Tuesday, April 13, 2010

Apr 13

Selasa - Terlambat bangun pagi ni...jam 6 baru tersedar...loceng alarm tak set semalam. Tapi masih dalam jangkamasa biasa...keluar dari rumah tetap sebelum 7 pagi. Ni pagi ni ada jemputan lagi ..Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Hulu Selangor...dapat lagi RM30.00...Noh Omar rasmikan. katanya rasmi mesyuarat tapi mesyuarat tak buat. UPKKKB dapat hadiah UPK Terbaik 2010...kena la ambil gambar untuk blog UPKKKB. Sampai kat sini tadi jam 8.30..daftar..minum 2 biji kuih (ambil 6 le free)..jam 9.30 ada perkongsian pengalaman perngusaha berjaya...Mohd Shahrul Daud orang Kedah. Berjaya jadi usahawan bermula dengan 10 ekor lembu daging...tambah lembu tenusu..buka kilang bahan tenusu...tanam nenas..berjaya betul dia. Perasmian bermula 10.30....lepas ucapan2...seronok juga dengar cerita Noh Omar..1 yang menarik perhatian...orang Melayu nak jadi usahawan pegang 3 T -tanam,tinggal,tuai - jadi yang senang usahakan jenis lumut, sarang burung dan ikan hiasan - semuanya ada pasaran baik. Lagi satu 3T yang ada pada orang lelaki -teringin tapi takut. Habis pukul 12.30..claim RM50...makan tengah hari..balik ke sekolah sebab 2.30 ada janji - operasi dengan Briged. Selesai semua jam 3.30 ptg...terus balik. Sampai ke malam kemaskini fail JKK...pukul 10.30 mlm masuk tidur...rasa macam nak dapat habuan lagi malam ni kot!!!

No comments:

Post a Comment