Friday, August 26, 2011

26 Ogos

Jumaat -sekali terjaga pukul 2.40 pagi. Qiam kat masjid mesti dah selesai. Tidur balik tapi hati tetap terasa rugi. Bangun semula 3.30 pagi sampai 4.30 pagi. Lelapkan mata sekejap je sebab dah sahur pukul 5. Sampai ke sekolah spt biasa ... hari ni last day seblum cuti raya bermula. Hari ni ada program Anugerah Kecemerlangan di dewan asrama.. tak tahu pun pasal ni cuma hearsay saja. Ada yang dah tanya itu ini fasal majlis ini tapi hitam putih sehelai pun tak terima.... ada suruh ambil gambar, ada kata kena buat presentation (itupun semalam baru dengar cite) kesudahannya - come what may!!! Gambar2 ada budak briged ambilkan. Lannsung tak pi jengok kat mana-mana aktiviti pun... habiskan masa kat dalam bilik je. Balik spt biasa, ke masjid besar solat jumaat. Pukul 3 keluar ke pej DO, tak ada. Singgah ke pejabat ADO semua tak ada belaka.. dah ambil cuti sendiri2.. tak masuk kerja rehat 2.45 ptg...hampir semua jabatan kerajaan macam tu..dah nak raya sedangkan raya lagi 3 hari. Curi tulang namanya tu, Orang awam masih nak berurusan dengan jabatan kerajaan... camne tu? Sapa nak jawab? Balik tidur dari 4 ptg sampai 6
ptg.. siap berbuka di masjid. Isyak dan tarawih di rumah. Ke masjid 1..semula untuk majlis khatam quran. Selesai semua sebelum 11. Balik lepak tengok movie sat sampai 12... lelap2kan mata sampai 1 pagi... siap ke masjid untuk qiamullail..last day bersama ustaz. Lepas ni buat sendiri kat rumah.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment