Thursday, February 3, 2011

Feb 3

Khamis - Happy Birthday kpd anak yang bongsu.. hari ini dah 15 tahun. hari ni juga rombongan akan berlepas ke Padang Sumetera. Esok2 posting dari sana kot kalau boleh akses pakai PDs dan boradband celcom. Semalam dah try..locally ok. Masih bersiap2..nak keluar pukul 9 ke KLIA... come what
may!!!flight 3 ptg...2 jam kat sini..
waktu skrang baru 12 tgh.dah trtongok kat dpn ruang legar LCCT. tunggu penganjur & ahli rombongan lain. nasib baik boleh log in.. tak terasa sgt masa brlalu. Lepas makan tengahari kat gerai LCCT ni...lepas check ini..solat zohor.. pukul 3.30 terbang. Sampai di sana Lapangan Terbang Minangkabau Padang pukul 3.30.. penerbangan 1 jam lebih sikit tapi ke belakang masa jadi tak ada beza masa sgt...lewat 1 jam lebih kurang. Tengah melalui proses checking kat imigrasi azan asar berkemundang di komplek imigrasi tu pukul 4 ptg. Clearance dah dekat 5 ptg... baris agak panjang dan proses checking agak rumit juga.. check cop 10 jari, 2 ibu jari dan scan muka. Bas PARIWISATA dah menunggu... terus bergerak ke Bukit Tinggi - 100 km (3 jam perjalanan). Singgah di separuh puncak Bukit Tinggi di Puncak Kiambang - dah dekat 5 lebih singgah minum .. try soto Padang - sup daging salai+ bihun & nasi + sambal -cili tumbuk je - sorang kena kat R20K (RM7).Mahal!!! Dekat pukul 6 singgah pula kedai kain sulaman Puteri Minang Shopping Centre... banyak juga yang berbelanja. Bagusnya minuman disediakan gratis (percuma). Ada jualan telekung 4 helai 100K Rupiah (RM36).Pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib pun.... sampai di Bukit Tinggi dekat 8 mlm waktu tempatan. Makan nasi Padang, dihidang 6 orang 1 hidangan - daging kerbau ada, ayam kampung ada, ikan ada, cili api tumbuk ada, ulam timun&salad, nasi putih... memang sedap walaupun masin sikit. Pukul 10 lebih lepas makan malam check ini kat Hotel Kharisma.. dpt bilik 315. Lepas mandi,solat..tengok tv pelbagai channel sampai 12.30 mlm (Malaysia 1.30 la tu) baru tidur.
Jumaat - sarapan 7 pagi.. ada bubur sumsum -dari tepung beras + gula merah. Yang agak spesial Kharisma Batagor - tauhu+fishkek goreng. 9 pagi dah bertolak ke tempat-tempat lawatan - Anissa (lagi kedai kain sulaman), Pasar Padang Luar (Pusat Pengumpulan sayuran - diekspot ke KL). Di kaki Gunung Singgalang ada banyak kedai tenunan songket - di salah satunya Satu Karya Pandai Sikek (maknanya sisir - kain songket). Capal kulit di jual R100K (RM36), topi koboi kulit RM15.00. Kat kedai2 lain baru nampak kopiah(RM5), samping songket (RM60),beg crochet RM7. Dalam pada tu terkena juga dengan pakcik kedai runcit - 2 biji bacang & 1 biji ciku kena R15K - jatuh sebiji RM2.00 (mahal!!!). Dari situ ke Istana Basa Pagar Ruyong.. ada jual ciku 9 biji R10K (RM3.60)..sibiji baru 40 sen. Masuk tandas yang tak semengah R2000K.. nasib baik ada pilihan R1K. Ada pula dish istimewa (jual tepi jalan) - tauhu putar telur - 7 btg R10K. Dari situ singgah di Pondok Flora Restoran untuk makan tengah hari.. pondok atas kolam ikan..makan duduk bersila. Hidangan mcm sebelum ni juga - dgn sikit tambahan kentang goreng sebiji-sebiji, telor masak lemak, ada pecal sikit & ikan bakar. Lepas makan lawat kilang kopi - juga buat makan ringan pisang salai salut tepun digoreng, cakar ayam. Try minuman special - air pinang muda + susu+ madu + telur kuning + halia... untuk buang angin kononnya. Beli sekotak bawa balik. Ada juga teh daun kopi. Dari situ ke Baso.. rumah Hjh Rosma - pakar sulaman. Balik ke hotel untuk bersiap keluar makan malam di Restoran Pauh Piaman.. hidangan sama juga. Lepas makan pi tengok persembahan kesenian Kumpulan Seayun Selangkah.. persembahan tarian, silat - tradisi Minangkabau. Balik tidur pukul 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment