Friday, April 23, 2010

Apr 23

Jumaat - Hari ini Nik Aziz turun ke KKB. Tapi belum apa-apa lagi dah ada sekatan sana sini. Makin kecoh kat pekan KKB yang selama ni tenang dan sunyi. Apa pun perjalan hari ini macam biasa. Kerja-kerja awal pagi sampai balik kat sekolah tak ada benda baru. Kalau ada pun PC baru diterima dari KSMM - untuk guna kat mana pun tak tahu lagi. Dah dicheck ..OS Win07...kira terbaru la tu dari HP. Cukup time ana balik ...ingat kalau tempat nak ke mesjid besar kkb, tapi sek kerana dah terdengar jalan ke sana ditutup sejak pagi, tak jadi la gamaknya...jadinya ke mesjid darul quran saja la. Balik dari mesjid ke Kelab Golf Bukit Beruntung..ada pertandingan bowling...ongumah dengan anak ambil bahagian...ana dah sakit jari jemari nak angkat bola bowling. Jadi coach je. Habis pukul 5.30..sampai rumah dekat pukul 7. Menghadap tv sampai malam. Nak keluar dengar ceramah politik pun dah rasa malas....benda yang sama juga dicakapkan mereka. Nak tunggu Ahad je nak buang undi...lepas ni KKb akan kembali tenang siang dan malam. Masuk tidur 12 mlm.

No comments:

Post a Comment