dapat bangun 3 pagi nanti.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment