Thursday, April 8, 2010

Apr 8

Khamis - Ceria sikit pagi ni....semua yang terkendung dah dilepaskan semalam. Menghadap kerja harian la pulak...kalau nak disusun menimbun kerja mendatang. Semua nak disiapkan dalam masa 3 hari ni ...esok kena submit SPKM...bahan untuk Sabtu tunggu dari orang lain..kalau tak sampai..tergendalan jadinya.Menjelang Isnin nak kena siapkan borang pencalonan Sekolah Amanah. Ni permintaan pihak BTP tak layan lagi, RA minta check SPS pun belum dapat tengok. Dari awal pagi settle hal Briged....dokumen kebenaran ibubapa untuk ahli brigedbertugas hari Sabtu - settle, borang tempahan gambar - settle, pagi ni PC login kehadira hang,,,,restart terus hdd kong...buat report - settle...esok teknisian HP akan call nak datang ke idak belum tau lagi. Pagi ni kena ambil gambar dua program berjalan serentak - Seminar BI PMR dan Taklimat rogol, cabul dan ganguan seksual untuk budak pompuan..disampaikan oleh mek2 polis. Habis masa kat situ 1 jam..balik ke bilik tengok sikit bab SPKM. Esok khabarnya nak isi online. Nak buka pagenya pun tak dapat2. Time masuk kelas la pulak..1.10 sampai 1.50. Lepas tu terus balik. Tumpu kepada kumpul bahan untuk Sekolah Amanah. Nasib baik banyak juga bahan yang ada dalam majalah sekolah. Scan je le..esok baru nak edit..kalau ada masa...kalau tak hari Ahad la kena buat sebab Isnin dah nak print dan hantar ke PPD. Draftnya pun kena tengok semula dan susun bagi kemas sikit. Sambil tengok CHUCK..sempat edit sikit bahan multimedia yang student buat...tambah subtitle sikit sebab narration tak brapa nak jelas. Dah dekat 10.30 ..rasanya kena masuk tidur...keletihan malam tadi pun tak hilang lagi.

No comments:

Post a Comment