Monday, February 28, 2011

Feb 28

Isnin - dah habis bulan 2..esok dah masuk bulan 3. Hidup mesti diteruskan selagi hidup la! Banyak kerja tersusun... tak kisah buat ikut keperluan... come what may!!! Lepas perhimpunan duduk dalam bilik buat itu ini.... jengok kat bilik stor (cum pantry) ada laksa la pulak. Dek godaan tak tertahan terpaksa buka puasa (saja je niat nak puasa Isnin & Khamis)..tapi rupa2nya godaan lebih kuat berbanding bulan Ramashan. Dah tu katanya tengah hari ada mihun la pulak. Masuk kelas 2 waktu akhir... on the way ke surau dijemput lagi jamu selera tengah hari pulak. Ada jemputan mesyuarat,tapi perut dah tak tahan...balik juga dulu - hantar anak, kado hajat, solat zohor. Pi balik sekolah..singgah bank dulu..sampai di sekolah mesy ada selesai. Buat kerja sikit, ingat nak tunggu sampai jam 5 ptg..teringat pula nak kena jumpa SU Khairat kat rumah dia. Minum2,makan2,sembang2...minta diri bila ada orang lain pulak nak jumpa dia. Singgah kat masjid..solat asar... balik rumah layan tv jap sampai masuk waktu Maghrib. Isyak kat masjid.. hajat nak jumpa KC minta tandatangan surat2, tak ada pulak dia.. terus pi ambil anak tusyen..balik dah 10lebih. Tengok tv3 ceiter abnormal people sampai 11 mlm. Masuk tidur lepas tu.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, February 27, 2011

Feb 27

Ahad - bangun spt biasa 5.30 pagi...tekak rasa perit..sbb berpanas sepanjang hari semalam ke...sebab minum susu kambing ke? Ntah le...sempat Subuh di masjid walaupun gangguan pagi masih ada..nak kencing le..nak kentut la...setan punya kerja kot!. Ni hari ni jap lagi 8 pg nak pi majlis sambutan maulid rasul TASKI Tmn Bukit Bujang. Lepas tu ptg belum ada planning... come what may!!!Seblum 8 dah keluar..sampai kat lokasi dah siap nak berarak dari PASTI ke Surau. Kira ok la ...berjalan lancar simple dan ringkas..selesai 10.30 pagi. Balik baca paper...basuh baju...sidai baju..bawa ke petang. NB digunapakai... menghadapa tv je la.Nak baring2 pun rasa tak sempat... bukan sebab apa...layan citer apa tah kat tv3. Lepas maghrib ke masjid..Isyak..balik 1o lebih. Sambil tengok Merlin, sterika baju untuk 3 hari. Masuk tidur pun dah 11.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, February 26, 2011

Feb 26

Sabtu - penat samalam tak habis lagi, hari ini pun akan memanatkan lagi. Jap lagi ada gatehring staf kat Tresort Kalumpang... sampai tgh hari lagi tu. Dah tu ada jemputan kenduri kahwin SM Zakaria(polis trafik) ,.anak dia x-smk juga... ptg lps asar aka gotong royong kat surau TDBB utk sambutan maulidurRasul esok pagi...mlm ??? come what may!!Lepas Subuh ..update itu ini..event semlm. Menjelang 8.30 siap untuk ke event di Kalumpang..sampai sebelum 9 pagi. Nak online tapi line slow. Tak buat apa pun...minum2,makan2,makan2,makan2 - cencaru bakar, kembung bakar, tilapia bakar, kerang bakar, ayam bakar, sosej bakar & kambing bakar!!! semua pekena...stail pot luck je tapi makan berlimpah ruah.. ayam,sosej, ikan nak dibakar pun tak habis dibakar...bawa balik bakar kat rumah. 12.30 balik rumah..siap2 nak ke kenduri kahwin SN Zakaria (polis trafik)- anak dia kawin..seblum tu baring 10 minit..lega la juga sikit2. Pukul 2.30 baru ke rumah dia..ingatkan dah kurang orang..rupanya makin ramai sbb bersanding 2 ptg. Makan lebih kurang je..balik menghadap NB sampai lepas asar pi TASKI gotong royong sikit..ala susun kerusi meja je..pastu makan lagi (mihun goreng je).Balik maghrib...isyak.... rasa macam nak tidur awal tapi dah upload gambar ke blog bawa sampai 11 mlm..layan pula drama kat TV3..pukul 12 baru masuk tidur!!!


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, February 25, 2011

Feb 25

Jumaat - Hari ni ada Sukan Tahunan...mula 8 pg. Tugas pastinya penggambaran.. tapi dah ada pembantu bebudak Briged... rasanya boleh la pot kat dlm bilik tunggu bahan atau boleh buat live broadcast? come what may!!!habihnya tak boleh juga ..terpaksa ada kat padang juga. Tok tek tok tek..pukul 10 ada call nanti jam 11 ada kotnraktor nak jumpa .. pasal buat kotak jalan. Jumpa...bincang2...minum2...tak settel juga..ada conflict of opinion - quotation dibagi utk kotak ringkas (kotak dgn 1 cross) sedangkan Jurutera Daerah (JD) nak yang full (petak penuh)..kosnya lebih tinggi. Terpaksalah pula nak kena pujuk JD terima yang simple.. sementara tu tgh cari kot-kot ada kontraktor lain sanggup buat yg JD nak dengan kosnya kurang drp RM4500. Selesai bincang 12.20..gi balik sekolah majlis tak habis lagi... sempat makan nasi ayam (free punya)...lepas masjlid terus balik. Ke masjid Jummat..hujan turun lagi...balik dair masjid siapkan surat yang diminta semalam..selesai. Ke rumah Bendahari JKKK ambil slip bank..nak kena keluarkan wang untuk perbelanjaan bulan Mac... pergi bank dah tutup pulak baru pukul 4. Terus ke lokasi temujanji dengan ahli majlis.. bincang2, minum2, makan2... bincang pada kelas tusyen rakyat. Selesai pukul 6... singgah kat asrama tengok persiapan dah ok utk majls makan malam ni. Balik aar..serah surat...maghrib...siap ke asrama lagi. Semua berjalan lancar... makan2,minum2,cerita2...ucapan, persembahan..selesai. Balik dah 11 lebih..Isyak..terus masuk tidur 11.45 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, February 24, 2011

Feb 24

Khamis - nak lari ke Hospital kKB ada app.. pastu nak lari pulak ke lokasi yang akan dikerjakan kontraktor jalan... kerja kat sekolah pun tak kurang yang menanti... come what may!!! Lepas check in kehadiran terus ke hospital. Tunggu nombor 1/2 jam.. tunggu doktor 1 jam..jumpa doktor 10 minit. Selesai hampir 2 jam. Singgah ambil gambar lokasi...dpt gambar. Balik ke sekolah buat itu buat ini...time balik. Ada pulak surat jemputan mesy JK PIBG 2.30 ptg. Balik dulu hantar anak & solat. Hujan pulak turun lebat sekali. Gi balik sekolah dah 3 ptg.. mesyuarat...makan2, minum2, bicang2..sampai 5 ptg. Sampai rumah lepas solat rasa macam nak baring..tak sempat dah nak masuk Mghrib...ingat nak baring2 lagi lepas Isyak, ke masjid terus nak pekan.. nak jumpa & bincang2 lagi dengan Ameer..boleh la sementara tunggu anak habis tusyen. Balik 10.30 mlm. Buat surat & kertas kerja untuk kenalan lama..nak mohon gerai kat Pasar Peladang...lalut sampai 11.00 mlm.. dah tak tahan terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, February 23, 2011

Feb 23

Rabu - katanya ada raptai sukan...bila? ntah tak ada terima edaran apa-apa pun. Kelas hari ni ada 3, kerja nak dibuat ada timbun2... tak dpt settle sebab melibatkan orang lain.. perlukan maklumat daripada orang lain.... nak jumpa orang, nak data orang.. come what may!!! Apa pun masuk kelas keluar kelas..makan tghari kat pantry sekolah..nasi,bilis goreng bawang/cili api, paceri nenas..kicap. Balik ingat nak tidur, dapat call minta fakskan dokumen drp ARKD.. pasal urusan CF TDBB. Dah sampai sekolah buat le kerja lain sampai 4.40 ptg. Balik menghapad NB lagi sampai Maghrib..Isyak di maasjid ada kuliah. Lepas tu makan nasi lemak,,... ke mesyuarat sambutan maulid rasul taski TDBB. Selesai dah pukul 11...singgah ROSE SEAFOOD bincang dengan Ameer & ahli majlis pasal program belia...tengok dah 12.30..balik masuk tidur tidur..adus...nengantuk le esok ni.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, February 22, 2011

Feb 22

Selasa - ni nak pi hospital ambil darah..check 5.30 pagi tadi 8.0..boleh la kot dapat 6-7 8pagi nanti. tapi nak masuk kelas dulu.. come what may!!!Lepas kelas terus ke hospital bagi darah je... tunggu 1 jam..urusan selesai 5 minit...balik ke sekolah 9.30 ..singgah minum kat pantry ... sejam lagi seblum masuk kelas. Semua ok...masuk kelas keluar kelas... tengok itu tengok ini.. buat itu buat ini...gi solat zohor sbb kul 2 ada meeting... ala pasal Kestaf nak buat gathering Sabtu ni.. taklimat Sukan sikit.. balik dah 3 ptg. Rasanya tidur pun ada tapi tak sempat.. ada orang nak jumpa minta tolong buatkan surat sokongan... sambil itu sedikan dokumen untuk JKKK.. kemaskan fail yang surat2 bersepah2. Sampai maghrib.. teringat pula ada kuliah mlm ni.. gi masjid awal sikit. Lepas Isyak makan2,minum2,sembang2 tak sedar dah 10.30 mlm. Balik siap2 masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, February 21, 2011

Feb 21

Isnin - Minggu ke4 bulan 2.... cepat ke tak cepat masa berjalan? Plannig hari ni tak ada yang khusus... yg bermain di fikiran nak cari bantal... tapi banyak urusan luar nak kena uruskan..come what may!!! Ada 2 kelas relif wktu akhir.. ganti ustazah. Apa susah bawa bebudak masuk surau..test bacaan quran pastu zohor sekali. Bunyi je loceng balik..terus balik tapi settle 2-3 kerja sebelum masuk rumah. Dah masuk rumah apa lagi nak buat...terlalok la sampai 5 ptg. Buat itu ini sementara tunggu buka puasa... Isyak kat masjid..balik ambil anak sampai 10 mlm..NB digunapakai... terpaksa buat kerja lain..basuh baju..sidai baju...tengok tv sampai masuk tidur 12.30mlm


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, February 20, 2011

Feb 20

Ahad - pagi ni sepatutnya ada kursus it kat masjid kkb anjuran lujnah IT, petang ni nak pi hantaq nb kat UPM sambil hantaq anak balik Kpg Baru. Pukul brapa nak keluar dan pukul brapa nak balik.. come what may!!! So..lepas update blog ni...kursus tak jadi pulak postpone..buat itu ini dah 9 pagi... keluar ke pasar dah 10 pagi.. settle nak dapatkan tangantangan pengerusi jkkk utk surat2 nak dihantar esok. Baca paper...buat minit..dah masuk Zohor. Lepas solat dah lebih 2 tgh baru nak bergerak keluar. Destinasi pertama - UPM..sampai dah nak masuk Asar. ADa fiesta pula.. pekena "kuihtiaw udang 2 ekor besar punya dan telur dibasuh" itu kata iklan depa. Rasa hampeh..tawau hepaiau. Bergerak dari UPM ke destinasi ke 2 pukul 5 ..ke Kramat... ziarah sepupu ongumah yang masih terlantar atas katil. Minum2, makan2, sembang2 keluar dah 7 mlm ke destinasi ke 3.. Kpg Baru... untuk solat Maghrib je..pastu terus bergerak balik. Singgah pula kat kedai mamak di Rawang pekena capati & air halia...kat situ dah pukul 8 lebih...azan Isyak berkemundang dari masjid Rawang waktu tengah tunggu makanan. Makan2, minum2, tak sembang2.... terus bergerak pulang. Sampai rumah 9.45. Lepas mandi, solat, sterika baju..tengok Merlin sampai 11.30..masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, February 19, 2011

Feb 19

Sabtu - Sekolah lagi... hari ni ada program sekolah kat asrama...potensi cemerlang untuk PMR. Ptg dah ada plan onumah nak ziarah2... mengantuk tak habis lagi ni..come what may!!!DAri pukul 7.45 dah pi asrama. Set kamera, update blog sementara majlis belum mula. Dalam buku program tak ada bab tayangan LCD tapi tuptup pengetua nak tanyag presentation dia... tak kisah NB sedia ada. Waktu rehat pi makan mihun.. sedap la pulak..tambah sepinggan lagi. Selesai urusan sain borang penetapan target anak... sambung kat majlis slot motivasi. Buat rakaman video sampai habis. Majlis tamat 12 lebih.. hantar RPH..lepas balik 12.30. Sampai rumah baring sekelap dari 1 tgh sampai 2.45. Lepas zohor ke Gesir ziarah keluarga angkat ongumah.. makan2, minum2, sembang2 sampai pukul 7..on the way balik hantar kawan ongumah nak balik Terengganu kat stesen bas Tanjung Malim.. ngam2 masuk waktu Maghrib. Sampai rumah sebelum jam 8.. maghrib..isyak kat masjid...tak ke mana-mana dah malam ni... dapat siapkan surat2 jkkk dan mula start buat minit jkkk. Masuk tidur 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, February 18, 2011

Feb 18

Jumaat - Pagi ni ada sambutan maulidurasul... ptg ada mesyuarat JKKK. Awal pagi belum apa-apa dah diganggu bekas guru yang dah pindah ke sek rendah sebagai Guru cemerlang. Datang minta cetak dokumen ..urusan peribadinya. Dek kerana kira kawan layan la juga kan.. lagipun hari Jumaat.. tolong menolong bawa berkat. Come what may!!!Jadi sepanjang program berjalan dah bagi kamera untuk penggambaran pada budak briged. Tumpu masa pada kerja2 termasuk tulis RPH. Nak kata selesai tak selesai juga..gambar2 blum upload ..dah waktu balik. ..tok tek tok tek dah pukul 2 lebih, Ke Blk Gerakan untuk mesyuarat JKKK.. habis dekat 6 ptg. Lps Asar..masuk Maghrib..masuk Isyak.. ke Btg Kali pula mesyuarat SU-SU cawangan peringkat kawasan. Habis mesyu dah 12.30 pagi..sampai rumah pukul 1 ...masuk tidur terus.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, February 17, 2011

Feb 17

Khamis - walaupun tidur lewat bangun tetap awal. Subuh di masjid.. sempat juga buat amalan rutin... gi sekolah masih on time. Hari ni tak ada plan tetap... tak tau mesy ada tak, tak tau tugas ada tak utk pra sukan, yg tau ada kerja surat menyurat nak settle segera... come what may!!! Ada kelas ganti satu pukul 8.50.. lepas tu duduk dalam blik server siapkan kerja surat menyurat.. update blog.. update SPS guru tugas luar..jawab surat penjelasan BTPN & BTP kerana star rating turun 3. Bunyi loceng balik terus balik... lepas zohor barng2..sampai 5 ptg. Siapkan surat2 JKKK untuk sementara tunggu Maghrib buka puasa. Isyak ke masjid... kalau ikutkan malam ni ada mesy di Batang Kali.. terima SMS esok pulak. Balik rumah pintu berkunci..tak ada orang di rumah..nak tunggu sampai 10 mlm... gi jumpa Ameer bincang itu ini..dapat minum dan makan nugget (harap2 HPA punya la). Balik dah 10 lebih. Ingatkan nak bagi masa sikit lagi siapkan surat menyurat resolusi mesy jkkk bulan lepas..tengok jam dah 12 lebih. Selesai masuk tidur..tapi tak boleh lelap mata sampai 2-3 pagi.. tak tau le nape. Akhir ntah pukul brapa terlolap juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, February 16, 2011

Feb 16

Rabu - Malaporkan dari PKG Kg Soeharto.. ada bengkel penyelarasan pengurusan ICT Hulu Selangor.. ikut jadulah habisnya 4 ptg.. on paper je kot..come what may!!! Rupa2nya nak minta buat bengkel kajian tindakan.. jadi mmg sampai petang. On paper habis pukul 4.. bila buka untuk dialog..lanjut sampai 5 ptg.. ambik kau! Sampai rumah dah 6 lebih. Tak sempat nak buat apa-apa dah lagi.. tunggu Maghrib..Isyak di masjid.. terus gi usrah. Pukul 10 tak ada orang ingat dah boleh balik..pastu sorang2 sampai terpaksa adakan juga sampai lanjut pukul 11.30 mlm. Balik terus masuk tidur hampir 12 mlm lagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, February 15, 2011

Feb 15

Selasa - Cuti Maulid-Rasul. Bangun tetap awal... pagi ni di masjid dah ada yang datang awal sebelum azan berbanding kelmarin. Tapi bilal masih tak datang... offer kepada bilal muda pun tak mau dia azan. Terpaksala tunaikan tanggungjawab tu. Baru balik dari lepas Subuh... hari ni plan nak pi ambil NB yang dijanjikan boleh siap dibetulkan dalam 3 hari dah masuk 1 bulan.. bukan kat kedai pun...rakan seIT juga. Pastu nak terus ke Low Yat.. tengok pula kes NB satu lagi yang rosak cipset.. pastu tak tau balik kul brapa... cadangan lagi nak pusing kutip sumbangan masjid, surat menyurat pun masih banyak belum settle... come what may!!! Lepas basuh, sidai baju.. keluar dari rumah 10 lebih. Singgah ambil duit kat Bendahari JKKK, singgah ambil NB di rumah Rosli, singgah hantar surat RComm di Sg Choh. Terus ke Kg Baru ambil anak..terus ke Low Yat. Kena tinggal NB ...2-3 hari..tengok jam dah 2.30 ptg. Singgah Kg Baru.. makan tgh.. hajat nak ke Serdang tergendala call tak berjawab. Balik sampai rumah 5 ptg. Lepas asar siapkan kerja2 seblum Maghrib.. Isyak di asjid.. jumpa Ameer bincnag psala JKKK..balim masuk tidur 10 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, February 14, 2011

Feb 14

Isnin - Kena bangun awal hari ni... 5 pagi dah bangun... bersahur..dah niat nak puasa sunat.. ke masjid pun kejar sebelum masuk waktu.. kena buat perubahan drastik sikit sebab dah dengar2 mcm2 isu .. kaitan dengan bilal. Saja je gi awal nak tengok keadaan.. mmg bilal tak hadir dan masuk waktu..kena la azan nasib baik suara ok. Subuh pun dpt habis awal... ada juga yang terkejut. Sempat balik sebelum 6.45.. siap ke sekolah sampai seblum 7. Ada perbarisan pagi ni.. ada program Robotik pagi ni.. ada mesy petang ni.. come what may!!! Perbarisan selesai juga seblum 8.10 walaupun mula lewat tunggu Mejar dari Semboyan rasmikan penyampaian watikah... gambar dan laporan pun dah uplod kat http://smkkkb.blogspot.com . Sambil2 tu dokumen untuk mesyuarat petang ni pun dibuat otok2. Janjinya 9.30 ada majlis penyerahan cek untuk kelab robotik.. pergi tepat pada masanya majlis dah nak habis... tapi sempatlah rakam acara kemuncak .. penyerahan cek RM5K, sesi soal jawab dan perasmian bilik robotik & dema.. yang terlepas bab ucapan. Dah siap pun diupload ke blog sekolah. Lepas tu bincang pula dengan vendor pemasangan fibre optik... pukul 1 balik sekejap..kado hajat.. air kat tandas sekolah tak ada dlm 2 minggu ni. Sempat zohor pastu ke sekolah balik untuk mesy JK Bestari. Selesai dalam 3.30 ptg ..terus balik rumah. Sempat baring2... bangun jam 5 ptg. Pastu menghadap NB sampai Maghrib..buka puasa.. ke masjid untuk Isyak. Balik NB diguna oleh anak sampai 10 lebih. Sempat buat kerja sikit lagi sebelum masuk tidur dekat 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, February 13, 2011

Feb 13

Ahad - Keletihan maximum mlm tadi.. bukan sebab apa pun tapi sebab bangun pagi, bergerak banyak waktu mesy PIBG.. petangnya tak sempat nak baring2 siapkan update blog pibg... datang pula x-sm3kbian...layan makan di luar..tidur dekat 12mlm...bangun pun lepas azan Subuh.Hari ni 12 tgh ada 2 jemputan kenduri.. 1 ahli kariah, 1 SU Khairat.. baju tak berbasuh dah 1 minggu termasuk yg dipakai balik dr Padang.. banyak tu!!! mana satu nak pergi, mana satu nak buat..come what may!!! baru jengok tengok paper online.. ADUN Kerdau meninggal.. berita sedih buat keluarga tetapi pastinya berita gembira buat pengundi kawasan berkenaan di Temerloh Pahang. Kepada mereka bolehla mula buat perancangan untuk minta itu ini... baiki mesjid ka, baiki sekolah ke, baiki jalan ka..minta je mesti dapat punya... jangan lepaskan peluang keemasan yang Allah bagi ni..tunggu PRU 13 tak kan dilayan macam PRK. Pengalaman di Hulu Selangor banyak memberi petunjuk yang lain2..PERCAYALAH! Kena pergi pasar pulak... baju tak basuh lagi. Call untuk confirm kenduri SU khairat ..rupa2nya semalam dah dibuat. Jadi boleh le gi yang kat jiran taman. Balik dari pasar... baca paper dah 11 lebih. Siap2.. pukul 12 pi kenduri. Dari situ terus ke masjid... kena azan sebab bilal tak ada. Nasib baik suara ok. Balik dah 2 lebih... nak buat kerja mata mengantuk.. NB anak guna..jadi melalok je sampai 6 ptg. Lepas asar...idea datang untuk sediakan bahan mesy esok..Isyak di masjid..kuliah maghrib habis lambat. Lepas Isyak minum2,makan2 sembang2 sampai 11 baru balik rumah..terlepas lagi Merlin & Smallville. Ada nak buat kejutan esok pagi.. Sterika baju untuk esok sebelum masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Saturday, February 12, 2011

Feb 12

Sabtu - hari cuti tapi tidak bagi SM3KB. Hari ni ada mesyuarat Agung PIBG di Akademi Bomba & Penyelamat... mau sampai 1-2 ptg. Ada pulak jemputan kahwin di Dewan Serbaguna KKB... mlm ada 4 jemputan kenduri tahlil & marhaban... come what may!!!!Pukul 8 dah berada di tempat mesyuarat. Ambil gambar itu ini...perasmian berjalan ok.. mesyuarat je terganggu sikit dek ketidakupayaan pengerusi mengendalikan mesyuarat... meleret2...berulang2..banyak teguran dari ibubapa..bukan pasal pengurusan PIBG tapi kendalian mesy. Akhirnya selesai juga jam 1 tgh. Balik terus ke rumah..kenduri kahwin pun tak pergi. Menghadapa NB update blog pibg..gambar2... dokumentasi sampai ke petang. X-sm3kbian dari Taiping - Norizah & Roslee ada di KKB nak simggah di rumah... depa sampai seblum 7 mlm..makan2, minum2, sembang2...depa bergerak ke rumah kekawan depa yang lain.. janji nak jumpa lepas isyak pulak. Habihnya semua kenduri tak pergi .. lepas Isyak makan2, minum2 & sembang2 lagi di Rose SeaFood sampai 11 lebih. Balik masuk tidur dah dekat nak 12 tgh malam.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Friday, February 11, 2011

Feb 11

Jumaat - Minggu kedua Jumaat bulan 2. Minggu lepas berada di Padang Sumatera Barat.. melancong. Hari ni mcm biasa la... kerja menanti..surat menyurat..panggilan mesy JK Bestari hari Isnin, notis mesy JKKK Jumaat depan, nak isi borang persaraan, petang ni ada mesy jk asrama.. come what may!!!Mula buat kerja... ada yg minta tolong itu ini... cetak itu ini..bincang dgn pengetua pasal mesy isnin nanti.. masuk keluar kelas.. siap rph on time...Balik pun on time. Lepas solat Jumaat terus ke asrama untuk mesyuarat sampai 6 ptg. Baru lepas Asar nak tunggu Maghrib.. kat masjid ada kuliah.. ada kenduri 3 sekali mlm ni.. smua lepas Isyak..1 di masjid, 1 jiran setaman, 1 yang kematian semalam.. mana satu nak tunaikan...& mlm ni Raja Lawak..lawak..ha ha ha. Isyak kat masjid... lepas tu ke rumah kenduri tahlil ahli PASCAP.. kat masjid on dah ada wakil..kat rumah kenduri doa selamat jiran setaman dah dijemput imam khas. Tapi mula lambat sikit sebab kuliah tamat 9 mlm..selesai solat dekat 9.30...selesai majlis 10 lebih. Balik dah nak dekat 11 mlm.Terus masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, February 10, 2011

Feb 10

Rabu - Hari ni ada mesyuarat Pengurusan pukul 11 nanti.. kelas tak ada mmg off..tapi kalau ada relif tak tau la pulak kan... come what may!!! Sebelum hadir mesyuarat dapat juga daftar guru pelatih UPSI, bagi taklimat kepada guru baru, dapat update blog alumni, sekolah. pkkoku...sambil mesyuarat pun dapat update blog.Dpt panggilan ada kematian di Taman Ampang Indah.. bapa kpd bekas ahli JKKK.. pernah ziarah tahun lepas..mmg sakit dah lama. Selesai mesy tepat 1.50.. waktu balik.. singgah jap kat rumah arwah untuk maklumat terkini. Balik hantar anak, zohor...pergi semula ke rumah arwah sampai dibawa ke masjid Rasa, hujan mula turun. Balik...baring2 sampai 6ptg. Lepas asar...tunggu maghrib buka puasa...isyak di masjid..terus ke majlis tahlil. Balik dah 10 lebih...pukul 11 masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, February 9, 2011

Feb 9

Rabu - Pagi ni nak terus ke Hospital Sg Bulohj sekali lagi. Samalam terapi bercakap, hari ni jumpa doktor pakar. Sebelum tu singgah stesen komuter hantar anak pi hosp gigi Rawang.. pastu balik ke Sedang. Sampai di HSB sebelum 9.00.. tunggu ambil nombor tak lama sangat... jumpa doktor pun tak lama mana pun. Doktor singh pula bukan doktor pompuan yang mula2 rawat dulu. Kata dia nak kena flu..ada tanda2 merah kat anak tekak.. di bagi ubar.. kumur & untuk cairkan taik telinga. katanya lagi kena rehat banyak..rehat jangan bercakap. Tunggu kat farmasi dgn sistem canggih dia kononnya sampai 11/2 jam..dari 10 sampai 11.30 pagi, Tak tahan sabar pi tanya kaunter, katanya dah dipanggil.. pelik betul..kita tertonggok kat situ tak ke mana-mana, tahan lapar lagi, dia kata panggil tak dengar. Kita bukan jumpa doktor sebab pekak tapi sebab tekak. Tak kisah la tu.. lepas adu terus dapat ubat. Pelik lagi doktor bagi antibiotok, ubat kumur tak ada stok, dan satu lagi ubat sembur kat hidung.,. pun tak ada stok. Minta kita call bila ada mai ambik katanya. Ubat2 tu tak ada kat KKB, katanya. Banyaklah kisah...tak kuasa nak ulang alik ke Sg Buloh tu untuk ambil ubat tu saja. Come what may!!! Singgah makan dah pukul 12 lebih kat cafeteria.. banyak juga pilihan makanan. Makan pesember je RM4.00 & air suam... ada bawa air pinang muda. Singgah Maybank ..tak dapat settle pasal nak ambil balik duit buat transfer ke Public Bank..kena tuannya yang ambil. Singgah kedai beli sayur ikan..sampai rumah elok masuk waktu zohor. Ni baru nak update blog sampai petang la kot. Memang pun..sampai nak masuk Maghrib terpaksa berhenti ..tak complete lagi. Ke masjid sebab ada kuliah...lepas Isyak ada mesyuarat PISCAP...sampai 11.30 mlm. Balik masuk tidur hampir 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, February 8, 2011

Feb 8

Selasa - pagi ni ada taklimat bakal pesara di SMK Tmn Bunga Raya.. lepas tu nak terus pergi ke hospital Sg Buloh. Sebelum tu singgah kat sekolah dulu hantar ongumah & anak..ambil kerani perjawatan.Come what may!!! Sampai 8.30 terus minum pagi. Sesi bermula 9 lebih sampai 1 tgh. Dari situ terus ke Sg Buloh sampai sebelum 2 ptg. Sesi berakhir 2.30 ptg. On the way singgah stesen komuter ambil anak dari Serdang pula balik hari ni. lepas zohor..tunggu asar..baru dpt masuk ke blog ni. Dari Maghrib.. hujan pula turun..sampai Isyak menghadap NB esit gambar ke Padang dan upload sikit ke blog ALumni. Ingat nak masuk tidur 10 - 10.30 mlm...lalut sampai 11 lebih baru masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Monday, February 7, 2011

Feb 7

Isnin - syukur masih bernafas dan segar pagi ni walaupun tidur 11 mlm... letak kepala terus lena sampai pagi. Banyak kerja update nak buat pagi ni... ni nak pi perhimpunan sat dulu... lepas ni baru nak tengok2 apa yang kena buat...dalam kepala ni dah terpikiaq mcm2... update blog, surat jemputan mesy, esok punya program..come what may!!! Buat kerja memindah dan rename gambar habis dekat 1/2 hari. Layan guru itu guru ini..minta pc la, minta gambar la..masuk kelas..keluar kelas...dah time balik ..2.30 dah sampai rumah. Lepas zohor tak tahan mata..baring ..hujan pula turun tetiba dlm cuaca panas...tak sedar pun sebab dah lena sampai 6 ptg. Bangun asar sampai maghrib...ke masjid utk Isyak terus tunggu anak balik dari tusyen.Lepas tengok tv jap sampai 11 mlm masuk tidur.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Sunday, February 6, 2011

Feb 6

Ahad - baru balik dari Padang-Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Touchdown di LCCT 10.30... penerbangan cuma 1 jam dari time bertolak dari Lapangan Terbang Minangkabau, Padang pulul 8.30 pagi... merentas mendahuli masa jadi la 2jam. Singgah Kpg Baru.. lepas zohor balik KKB. Selama di sana 2 hari tak dapat update. Rupa2nya broadband celsom tak boleh akses dari luar negara... masa beli tu semua boleh katanya. Cuma nak dapatkan cafe internet pun tak semudah di Malaysia. Akses wifi kat hotel ada tapi tak melepasi. Sepanjang hari ini rasa letih sangat badan. Bangun 4.30 pagi ..Subuh pukul 5.10 pagi...tidur pun lewat sehari dua lepas.Ingatkan nak tidur lepas Isyak nanti dah ada pulak ceirta Merlin & SmallVille... pukul 11 la jadinya.

Sabtu,5.2.11 - Lepas sarapan check out dari Hotel..menuju semula ke Padang. Sebelum tu singgah beberapa tempat lagi - Ngarai Sianok kawasan mcm grand canyon.. yg lebih menarik ada Lobang Jepang - lorong bawah tanah dibina semasa Jepun memerintah 3 tahun .. sejauh 2 km. Tak masuk pun sebab masa tak cukup.. banyak tempat lagi nak lawat. Kat situ juga ada jualan - termasuk lukisan tangan orang tempatan. Bergerak semula melalui Kpg Matur... IKSnya kacang, jagung& pelbagai kerepek.. menuju ke Tasik Maninjau - kesan letupan gunung tinjau jadi tasik yg luas. Lalu saja tak sampai pun ke tepi tasik sebab kesuntukan masa. Singgah makan di Rest Pak Datuk.. solat.. dan terus lagi ke Rumah Gadangn 9 Ruang di Padang Panjang. Sampai di pekan Padang dah masuk maghrib...putar2 pekan (kalau pusing2 jadi pening - bandar jadi longkang).Singgah kat kedai pandai sikek SiLungkang.. dapat beli baju sehelai R70R je (RM28). Terus ke tepi pantai untuk makan malam - hidangan sama cuma tambah ikan, udang & sotong bakar. Check in kat hotel 7.30 mlm...tidur pun awal sebab keletihan.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Thursday, February 3, 2011

Feb 3

Khamis - Happy Birthday kpd anak yang bongsu.. hari ini dah 15 tahun. hari ni juga rombongan akan berlepas ke Padang Sumetera. Esok2 posting dari sana kot kalau boleh akses pakai PDs dan boradband celcom. Semalam dah try..locally ok. Masih bersiap2..nak keluar pukul 9 ke KLIA... come what
may!!!flight 3 ptg...2 jam kat sini..
waktu skrang baru 12 tgh.dah trtongok kat dpn ruang legar LCCT. tunggu penganjur & ahli rombongan lain. nasib baik boleh log in.. tak terasa sgt masa brlalu. Lepas makan tengahari kat gerai LCCT ni...lepas check ini..solat zohor.. pukul 3.30 terbang. Sampai di sana Lapangan Terbang Minangkabau Padang pukul 3.30.. penerbangan 1 jam lebih sikit tapi ke belakang masa jadi tak ada beza masa sgt...lewat 1 jam lebih kurang. Tengah melalui proses checking kat imigrasi azan asar berkemundang di komplek imigrasi tu pukul 4 ptg. Clearance dah dekat 5 ptg... baris agak panjang dan proses checking agak rumit juga.. check cop 10 jari, 2 ibu jari dan scan muka. Bas PARIWISATA dah menunggu... terus bergerak ke Bukit Tinggi - 100 km (3 jam perjalanan). Singgah di separuh puncak Bukit Tinggi di Puncak Kiambang - dah dekat 5 lebih singgah minum .. try soto Padang - sup daging salai+ bihun & nasi + sambal -cili tumbuk je - sorang kena kat R20K (RM7).Mahal!!! Dekat pukul 6 singgah pula kedai kain sulaman Puteri Minang Shopping Centre... banyak juga yang berbelanja. Bagusnya minuman disediakan gratis (percuma). Ada jualan telekung 4 helai 100K Rupiah (RM36).Pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib pun.... sampai di Bukit Tinggi dekat 8 mlm waktu tempatan. Makan nasi Padang, dihidang 6 orang 1 hidangan - daging kerbau ada, ayam kampung ada, ikan ada, cili api tumbuk ada, ulam timun&salad, nasi putih... memang sedap walaupun masin sikit. Pukul 10 lebih lepas makan malam check ini kat Hotel Kharisma.. dpt bilik 315. Lepas mandi,solat..tengok tv pelbagai channel sampai 12.30 mlm (Malaysia 1.30 la tu) baru tidur.
Jumaat - sarapan 7 pagi.. ada bubur sumsum -dari tepung beras + gula merah. Yang agak spesial Kharisma Batagor - tauhu+fishkek goreng. 9 pagi dah bertolak ke tempat-tempat lawatan - Anissa (lagi kedai kain sulaman), Pasar Padang Luar (Pusat Pengumpulan sayuran - diekspot ke KL). Di kaki Gunung Singgalang ada banyak kedai tenunan songket - di salah satunya Satu Karya Pandai Sikek (maknanya sisir - kain songket). Capal kulit di jual R100K (RM36), topi koboi kulit RM15.00. Kat kedai2 lain baru nampak kopiah(RM5), samping songket (RM60),beg crochet RM7. Dalam pada tu terkena juga dengan pakcik kedai runcit - 2 biji bacang & 1 biji ciku kena R15K - jatuh sebiji RM2.00 (mahal!!!). Dari situ ke Istana Basa Pagar Ruyong.. ada jual ciku 9 biji R10K (RM3.60)..sibiji baru 40 sen. Masuk tandas yang tak semengah R2000K.. nasib baik ada pilihan R1K. Ada pula dish istimewa (jual tepi jalan) - tauhu putar telur - 7 btg R10K. Dari situ singgah di Pondok Flora Restoran untuk makan tengah hari.. pondok atas kolam ikan..makan duduk bersila. Hidangan mcm sebelum ni juga - dgn sikit tambahan kentang goreng sebiji-sebiji, telor masak lemak, ada pecal sikit & ikan bakar. Lepas makan lawat kilang kopi - juga buat makan ringan pisang salai salut tepun digoreng, cakar ayam. Try minuman special - air pinang muda + susu+ madu + telur kuning + halia... untuk buang angin kononnya. Beli sekotak bawa balik. Ada juga teh daun kopi. Dari situ ke Baso.. rumah Hjh Rosma - pakar sulaman. Balik ke hotel untuk bersiap keluar makan malam di Restoran Pauh Piaman.. hidangan sama juga. Lepas makan pi tengok persembahan kesenian Kumpulan Seayun Selangkah.. persembahan tarian, silat - tradisi Minangkabau. Balik tidur pukul 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Wednesday, February 2, 2011

Feb 2

Rabu - hari kedua bulan kedua tahun 2011. Masih bercuti sbb esok kong heh fatt choy. Esok juga ana akan terbang ke Padang, Sumatera. Tapi hari ini mesti diteruskan urusan harian... nak pi bank di Btg Kali.. sbb kat KKb bank tu tak ada. Nak singgah MDHS hantar aduan.. tapi ada lagi aduan tak disediakan... nak kena tidur petang ni kalau dapat..sbb mata semata perit 2-3 hari lepas ..tidur lambat bangun awal. apa-apa pun come what may!!! Baru nak buat kerja surat menyurat, anak dah minta hantar ke skeolah. Siap aduan pokok depan masjid utk MDHS. Keluar pukul 10... hantar anak..singgah bank... singgah MDHS..dah dekat 12...pi sekolah balik..sembang2..ada gur kena tukar kecoh sikit..ada yang nak pergi tak dapat, ada yang kena pergi tak nak pergi...bukan nak menyibuk tapi dah ada kat situ,, orang mengadu hal... dengar aje la. Balik rumah... makan..zohor..basuh kain baju.... tengok tv..cerita SETEM... asar..ke kebun kejap..packing...bakar2 je... maghrib...packing..Isyak...masuk tidur pukul 10.30 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

Tuesday, February 1, 2011

Feb 1

Selasa - masih cuti hari kedua. App hospital pun tak pi hari ni..bacaan sebelum Subuh 9.3 - minum air 3 teguk..lepas Subuh naik 10.3.. tak faham betul. Pagi ni nak pi sekolah settle pasang plate garaj lagi 2 keping.. nak pi bank keluarkan duit... sbelum tu rasanya nak kena ambil tandatangan semula sebab belakang slip tak di tandatangan.... pastu nak hantar aduan kat MDHS .. dah tu ada pulak nak siapkan lagi 2-3 aduan kalau sempat buat sbelum keluar nanti. Tapi tuula..bila dah buat kerja2 lain..yg ini terlupa. Petang ni ada mesy. JK Alumni di rumah Hakim Borhan, mantan Dato Bandar KL....come what may!!! Pukul 9 lebih keluar dari rumah untuk settle seperkara dua. Mula-mula cari bendhaari JKKK minta tandatangan slip keluar duit dari bank yang baru. PAstu pi bank..tak buka lagi.. singgah di sekolah selesaikan kerja tertangguh semalam...settle. Pi balik ke bank... duit dpt keluarkan...urusan tak settle..dah minta surat tukar cop pulak. Balik rumah sediakan surat...buat itu buat ini.. lepas zohor bergerak ke Shah Alam... singgah rumah Bendahari sekali lagi utuk sain surat bank...singgah ulu yam ambil sorang lagi ahli ALMUNI... sampai di tempat mesyuarat pukul 3.30 ptg. Bincang itu bincang ini..oukul 4.30 mesy ditangguhkan. Dijamu roti jala, mee rebus penang, anggoru,blackcurrant,kuih talam suji & limau. Kenyang lajuga...balik sampai rumah dah 6.30 ptg. Lepas aaar tunggu maghrib...lepas maghrib tunggu isyak. Hajat hari nak masuk tidur awal...update blog... lalut sampai dekat 11 mlm juga masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam