Friday, April 2, 2010

Apr 2

Jumaat -Penghulu segala hari....malam jumaat berlalu pergi tanpa aktiviti. Sepanang pagi sampai tengahari waktu balik, selesai sudah sebahagian lagi kerja yang tak sudah-sudah. Tak kasih la, itu dinamakan kerja. Apa yang menarik hari ini, waktu solat Jumaat. Sebab hari ni siap lebih awal daripada biasa, tergerak hari nak ke masjid besar (mesjid daerah la tu). Selalu ana ke mesjid di Darul Quran je. Parking pun special punya tempat...macam memang disediakan untuk ana je. Sampai tu tengah azan....ngam-ngam masa untuk dirikan solat sunat. Dalam pada tu terperasan orang sebelah lain macam warnanya...berseri-seri...berstokin. Rupanya Menteri Besar Selangor tengah solat sunat sebelah ana. Selesai solat sebagai orang kecil tak la ana hulurkan tangan untuk bersalaman, sebab ana dah selesai solat dulu...ana ingat dia nak berdoa ka apa dulu.....tapi rupanya sebagai orang besar dia pun tak hulurkan tangan kepada orang kecil macam ana ni. Lepas disedari Orang Besar Daerah, MB ada di barisan belakang, terus dijemput ke depan...sekali sebaris dengan Dr Hassan Ali. Dia naik jadi khatib...sentuh pasal AMANAH dan KEADILAN dalam pemerintahan. Sekila pandang ana tengok MB ni mcm orang sakit...pasti dia obese....sebab duduk antara 2 sujudnya, cara duduknya dan pergerakan lain nampak tak cergas. Dia perlu buat sesuatu sebelum diserang penyakit lain. Lepas solat Jumaat pun ana tak bangun untuk bersalaman dengan mereka berdua..ana duduk bersama 2 orang UMNO...sementara Dr Hassan Ali bersalam dengan jemaah lain yang masih duduk tapi tak sampai ke tempat kami...macam teragak-agak...akhirnya dia berbual dengan Nazri dan S/U masjid. Satu peristiwa yang tak ada makna apa-apa tapi memeri sedikit gambaran perwatakan mereka di mata ana. Petang ana tak ke mana...menghadap NB cari lagu gamelan untuk 10hb nanti. Puas download 4-5 tadi....rupanya dah ada CD lagi gamelan dalam simpanan. So update blog ini dan nak prepare pula untuk contest thinkquest. Lepas ni mata pun dah tak larat nak angkat..TIDUR je le!

No comments:

Post a Comment