Friday, April 30, 2010

Apr 30

Jumaat - Penghulu Segala Hari - hari akhir bulan 4. Esok dah masuk bulan 5. Hari ni ada jamuan meraikan 3 pelatih UiTM habis prkatikum...itu pukul 10.30 nanti. Sebelum tu kena buat 1-2 kerja sambil diskus online dengan gpbnsde. Siap - dapatkan tt pengetua untuk edaran latihan 10hb nanti..nak edar Isnin depan. Siap - update lagi takwim dalam SPS. Siap - RPH minggu ni. Siap - makan kat jamuan. Lepas tu siap nak balik. lepas solat Jumaat - santai2 tengok tv..tak dapat nak tidur pun....cuba-cuba nak tengok punca printer tak jalan betul...pakai ink tambahan kat luar...tak berfungsi seperti sepatutnya. kerja-kerja mencetak pun tergendala. Bawa sampai ke malam...tengok tv je. Dalam lepas 11 malam baru dapat update blog.Malam ni tidur lewat sikit...esok kan CUTI...HARi PEKERJA.

Thursday, April 29, 2010

Apr 29

Khamis - Pasar malam lagi petang ni. Pagi ni siapkan dokumen untuk bagi taklimat 'review' SAP sebab ada juga 3-4 orang yang masih tak faham menyebabkan tergendala perancangan awal....dah siap cari Pengetua pula tak jumpa untuk tandatangan. Dalam pada tu ada yang datang minta buat itu ini - guru pelatih nak analisis kehadiran dari bulan februari...dah try pakai sps ok..cuma kena tunggu esok last day baru boleh tutup untuk tempoh mereka akhir di sm3kb. Tengah buat kerja tu...kena masuk kelas --relif 1G. Dapat juga semak gambar pelajar kelas tu. Keluar kelas singgah kat kantin....makan sayur campur kobis, fat choy dan kerabu taugeh. Ada masa lebih kurang 1/2 jam sblum masuk kelas lagi. Sebelum tu tangok takwim kat SPS masih kosong. Cuba-cuba masukkan aktiviti yang lepas-lepas dan bulan berikutnya. Ingat nak sambung buat kat rumah. Elok nak langkah balik, lori bawa barang nak rewiring pula sampai. Suruh simpan kat stor PJK je, depa buat kerja, ana pun balik. Ingatkan hati nak siapkan dua tiga kerja tapi panggilan bantal lebih kuat, Lepas solat zohor, singgah kat katil jap...jap jap pun sampai 5 ptg. Hujan pula turun lebat sekali. Pasar malam tak jadi la nak pergi. Ingatkan macam tu le. Tumpukan pada buat printing gambar...dah toner pulak habis. Kalau ikutkan beli printer baru ni fillup toner automatik tapi tak jalan pula. Kena call pembekal...hari Isnin baru nak datang. Sempat print 3 keping je. Tengak tengok tv...dah ada arahan suruh bawa anak-anak ke pasar malam - nak cari pakaian untuk ke perkhemahan ahad ni. Lantak le....lepas Maghrib keluar la ana ke pasar malam tu. Hujan pun dah berhenti. Ana beli jagung dan celur2 ...pusing-pusing beli biskut masin...3 paket RM5.00. Teruk betuk harga biskut sekarang. Pastu duduk dalam kereta tengok orang asli beli makanan jualan orang Cina....ayam, sate goreng...besar juga belanja depa malam ni...duit habuan PRK baru-baru la tu kot. Sampai rumah 9.30 mlm. Sebelum nak masuk tidur ni, update blog ni dulu.

Wednesday, April 28, 2010

Apr 28

Rabu - Hari berjalan terus. Kerja tetap kerja. Hari ni macam hari hari biasa yang telah kembali tenang cuma topik PRK masih panas diperkatakan. Buat kerja yang terlintas difikiran menanti waktu masuk kelas 8.50-10.50. Rehat makan keuhtiaw sup sayur sebelum masuk kelas semula 11.50-12.30. Dalam pada tu siap kerja kemaskini Harta modal 2008 & 2009. Cukup time balik...balik. Singgah kedai ambil gambar..pastu tu singgah pej imigresen ambil borang nak buat paspot. Petang lepak2 terlelap sampai 5.30. Lepas tu tengok tv...buat kerja sikit...sikit-sikit pun sampai 11. malam...masuk TIDUR.

Tuesday, April 27, 2010

Apr 27

Selasa -Pagi ni tengah cari kerja apa nak buat. Bukan sebab tak ada kerja tapi banyak kerja tak tahu mana nak didulukan. Lepas kerja-kerja rutin - cetak kehadiran, baca email..respond online sambil dengar sinar, pergi cari kerja kat stor pejabat. Pengetua pula call suruh ambil gambar - PATS dan HEADCOUNT. Pergi la sat cari kelas tingkatan 3 kat blok 3 tingkat. Exercise sikit. Lepas tu minum ko;pi kat tempat biasa - kat stor pejabat. Sekali cari fail Harta Modal...dah lama cari tahun 2008 punya fail. Hari ni dah dapat. Bila dah dapat fail tu nak buat update bahan TMK kat OneNote. Datang pula JKR nak tengok bangunan nak rewiring. Daripada RM100K, diluluskan RM20K saja dulu.. Jadinya dapat survey 2 blok bengkel. Singgah kat kantin makan meehum. Sambung sikit lagi kerja dah time nak mesyuarat Tabung Kebajikan. Tengah mesyuarat JKR datang lagi dengan kontraktor nak tengok sekali lagi blok nak rewiring. Sambil mesyuarat sambil berkejar tunjuk tempat dan cadangan nak tambah lampu, kipas dan plug point. Akhirnya selesai kedua-dua kerja sekali jalan. Dah time balik...2.30 balik la ana..dalam hujan renyai-renyai selepas lebat turunya 30 minit tadi. Lepas zohor dah dekat jam 4..lelapkan mata sampai 5.30 ptg. Pastu menghadap NB..baca apa yang patut sambil proses 3 keping gambar penerima anugerah akademik 3 minggu lepas sampai 10.30 mlm. Masuk TIDUR dah dekat 11 mlm. Tomorrow is another day!!!

Monday, April 26, 2010

Apr 26

Isnin - Hari ini pun keluar macam biasa. Tak ada tekanan kerja sangat.Samtai2 buat kerja yang mendatang atau teringat.Selesailah juga 2-3 kerja sampai waktu balik. Singgah kat stesen komuter ambil kereta yang ditinggalkan Bang Long.....dia balik KL. DAri situ gi JPJ,,, lesen memandu dah mati sejak 8hb lalu. Pastu singgah pejabat pos...ambil surat berdaftar...peringatan tak bayar ansuran kereta...sekali beli envelop pos express. Jam 3> sampai rumah. Lepas solat relaks tengok tv sampai petang. Jam 5.30 ke stesen komuter lagi sekali..ambil anak dari Serdang pulak balik bercuti. Sampai malam tak buat apa-apaa, tengok tv, update blog...cukup time TIDOR.

Sunday, April 25, 2010

Apr 25

Ahad - Hari Mengundi bagi penduduk Hulu Selangor dalam Pilihanraya Kecil P094. Keluar mengundi jam 9.30 pagi tadi. Elok keluar dari rumah ada kereta BN lalu untuk dibawa ke pusat mengundi. Ingat nak jalan kaki je..tapi dah ada kemudahan, naik je le. Selesai mengundi dalam 20 minit ..tak ramai ornag,,, tak perlu beratur panjang...tak macam 10 tahun lalu. Ini mungkin perubahan yang boleh dibanggakan. Dulu ornag 'bercinta' nak keluar mengundi sebab ambil masa agak lama terutama 'peak hours'. Masa tu semua orang pergi serentak...makin panjang 'q'nya. Tapi hari ni...pi la pukul berapa pun...lancar je. Sampai pi check kat pondok untuk dapatkan 'saluran' mengundi'. Masuk..check Mykad..dapat kertas undi..pangkah X ..masuk peti...keluar..balik. Pun ada kereta disediakan. Ana naik kereta disediakan BN...tapi undi ...rahsia. Patu cuba la nak dapatkan habuan RM100 untuk anak yang balik mengundi dari jauh. Ruap2nya hanya untuk ahli UMNO saja. Melepas ... sebab dia tak jadi ahli parti politik. Dari situ ke pasar cari ikan dan syuran. Ingatkan jalan jem...rupa2nya lengang kecuali di beberap tempat mengundi. Terus ke rumah cikgu Manap...nak ziarah dia...rumahnya pulan kosong. Ntah ke mana perginya. Terus balik ...baca paper dan lelapkan mata sbelum zohor. Lepas makan...lelap lagi sampai petang. Memang tak bercadang nak emana-mana..nak tunggu keputusan PRK sambil buar kerja laminatinf gambar. Akhirnya keputusan diketahui BM menang majoriti >1000 undi je... Apa pun sapa saja yang menang, penduduk Hulu Selangor ramai yang menang besar - orang FELDA dan orang Cina. Orang India memang sikit-sikit je kot. Sudahnya berjuta-juta duit rakyat dibelanjakan oleh BN untuk lunaskan janji2 pilihanraya. Lantak deme lah hai....dah time untuk TIDUR.

Saturday, April 24, 2010

Apr 24

Sabtu- Semua program dirancang di sekolah terpaksa ditangguhkan. Mesy Agung Alumni tangguh 15/5/10. Bebudak MUET tak tahu la apa jadinya pagi ni. Bukan apa bila sekolah jadi tempat mengundi, pastinya persediaan dibuat hari ini. Masuk keluar pun dah tak macam biasa...pastinya ada sekatan dan halangan. Bab tu lantak deme la! Apa pun ana ada program sendiri hari ini. Sebelah pagi ni nak ke Serdang ambil barang anak ana yang dah mula cuti. Ni pun satu hal ana tak faham. Bulan belas baru bayar yuran semester...bulan ni dah mula cuti sampai bulan Julai. Apa citer? Sepatutnya belah petang ada app dengan Swiss Garden Hotel kat Kelab Golf KKB....dia offer kupon bermalam di hotel dia...ntah2 jadi macam odder baucer 300 susu kambing kat klang dulu. Apa pun kena pi tengok juga. Saja nak tau trick berniaga orang2 ni. So keluar dari rumah 9 pagi ,,singgah kat Hospital Selayang nak ziarah Hj Manap. Rupa2nya dia dah discharge hari Jumaat. Terus ke Serdang ambil barang-barang anak. kat situ je sampai jam 12tgh. Menjelang masuk waktu zohor singgah kat Keramat pula....ambil barang import dari Myanmar. Lepas solat, bergerak balik...jalan jem teruk kat MRR2 - habis dekat 1 jam kat situ...masuk ikut Sg Tua. Sampai KKB jam 4..terus ke Kelab Golf. Jadi offernya minta jadi member Swiss Hotel untuk nikmati kemudahan tinggal kat rangkaian hotel seluruh dunia- free. Memang menarik pada awal ceritanya. Yurannya tak la mahal sangat RM13650 - bayar ansur2 4 tahun untuk keahlian 30 tahun. Lu fikirla sendiri!!! Memang untung kepada orang2 yang suka dan selalu melancong. Tapi ruginya layak untuk 2 kali saja setahun = tidak lebih 7 hari setahun. Dek kerana angkanya agak besar, makanya ana terpaksa tolak tawaran tu..tapi offer tinggal free kat Swiss Garden 3h2m masih diberi. Yang ini tak tahu lagi benar atau kelentong. Dari situ ana ke stesen komuter, anak dari Skudai pula balik bercuti juga. Sampai rumah jam 6.30 ptg. lepak-lepak - makan, solat, mandi - keluar ke stadium KKB pula jam 9,00 mlm. Jalan penuh sesak bagai nak rak. Stadium penuh dengan orang. Yang datang bagi ceramah pun ramai - tapi yang ditunggu Nik Aziz. Selesai jam 12 lebih sikit. Kalau bawa kereta dan parking dekat2 stadum, alamat tak keluar 1-2 jam. Yang parking di luar jauh dari stadiun pun tak boleh keluar sebab orang parking bertindih2. Ana parking tempat special - kita orang tempatan tahu jalan belakang - sebab tu sanpai rumah jam 1.00 pagi. Tak boleh nak buat apa dah lagi..terus TIDUR.

Friday, April 23, 2010

Apr 23

Jumaat - Hari ini Nik Aziz turun ke KKB. Tapi belum apa-apa lagi dah ada sekatan sana sini. Makin kecoh kat pekan KKB yang selama ni tenang dan sunyi. Apa pun perjalan hari ini macam biasa. Kerja-kerja awal pagi sampai balik kat sekolah tak ada benda baru. Kalau ada pun PC baru diterima dari KSMM - untuk guna kat mana pun tak tahu lagi. Dah dicheck ..OS Win07...kira terbaru la tu dari HP. Cukup time ana balik ...ingat kalau tempat nak ke mesjid besar kkb, tapi sek kerana dah terdengar jalan ke sana ditutup sejak pagi, tak jadi la gamaknya...jadinya ke mesjid darul quran saja la. Balik dari mesjid ke Kelab Golf Bukit Beruntung..ada pertandingan bowling...ongumah dengan anak ambil bahagian...ana dah sakit jari jemari nak angkat bola bowling. Jadi coach je. Habis pukul 5.30..sampai rumah dekat pukul 7. Menghadap tv sampai malam. Nak keluar dengar ceramah politik pun dah rasa malas....benda yang sama juga dicakapkan mereka. Nak tunggu Ahad je nak buang undi...lepas ni KKb akan kembali tenang siang dan malam. Masuk tidur 12 mlm.

Thursday, April 22, 2010

Apr 22

Khamis - Dapat rezki PRK lagi hari ni. Awal pagi dapat maklumat dari member Noh Omar nak rasmi Pasar Peladang hari ni. Macam biasa ada habuna RM50 lagi. Jadi keluar la ana ke sana jam 9.30 pagi. Sepatutnya mula jam 10 tapi terbabas sampai 10.45 pg. Pada masa yang sama TPM datang rasmi Balai Bomba baru...sebenarnya dah rasmi dah oleh Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan...tapi nak rasmi juga sekali lagi. Mainan politik. Lantak deme lah hai!!! Macam biasa ana jadi kameraman...ke hulu ke hilir. Banyak gambar sebelum ni belum upload lagi. Selesai semuanya 12.30 tgh...ye le kena makan minum dulu baru boleh balik. Lepas sekolah ana terus balik rumah. Sebelum tu pengetua minta wakilkan dia ke Pej Penerangan ambil komputer. Rupanya sala maklumat....deme nak 4 orang pelajar dtg teima sendiri hadiah NB ke PC ke tak tau ana...jadi tak jadi pi la ana kat situ. Balik tengah lepak2, ada group repair jalan berlubang depan rumah. Dah lama lubangnya tak ditutup..tetiba je siap lori primet, jentolak, dan steamroll..dengan 7 orang pekerja..siap dalam masa tak sampai 35 minit. Kalau minta bertahun tak dapat...pasal PRK tak minta pun dapat!!!. Ni tunggu petang nak ke malam.....

Wednesday, April 21, 2010

Apr 21

Rabu - Pagi ini lega sikit - check darah - 7.2 Makan nestum + teh kosong sebelum ke sekolah. Hari ini nak melawat Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK). Sebelum tu kena fotostat bahan sikit - senarai nama pelajar & aturcara untuk bagi bebudak. Pukul 8.00 baru bas bertolak dari sekolah...sampai destinasi 9.45 pagi. Masa minum pagi (menu - popia, bihun goreng singpura, teh tarik) yang disediakan sempat bercerita dengan dekan fakulti Teknologi Maklumat (Prof Dr.Syed Malek Syed Mustapha Jamalulail -dan dapat maklumat berikut:
1. Nama UNITAR ditukar kepada UNIRAZAK untuk elakkan kekeliruan dengan Uni .Tunku Abdul Rahman(miliki MCA).
2. UNIRAZAK milik UMNO sepenuhnya - Chanselor melaporka terus kepada PM.
3. 70% pelajar - India - ramai diberikan kemudahan PPTN.
4. Pemohon yang dapat A diberi rebate RM1000 setiap A untuk ditolak daripada bayaran kursus.
5. Tahun ni pelajar SPM yang dapat 8A akan ditawarkan masuk percuma untuk kursus Teknologi Maklumat sahaja.
Sesi berjalan lancar seperti diaturcarakan. Sesi taklimat obj program( Dr Syed Malek), sesi penerangan peluang kerjaya bidang ICT (oleh Dr Kalaivani) dan rehat makan tenghari (sayur campur, ayam masak cili, tembikai - tak makan nasi, makan sayur dan tembikai je) Lepas solat - ronda kat KELANA MALL - tak banyak kedai dibuka (masih baru) - terus ke GIANT pulak. Masuk balik ke sesi petang - Cara hacking dan cegah hacking, bagi sijil dan bersurai - jam 3.30 ptg. Sampai KKB > 5 petang. Sampai rumah jam 6 petang. Sebelum makan malam check darah 6.9 - dah menampakkan perubahan yang baik. Macam biasa masak sup + oat = buat sendiri makan sendiri. Lepas isyak baru dapat update blog ni. Kena masuk tidur awal ...terasa penat dah pulak.

Tuesday, April 20, 2010

Apr 20

Selasa - Perjalanan hidup hari ini berjalan lancar tanpa gangguan. Kerja-kerja pun dapat dijalankan dalam keadaan dingin - air con baru la katakan. Sempat lengkapkan data koleksi CD teaching materials PPSMI. Balik pun awal juga....2.30 ptg. Dapat relaks-relaks tengok TV..tak jadi nak tidur. Hujan turun lagi sebelah petang. Jam 7.00 masak sup + oat sendiri.....dah dua hari makan oat sebagai makan malam. Awal pagi check gula dalam darah masih tinggi >10. Sampai ke malam, selesaikan sikit lagi tempahan gambar pelajar ...masih ada yang tersangkut sebab tak kenal nama dan gambar sapa. Yang sempat dibuat, tinggal nak laminate je. Esok pasti tak boleh buat apa-apa sebab dah nak ke UNIRAZAK - pasti makan masa 1 hari. Buat kerja tu pun sampai jam 10.30....sempat update blog sikit..sebelum 11 - masuk TIDUR.

Monday, April 19, 2010

Apr 19

Isnin - keadaan badan masih tak sihat betul. Awal pagfi tadi check darah ..9.8. Sebelum keluar ke sekolah minum nestum je.Hari ni ramai yang datang nak jumpa. Bermula dengan ahli JKK minta buat surat mohon lampu jalan. Lepas tu datang teknician HP nak repair PC. Lepas tu datang pembekal nak ganti air con bilik server...2 horsepower kali ni. Lepas sekolah ada sesi dengan ahli Briged....buat thinkquest...sampai 3.30 ptg. Jam 4 balik....baring lepas asar...mata letih masih terasa...sampai 5.00 ptg. Tengah mengaji ...ada pula member datang nak jual hosting laman web. Hati tak minat tapi layan la juga...hujan pulak tu turun lebat. Sampai masuk Maghrib. Ingat nak keluar lepas Isyak...ceramah kat padang dalam kawasan taman ni...hujan tak berhenti sampai 10 mlm. Tapi dari kejauhan terdengar juga laungan REFORMASI...maknanya ceramah tu on walaupun hujan renyai. Guna masa yang ada untuk siapkan tempahan gambar hari anugerah...pmr,spm.stpm selesai. mencetak. Dah dekat 11 mlm..nak masuk tidur.

Sunday, April 18, 2010

Apr 18

Ahad - Hari in ada bayak appoinmnent. pagi-pagi jam 8 dah berada di Pasar Peladang KKB..tunggu Menteri datang melawat - Ismail Sabri Yaacob - Menteri pantau harga-harga barang. Dia sampai jam 9.00 pagi bertembung dengan calon PKR - Zaid Ibrahim di tempat yang sama. Sesuatu yang tidak dirancang. Layanan diberi kepada Menteri la..sebab calon tu datang tanpa pemberitahuan....setakat datang berjumpa pengundi..jadi tak ada la sambutan dan hidangan makanan untuk dia. Selesai semua jam 11.00 pagi. Ke mesyuaratr UPU sekali lagi sambung yang semalam...tak ada orang pun lagi...balik dulu hantar barang yang dibeli di pasar. Pergi pula jumpa ahli JKKK serah borang permohonan pasang lampu di taman...rezeki PRK lagi. Ada peruntukan 2000 lampu untuk dipasang. Dah tu pergi semula ke mesy UPU sampai 1.00 tgh. Balik lepas zohor..tidur lagi. Kesihatan memang tak berapa stabil...ada rasa urat tengkuk tegang...mata pun tak berapa mantap. Check darah ...25 ..sebab kat pasar tadi makan nasi dagang 2 pinggan, minum air bandung, kuih 5 ketul. Ambik kau....tengahari pun tak makan lagi dah. Bangun jam 5 ptg.....legar-legar tungu sampai 7 mlm bersiap pula untuk ke PPD. Ada majlis bacaan Yassin sempena PPD pindah ke bangunan baru...sekali ada sesi berjumpa Timb Menteri pelajaran - Dr Puad Zarkashi. Dia punya celoteh dekat 1/3 jam, pastu ada sesi diaolog. Ana sempat tanya 3 soalan - ketirisan maklumat, sekolah bestari dan banding Najib dengan Mahathir. Dia akui masalah ketirisan maklumat, penyampaian maklumat ...belum dapat diatasi..sama macam jawapan Menteri Pertanian Noh Omar minggu lalu. Hai..2 minggu ni asyik jumpa menteri je. Dalam pembuka kata ..Ana kata ana dari Penang. Dah duduk di KKB 32 tahun...tak pernah ada peluang jumpa atau dialog dengan menteri kalau tak kerana PRK ni. Tak tahu la ana dia faham apa yang tersirat. Selesai sesi jam 10.30...makan....pecal je...sampai rumah jam 11.00 mlm..check darah 12...telan ubat 4 biji....masuk TIDUR.

Saturday, April 17, 2010

Apr 17

Sabtu - Sepatutnya pagi ini ada meysuarat JK Kurikulum. Tapi awal pagi pengetua dah call jalan semua dah jem....belum lagi jalan ditutup. Hari ini Hari Penamaan Calon....jalan utama ke Komplek SerbaGuna KKB mesti ditutup. Pendek kata kalau tak suka nak heboh2, elok jangan masuk pekan KKB hari ini. Nak membeli belah pun pergi je ke Batang Kali. Jadinya program hari ini berkurung dalam rumah je le...dapat juga selesaikan urusan JKKK...buat permohonan lagi. Berita terkini dari mulut orang marhean...penjual ikan bergerak dan penjual ikan di pasar KKB. Kebanyakannya akan mengalami kerugian disebabkan PRK Hulu Selangor. Sejak awal pagi tadi jalan-jalan telah ditutup...jalan utama pun ditutup...dibenarkan gerai-gerai jualan kain didirikan sepanjang jalan. Apakah jenis pemikiran orang yang berkuasa masa kini..menyekat rezeki orang tempatan dan memberi rezeki kepada orang luar. Mungkin sesuatu perlu difikirkan dan dibuat bila ada PRK....jangan sampai menyusahkan orang ramai hanya kerana melayan kehendak sekumpulan manusia yang berkepentingan. Jadinya sepanjang hari memerap kat rumah. Lepas zohor mata rasa mengantuk sangat...sampai berair-air..jadi lelapkan mata sampai 5.30 ptg. Ingatkan tak akan ke mana-mana sampai malam. ..terima SMS minta datang mesyuarat UPU lepas Isyak. Gi la tengok sekejap apa ceritanya. Ni dah 11 mlm..baru balik..terus nak tidur.

Apr 16

Jumaat - terlepas lagi update terkini. Sepanjang hari Jumaat...tumpuan kepada meyelesaikan urusan yang perlu diselesaikan hari ini juga..sampai terlupa nak buka blog ni. Lepas waktu sekolah...lepas solat jumaat...hadir ke mesyuarat JK Khairat kematian...sampai 6 ptg. Lepas Maghrib ada jemputan solat hajat oleh Pengarah Imegrsen Selangor kat pejabat cawangan KKB yang nak dirasmikan Sabtu 17hb oleh Hishamuddin. Semua segera punya, Dari cerita yang diterima...pakai SMS je arahan buka cawangan di KKB...cari tempat (bangunan)..buat kerja hiasan dalaman...2 hari siap. Malam ni ambil berkat minta solat hajat ..tak ramai pun..dalam 15 orang je....Pagi ni nak dirasmikan. Ana tak kisah...yang penting nak buat paspot tak payah ke KL atau Shah Alam. Jalan-jalan ke pekan KKB dah mula sesak sejak tengah hari bawa ke malam. Kereta-kereta luar banyak tersidai di tepi-tepi jalan...kat pejabat-pejabat kerajaan, kat bangunan UMNO, kat bilik-bilik gerakan. SB pun ramai berkeliaran kat Pekan. Trak-trak polis dan FRU pun dah kelihatan di sana sini dalam pekan KKB. Begitula keadaannya PRK - ada orang kata "JONG PECAH YU KENYANG". Ana baru dapat cerita - buka bilik gerakan dapat RM500.00 Bahan semua diberi percuma, makan minum pun ada peruntukan, berjaga, bertugas, melepak pun dapat habuan. Patut la ramai yang suka....semua kerana wang wang wang. Cuba kalau tak berwang...rasanya kosong bilik gerakan ka, pondok panas ke,,,atau apa-apa je. Apa pun lantak deme le..Ana tak kisah!!! Balik dah dekat jam 11.00 ..terus masuk tidur je.

Thursday, April 15, 2010

Apr 15

Khamis - Baru balik dari hospital....lepas hantar ongumah dan anak ke sekolah, terus ke hospital kkb...rutin check 3 bulan sekali. Semalam dalam 1 jam selesai urusan ambil darah, hari ini tunggu ambil kad rawatan dekat 1 jam. Lebih mengejut kandungan gula dalam darah naik 18....penangan maajun la ni kot.Tapi maajun tu dah pulihkan banyak gangguan dalam badan - tangankiri dah boleh angkat tinggi..dulu tak sampai 45 darjah dah sengal. Kepala pun rasanya dah boleh pusing penuh..dulu sakit tengkuk dibuatnya. Badan pun rasa segar setiap hari...tidur pun tak ada gangguan. Bila cakap pada doktor dia kata sebab steroid...steroid boleh buat gula dalam darah naik. Lepas ni kena beli strip test glukos...kena pantau sendiri 1 minggu ni. Kalau betul sebab maajun tu..kena kurangkan telan. Apa pun belum sampai ke sekolah, dah ada call pasal server la ,line la. Kena la layan semua tu.

Wednesday, April 14, 2010

Apr 14

Rabu -Awal pagi ke hospital untuk ambi darah...esok ada app jumpa doktor. Lepaskan ongumah dan anak di sekolah...buka makmal bestari sebab ada cikgu nak guna....terus ke hospital. Tak lama pun....ambil darah balik...tak sampai 8.30 pagi dah ada kat sekolah balik. Tak sempat nak buat apa-apa sangat dah kena masuk kelas sampai 10.30 .Hari ini tumpu pada kemaskini data peralatan ict...kena hantar ke ppd 16hb..Jumaat. Lepas sekolah jam 2.30 ada gotong royong...sebelum semua balik 5.00 ptg...selesai data kdp dan tmk. Balik ke rumah pun dah lewat petang...buat itu ini..masuk maghrib....masuk Isyak...baca berita online...10.30 masuk TIDUR.

Tuesday, April 13, 2010

Apr 13

Selasa - Terlambat bangun pagi ni...jam 6 baru tersedar...loceng alarm tak set semalam. Tapi masih dalam jangkamasa biasa...keluar dari rumah tetap sebelum 7 pagi. Ni pagi ni ada jemputan lagi ..Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Hulu Selangor...dapat lagi RM30.00...Noh Omar rasmikan. katanya rasmi mesyuarat tapi mesyuarat tak buat. UPKKKB dapat hadiah UPK Terbaik 2010...kena la ambil gambar untuk blog UPKKKB. Sampai kat sini tadi jam 8.30..daftar..minum 2 biji kuih (ambil 6 le free)..jam 9.30 ada perkongsian pengalaman perngusaha berjaya...Mohd Shahrul Daud orang Kedah. Berjaya jadi usahawan bermula dengan 10 ekor lembu daging...tambah lembu tenusu..buka kilang bahan tenusu...tanam nenas..berjaya betul dia. Perasmian bermula 10.30....lepas ucapan2...seronok juga dengar cerita Noh Omar..1 yang menarik perhatian...orang Melayu nak jadi usahawan pegang 3 T -tanam,tinggal,tuai - jadi yang senang usahakan jenis lumut, sarang burung dan ikan hiasan - semuanya ada pasaran baik. Lagi satu 3T yang ada pada orang lelaki -teringin tapi takut. Habis pukul 12.30..claim RM50...makan tengah hari..balik ke sekolah sebab 2.30 ada janji - operasi dengan Briged. Selesai semua jam 3.30 ptg...terus balik. Sampai ke malam kemaskini fail JKK...pukul 10.30 mlm masuk tidur...rasa macam nak dapat habuan lagi malam ni kot!!!

Monday, April 12, 2010

Apr 12

Isnin - Panas! Panas! Panas! Bukan cerita panas..tapi cuaca memang panas...kat luar confirm panas..ni kat dalam bilik server pun panas...air con dah 6 bulan tak dibaiki...sparepart dah tak ada nak dicari ganti. Hari ni tak buat kerja lain dah..dari awal pagi tumpu kat sediakan dokumen calon Sekolah Amanah....sampai siap print pukul5.45 ptg. Malam kat rumah draft permohonan JKKK pulak..dapat siapkan 3 permohonan. Esok dah boleh serahkan untuk tindakan pihak berkenaan. Leka sampai terlajak ..lepas 11.30 mlm baru tidur

Sunday, April 11, 2010

Apr 11

Ahad - Hari cuti bagi kebanyakan orang...tapi hari ni pun program bertindih. Orang sebelah tengah siap-siap nak walimatul-urus hari ini, ana ada urusan di Batang Kali....mesy agung kawasan hulu selangor. Pukul 8.15 keluar dari rumah...ongumah suruh hantar doc kepada pengetua kat rumah dia...cari punya cari tak kenal rumah mana...terus gi ke sekolah bagi kat jaga suruh serahkan kalau pengetua mai mesyuarat nanti....rupa2nya dia dah gi Shah Alam,..mesyuarat JK Alumni kat Shah Alam. Dekat 9 pagi sampai kat lokasi mesy. Belum mula pun lagi....jemputan 8.30 - 6.00 ptg. Dekat 10 pagi baru nak mula...Bab ni satu2nya yang ana tak berkenaan dengan geng ni..tak pandai uruskan masa....terleleh buat kerja. Kata nak berhenti jam 1....1.30 baru stop. Bagi masa makan tgh.- solat zohor- masuk balik 2.15 ptg. Ana tak kisah. Ana balik je rumah...pi rumah kenduri jengokkan muka..lepas solat..3 lebih ana gi balik ke tempat mesyuarat. Mesy tgh berjalan...ok la tu...jam 4.30 tepat Salahuddin Ayub sampai untuk ucapan penutup. Selesai jam 5.30 ptg. Balik ke rumah menghadap NB la pulak..nak siapkan bahan untuk sekolah amanah..esok nak completekan...sempat ka? Rasa letih sangat ni..mata nak lelap je.

Saturday, April 10, 2010

Apr 10

Sabtu - Fuh pasti penat hari ini. Ada program yang telah dirancang awal. Ada program yang terselit kemudian. Ada program tempias PRK P094. Pagi-pagi dah ke lokasi majlis anugerah kecemerlangan akademik..nasib baik kali ni dah ada ahli briged yang boleh diharapkan. Dia handle semua ...ana handle benda lain. Tamat kat situ 10.30pagi..jam 11..bergerak balik. Nak singgah ke tempat kenduri kahwin awal sangat..kebetulan ada Mini Maha kat kawasan lapang Pelasari dekat kawasan taman ana. Terus ke sana je...tapi orang tengah pasang-memasang lagi. Jualan pun dah ada juga. Spotlightnya malam ni..perasmian oleh Menteri Asas Tani. Ni rezeki tempias PRK....aktiviti diadakan tergesa-gesa gitu..tak ada tempat khusus...tempat ala kasar pun ok. Yang seronoknya nya untuk merasa tempias PRK, ahli PPK, LPK,UPK Hulu Selangor yang datang pada malam ni..dapat RM50.00. Lepas beli mangga dan karipap & pau sejuk..Ana pu rumah kenduri...bekas sm3kbian...dua-duanya. Lepas makan balik rehat sekejap...bukan rehat pun....edit gambar penerima hadiah sebab buat bisnes ambil gambar (untuk Briged Bestari juga). Tak sempat nak siap, dah dekat jam 2.30...bersiap pula ke mesyuarat UPK KKB. Yang ni memang dah lama dirancang...kena teruskan juga, Tahun ni tak la lelah sangat sebab presentation tak ada...tak payah sediakan dan pack peralatan. Mesyuarat pun berjalan lancar tapi habis pukul 5.30 ptg. Dapat elaun kehadiran RM30 dari LPK...dan RM25 dari UPK. Petang ni sempat update kat sini sebab jap lagi jam 8.00 nak pi tuntut RM50.00 kat MAHA. Rezeki jangan ditolak...penumbuk jangan dicari! Dah tu petang2 tengah tunggu nak Maghrib, pengerusi JKK datang minta hadir kursusu SPIES anjuran SUK untuk JKKK Hulu Selangor. Ana janji boleh gi lepas gi MAHA dulu. Lepas solat maghrib ke MAHA dah dekat 8.30...kata menteri mai 8.30...mungkir janji juga. Nak buat apa lagi....round2 la tengok sekeliling. Siang tadi dah round tapi malam ni lain sikit. Ada kambing golek...free. Ana rasa seketul je dagingnya sebab ramai beratur nak try. Jalan2 lagi sampai hujung khemah, ada hidangan nasi beriani free juga (semua ni tempias PRK). Ana tak makan la nasi ..minum air je. Tunggu punya tunggu 9.30 baru mula...menteri sampai, ucapan....tak sempat dengar ucapan menteri ana belah ke Kem Bina Semangat. Sampai je giliran Azmin Ali berucap...sedap dan menyengat juga ucapan dia. Tak sampai 45 mini kemudian MB sampai....banyak berita terkini diberikan. Selesai kat situ 11 lebih..ana pun balik...tidur dekat jam 12.

Friday, April 9, 2010

Apr 9

Jumaat - Pasar malam lagi di KKB. Itu petang nanti. Pagi ni settle kerja dulu. Tolong orang tu, tolong orang ni....makan itu makan ini....kejar itu kejar ini...akhirnya kerja selesai juga. Urusan nak ke UNiRAZAK Rabu depan dah settle peringkat pengurusan awal. Pengurusan seterusnya dihandle guru ict. Masuk data SKPM online..settle..tak banyak yang nak dikeyin...cuma 1 mukasurat..tapi dek tak nak bertanya kepada yang uruskannya jadi keliru dan membebankan. Elok selesai siapkan RPH - Rancangan Pelajaran Harian - minggu depan? tak minggu ni punya..buat hari Jumaat. Balik ..lepas Jumaat kena gi sekolah balik...tengok tempat untuk esok ditangguh dari jam 3 ke 6 ptg. Sempat lagi 2 jam ubahsuai bahan. Keluar jam 5.30 ingat nak singgah pasar malam dulu sebelum ke Akademi Bomba..hujan turun lebat sekali...biasala 9hb..tulah sultan Selangor. Terus ke akademi..hujan masih lebat..orang2 kat situ yang hadir taklimat PRK pun tak dapat nak keluar. Jam 6 lebih redah masuk juga...test PA...dengan budak briged seorang. Jam 7 lebih balik baru singgah pasar malam - beli laksa minta 3 bungkus balik tengok 1 bungkus isinya bihun...laksa dah habis kot..tapi tak pulak orang tu tanya dulu boleh tak ganti dengan bihun..sorok2 dia isi belakang van..terus ikat dengan bungkusan laksa yang 2 lagi. Ana tak kisah...laksa ke bihun ke...ana nak kuahnya aje. Dah lepas makan tu kenyang la pulak. Nak tunggu Isyak...lepas ni rasa macam nak tidur awal.

Thursday, April 8, 2010

Apr 8

Khamis - Ceria sikit pagi ni....semua yang terkendung dah dilepaskan semalam. Menghadap kerja harian la pulak...kalau nak disusun menimbun kerja mendatang. Semua nak disiapkan dalam masa 3 hari ni ...esok kena submit SPKM...bahan untuk Sabtu tunggu dari orang lain..kalau tak sampai..tergendalan jadinya.Menjelang Isnin nak kena siapkan borang pencalonan Sekolah Amanah. Ni permintaan pihak BTP tak layan lagi, RA minta check SPS pun belum dapat tengok. Dari awal pagi settle hal Briged....dokumen kebenaran ibubapa untuk ahli brigedbertugas hari Sabtu - settle, borang tempahan gambar - settle, pagi ni PC login kehadira hang,,,,restart terus hdd kong...buat report - settle...esok teknisian HP akan call nak datang ke idak belum tau lagi. Pagi ni kena ambil gambar dua program berjalan serentak - Seminar BI PMR dan Taklimat rogol, cabul dan ganguan seksual untuk budak pompuan..disampaikan oleh mek2 polis. Habis masa kat situ 1 jam..balik ke bilik tengok sikit bab SPKM. Esok khabarnya nak isi online. Nak buka pagenya pun tak dapat2. Time masuk kelas la pulak..1.10 sampai 1.50. Lepas tu terus balik. Tumpu kepada kumpul bahan untuk Sekolah Amanah. Nasib baik banyak juga bahan yang ada dalam majalah sekolah. Scan je le..esok baru nak edit..kalau ada masa...kalau tak hari Ahad la kena buat sebab Isnin dah nak print dan hantar ke PPD. Draftnya pun kena tengok semula dan susun bagi kemas sikit. Sambil tengok CHUCK..sempat edit sikit bahan multimedia yang student buat...tambah subtitle sikit sebab narration tak brapa nak jelas. Dah dekat 10.30 ..rasanya kena masuk tidur...keletihan malam tadi pun tak hilang lagi.

Wednesday, April 7, 2010

Apr 7

Rabu - Asalnya petang ni tak ada rancangan apa-apa...ada urusan dengan Ustaz Kassim ..hal UPK. Tup-tup semalam pengetua call minta attend meeting kat PPD jam 2.30 ptg pasal Anugerah Sekolah Amanah bawah Khazanah...ntah le butiran belum ada. Jadi seperti biasa hari ni Rabu kelas ada 3 waktu....sempat settle seperkara dua sebelum masuk kelas. Keluar kelas sempat minum sekejap....sebelum masuk kelas semula. Lepas kelas kedua 12.30 terus balik. Sempat jumpa pembekal buku program UPK. Balik lepas zohor..ke PPD. Hasilnya...kena siapkan butiran ..siap hari Isnin nak hantar. Nasib baik dah ada draft borang anugerah sekolah kluster..edit yang tu je le. Selesai pukul 4.30..tunggu ambil anak kat sekolah habis koku..ke rumah ustaz Kassim ...ambil duit program. Sampai rumah dekat jam 6.00. Sempat lagi tengok-tengok hal JKKK sampai 10.00. Masuk tidur 10.30...kononnya ada hajat tapi tak tau le.

Tuesday, April 6, 2010

Apr 6

Selasa - Pagi ni ke SMSM Batang Kali....buat live Kejohanan Bolasepak MSSM Daerah Hulu Selanogr....boleh tengok kat www.smkkkb.blogspot.com atau www.mdkhs.blogspot.com Sampai sana 830 pagi tak ada pun pegawai yang patut sampai awal. Biasa le janji Melayu. By 9...registeration bermula...game mula jam 9.30. Line tak berapa cantik..interuption..live tak dapat nak buat sangat. Pukul 10..ana bergerak balik..singgah kedai spare part beli oil filter. On the way ada sorang hamba Allah minta tumpang...singgah minum kat pelasari...cerita punya cerita..kes dia macam Sarin...kerja ikut suka..gaji kena potong,,,pension tak dapat....kena buang kerja..tapi katanya tak ada surat hitam putih. Ana janji nak tolong dia dapatkan hak dia balik. Tengoklah macam mana..kalau dia betul2 nak ...dia bagi fail surat2 yang ada pada dia..boleh juga nak proceed. Sampai kat sekolah dah 12.00....tak banyak nak dibuat.....rehat makan2 sikit lagi..tapi tak berat sgt la sebab tadi dah pekena 2 bungkus nasi lemak (tak lemak pun). Pukul 2.30 dah balik. Lepas Asar ke kebun ..bakar sampah sarap....tak sampai 2 jam..hujan turun lebat pula tu. Malam ni tumpu pada satu lagi bahan untuk 10hb....sekitar PMR,SPM,STPM. Dari jam 8.30 ..sampai 11.mlm dah selesai. Boleh masuk TIDUR.

Monday, April 5, 2010

Apr 5

Isnin -hah tu dia...dalam senang lenang ..hari ni pack dengan event. Awal pagi tengah buat kerja rutin, ada call minta masuk taklimat untuk aktiviti hari Sabtu....tugas bahagian multimedia...dan tambah satu lagi buat business ambil ambil pos-pos istimewa. Lepas tu sambung pulak ..kena lagi ...esok sampi khamis ada kejohanan bolasepak mssm daerah. Selama ni bab-bab bola sepak ni ana tak terliabt...sekali deme nak buat live hari perasmian dan penutup. Ana tak kisah...tapi sikit sebanyak jejaskan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Lepas tu pula...kena ambil gambar team pemulihan BM yang dibentuk untuk bantu murid yang masih tak tahu membaca---selepas 6 tahun di sekolah rendah. Apa la yang cikgu budak2 ni buat selama 6 tahun..tak kesan dan ambil tindakan ka? ITULAH PERSOALAN? Dah tu time dah lebih jam 9..nak ke 10..ada yang kat pejabat jemput jamu selera..laksa ada, karipap ada, cendol ada, cucur badak ada. Sesuai sangat la ..sebab memang time makan berat. Dalam pada tu deme kat pejabat nak jual suratkhabar lama. Ana tolong callkan je lori yang selalu ..dah biasa dengan ana. Bila lori sampai..ana lepaskan kepada deme...itu urusan deme..duit masuk tabung deme buat beli barang-barang makan kat pejabat. Waktu tu dah dekat pukul 12 lebih...siapkan print bahan sikit..terus pi solat zohor...hari ni balik lambat sikit...ikut perancangan ada perjumpaan dengan bebudak Briged. Sementara tunggu 2.30 ptg..sempat daftar bebudak tu kat thinkquest.org Bila tiba time yang dijanjikan 3 orang je yang datang. Dah kali kedua....depa masih tak faham kehendak ana ni. Tapi ana tak kisah. Selesai dengan deme pukul 3.30 ana pun balik. Lepas azar menghadap nb buat movie staf untuk 10hb nanti sampai 10.30. Tunggu nak siap rendering je ni.....lepas ni nak masuk TIDUR.

Sunday, April 4, 2010

Apr 4

Ahad - tak ada pula kenduri kendara hari ini. Bila ada kenduri bertindih-tindih...macam Sabtu ni ..ada kenduri kahwin, ada kenduri tunang.Pagi ni pun mood elok..cuaca pun hening ...matahari tak naik tegak lagi...so sesuai la nak ke kebun. Rasa macam tak nak lama sangat..sekadar 2 jam cukup la ...lepas tu masuk sarapan. Sebelum keluar minum nestum chokelat je..sebab diiringi dengan 2 biji maajun. Sejak makan maajun tu, rasa cucuk2 dalam badan pun dah kurang...sakit pinggang lepas makan 4 biji dah tak terasa dah. Jadikan amalan makan 2 biji awal pagi dan sebelum tidur...untuk kesegaran. Tidur pun nyenyak. Lepas 2 jam baru boleh makan berat sikit dan diiringi 2 biji ubat hospital. So kat kebun buat kerja cangkul mencangkul rumput....dan meraut daun kelapa...bila hujan mulai renyai ...terasa titisan hujan je..tapi tak hujan pun...ana pun masuk. Air pula tak ada...ada kebocoran paip di taman sebelah. Makan nasi lemak...dekat jam 11 pagi...perfect timing...lunch sekali macam semalam. Lepas tu keluar ke pekan cari surat khabar sambil tu ingat nak pergi tengok tempat yang dilaporkan ada pokok besar nak di potong kat Kampung Kelapa..aduan ke JKKK. Cari lot 64 tak jumpa..kena rujuk kepada pelapor semula. Balik dari pekan, ronda kawasan Alor Lempah....kawasan perkelahan yang tidak diurus sejak sekian lama. Niat di hati nak cadangkan proposal paper agar dijadikan kawasan yang lebih terurus oleh JKKK. Tu yang pi ambik gambar sepanjang jalan kawasan tu. Dah lama ana tak lalu kat situ ..lebih setahun dah. Sampai ada orang dirikan bengkel buat pintu besi pun ana tak tahu. Pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk berhampiran pun dah besar2. Ada sekumpulan belia (budak sekolaa kot) duduk bawah pondok...sebelahnya ada kolam ikan keli yang mereka usahakan. Bagi ana bagus semangat macam tu. Tanah tak dibiar kosong begitu je. Dalam perjalanan balik, bersembang dengan jiran yang juga mengusahakan kawasan kecil tepi longkang besar taman, dia mengadu pasal lampu jalan tak ada kat kawasan tu. Bagus juga..dapat satu lagi aduan rakyat yang boleh diketengahkan. Masa tu baru hujan nak mula turun. Ana pun masuk ke rumah. Air pun dah ada...terus mandi untuk solat zohor. Petang sempat tidur sekejap sampai 5 lebih....go online sekarang ni...dah nak masuk Maghrib...menanti Isyak...tengok ABPBH..cukup time TIDUR.

Saturday, April 3, 2010

3 April

Sabtu - Kepuasan tak terhingga. Lepas Subuh....lepas mengaji...lepas wirid...kira-kira jam 7.15 selesai urusan bersama Allah...terus ke kebun sebelah rumah. Apa dapat hari ni? Tebas menebas, cakar mencakar...kait kelapa tua untuk diberi kepada orang sebelah rumah nak buat kenduri 10hb nanti...dapat 30 biji...kupas kelapa. Kait kelapa muda...habis ana selesai sebiji...dek dahaga dan lapar sebab sarapan pagi tak sampai-sampai. Kait lebih sikit...10 biji lagi buat jual depan rumah..sebiji RM2.00. Ada rezeki ada la ornag nak beli. Manala tau, kelapa muda kan penawar penyakiy H1N1. Sempat juga raut daun kelapa dapat segenggam lidi untuk buat penyapu. Masuk dekat jam 10.45..terus sarapan n lunch sekali ...makan jemput2 dan laksa. Lega rasanya...kepuasan tak terhingga. Tengah turunkan panas badan sebelum mandi dan zohor...sambil tu bleh browsing dulu. Jadinya sepanjang hari duduk di rumah je sebab kat pekan KKB pasti sibuk dengan pelbagai golongan opportunist membanjiri pekan menginringi PM -yang dibawa dari jauh dengan dekat untuk menunjukkan sokongan. Semuanya pura-pura belaka demi survival politik - dari ana tinjau dari jauh je. Sampai ke malam tak ada mood lagi nak fikir pasal kerja...biar anak je browse...ana tengok akademik fantasia...jap lagi dah nak tidur..10.30 kot nanti.

Friday, April 2, 2010

Apr 2

Jumaat -Penghulu segala hari....malam jumaat berlalu pergi tanpa aktiviti. Sepanang pagi sampai tengahari waktu balik, selesai sudah sebahagian lagi kerja yang tak sudah-sudah. Tak kasih la, itu dinamakan kerja. Apa yang menarik hari ini, waktu solat Jumaat. Sebab hari ni siap lebih awal daripada biasa, tergerak hari nak ke masjid besar (mesjid daerah la tu). Selalu ana ke mesjid di Darul Quran je. Parking pun special punya tempat...macam memang disediakan untuk ana je. Sampai tu tengah azan....ngam-ngam masa untuk dirikan solat sunat. Dalam pada tu terperasan orang sebelah lain macam warnanya...berseri-seri...berstokin. Rupanya Menteri Besar Selangor tengah solat sunat sebelah ana. Selesai solat sebagai orang kecil tak la ana hulurkan tangan untuk bersalaman, sebab ana dah selesai solat dulu...ana ingat dia nak berdoa ka apa dulu.....tapi rupanya sebagai orang besar dia pun tak hulurkan tangan kepada orang kecil macam ana ni. Lepas disedari Orang Besar Daerah, MB ada di barisan belakang, terus dijemput ke depan...sekali sebaris dengan Dr Hassan Ali. Dia naik jadi khatib...sentuh pasal AMANAH dan KEADILAN dalam pemerintahan. Sekila pandang ana tengok MB ni mcm orang sakit...pasti dia obese....sebab duduk antara 2 sujudnya, cara duduknya dan pergerakan lain nampak tak cergas. Dia perlu buat sesuatu sebelum diserang penyakit lain. Lepas solat Jumaat pun ana tak bangun untuk bersalaman dengan mereka berdua..ana duduk bersama 2 orang UMNO...sementara Dr Hassan Ali bersalam dengan jemaah lain yang masih duduk tapi tak sampai ke tempat kami...macam teragak-agak...akhirnya dia berbual dengan Nazri dan S/U masjid. Satu peristiwa yang tak ada makna apa-apa tapi memeri sedikit gambaran perwatakan mereka di mata ana. Petang ana tak ke mana...menghadap NB cari lagu gamelan untuk 10hb nanti. Puas download 4-5 tadi....rupanya dah ada CD lagi gamelan dalam simpanan. So update blog ini dan nak prepare pula untuk contest thinkquest. Lepas ni mata pun dah tak larat nak angkat..TIDUR je le!

Thursday, April 1, 2010

April 1

Khamis - April Fool Day.....don't play2...tumpuan hari ada pemantauan penggunaan ICT yang tengah heboh bak settle sebelum 9/4/10..tapi webnya payah nak masuk. Ana dah siapkan 3/4 drpny ..tapi tak tau la pulak diterima ke tidak. Pagi ni web BTP pun tak boleh nak masuk..GITN kata pasal DNS tak configure....dah berbulan-bulan tak ada masalah..hari ni pulak kata dns problem. Dalam pada itu selesaikan laporan kehadiran, RPH...minum sat....cari fail untuk bawa ke mesy petang. Dapat berita sorang guru kemalangan...bertiga gi tengok kat rumah nya...keretanya belah pintu yang rosak teruk..orangnya tak ada apa-apa ssangat...boleh bergerak, boleh bercerita,boleh bergurau.
Jam 12..balik rumah..siap nak ke mesy di PKG KKB jam 2.00 nanti. HAH...lani ni ada kat tempat bengkel le ni..Tak tau le boleh akses ke idak...sama je masalah....kekadang masuk..kekadang idak..sampai habis sesi. Tapi kira ok la dapatl ditunjukkan apa yang nak ditunjukkan.Tak ada makan minum..alasan tak sempat cari caterr lain sebab yang biasa cater pi umrah..blum balik. Balik 4.45 ptg. Dari petang sampai ke malam...cuba-cuba nak mulakan kertas kerja permohonan dari JKKK...sambil tengok Biggest Losers.....bawa ke CHUCK..bawa ke TIDUR.