Saturday, April 3, 2010

3 April

Sabtu - Kepuasan tak terhingga. Lepas Subuh....lepas mengaji...lepas wirid...kira-kira jam 7.15 selesai urusan bersama Allah...terus ke kebun sebelah rumah. Apa dapat hari ni? Tebas menebas, cakar mencakar...kait kelapa tua untuk diberi kepada orang sebelah rumah nak buat kenduri 10hb nanti...dapat 30 biji...kupas kelapa. Kait kelapa muda...habis ana selesai sebiji...dek dahaga dan lapar sebab sarapan pagi tak sampai-sampai. Kait lebih sikit...10 biji lagi buat jual depan rumah..sebiji RM2.00. Ada rezeki ada la ornag nak beli. Manala tau, kelapa muda kan penawar penyakiy H1N1. Sempat juga raut daun kelapa dapat segenggam lidi untuk buat penyapu. Masuk dekat jam 10.45..terus sarapan n lunch sekali ...makan jemput2 dan laksa. Lega rasanya...kepuasan tak terhingga. Tengah turunkan panas badan sebelum mandi dan zohor...sambil tu bleh browsing dulu. Jadinya sepanjang hari duduk di rumah je sebab kat pekan KKB pasti sibuk dengan pelbagai golongan opportunist membanjiri pekan menginringi PM -yang dibawa dari jauh dengan dekat untuk menunjukkan sokongan. Semuanya pura-pura belaka demi survival politik - dari ana tinjau dari jauh je. Sampai ke malam tak ada mood lagi nak fikir pasal kerja...biar anak je browse...ana tengok akademik fantasia...jap lagi dah nak tidur..10.30 kot nanti.

No comments:

Post a Comment