Sunday, February 6, 2011

Feb 6

Ahad - baru balik dari Padang-Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Touchdown di LCCT 10.30... penerbangan cuma 1 jam dari time bertolak dari Lapangan Terbang Minangkabau, Padang pulul 8.30 pagi... merentas mendahuli masa jadi la 2jam. Singgah Kpg Baru.. lepas zohor balik KKB. Selama di sana 2 hari tak dapat update. Rupa2nya broadband celsom tak boleh akses dari luar negara... masa beli tu semua boleh katanya. Cuma nak dapatkan cafe internet pun tak semudah di Malaysia. Akses wifi kat hotel ada tapi tak melepasi. Sepanjang hari ini rasa letih sangat badan. Bangun 4.30 pagi ..Subuh pukul 5.10 pagi...tidur pun lewat sehari dua lepas.Ingatkan nak tidur lepas Isyak nanti dah ada pulak ceirta Merlin & SmallVille... pukul 11 la jadinya.

Sabtu,5.2.11 - Lepas sarapan check out dari Hotel..menuju semula ke Padang. Sebelum tu singgah beberapa tempat lagi - Ngarai Sianok kawasan mcm grand canyon.. yg lebih menarik ada Lobang Jepang - lorong bawah tanah dibina semasa Jepun memerintah 3 tahun .. sejauh 2 km. Tak masuk pun sebab masa tak cukup.. banyak tempat lagi nak lawat. Kat situ juga ada jualan - termasuk lukisan tangan orang tempatan. Bergerak semula melalui Kpg Matur... IKSnya kacang, jagung& pelbagai kerepek.. menuju ke Tasik Maninjau - kesan letupan gunung tinjau jadi tasik yg luas. Lalu saja tak sampai pun ke tepi tasik sebab kesuntukan masa. Singgah makan di Rest Pak Datuk.. solat.. dan terus lagi ke Rumah Gadangn 9 Ruang di Padang Panjang. Sampai di pekan Padang dah masuk maghrib...putar2 pekan (kalau pusing2 jadi pening - bandar jadi longkang).Singgah kat kedai pandai sikek SiLungkang.. dapat beli baju sehelai R70R je (RM28). Terus ke tepi pantai untuk makan malam - hidangan sama cuma tambah ikan, udang & sotong bakar. Check in kat hotel 7.30 mlm...tidur pun awal sebab keletihan.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment