Wednesday, April 21, 2010

Apr 21

Rabu - Pagi ini lega sikit - check darah - 7.2 Makan nestum + teh kosong sebelum ke sekolah. Hari ini nak melawat Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK). Sebelum tu kena fotostat bahan sikit - senarai nama pelajar & aturcara untuk bagi bebudak. Pukul 8.00 baru bas bertolak dari sekolah...sampai destinasi 9.45 pagi. Masa minum pagi (menu - popia, bihun goreng singpura, teh tarik) yang disediakan sempat bercerita dengan dekan fakulti Teknologi Maklumat (Prof Dr.Syed Malek Syed Mustapha Jamalulail -dan dapat maklumat berikut:
1. Nama UNITAR ditukar kepada UNIRAZAK untuk elakkan kekeliruan dengan Uni .Tunku Abdul Rahman(miliki MCA).
2. UNIRAZAK milik UMNO sepenuhnya - Chanselor melaporka terus kepada PM.
3. 70% pelajar - India - ramai diberikan kemudahan PPTN.
4. Pemohon yang dapat A diberi rebate RM1000 setiap A untuk ditolak daripada bayaran kursus.
5. Tahun ni pelajar SPM yang dapat 8A akan ditawarkan masuk percuma untuk kursus Teknologi Maklumat sahaja.
Sesi berjalan lancar seperti diaturcarakan. Sesi taklimat obj program( Dr Syed Malek), sesi penerangan peluang kerjaya bidang ICT (oleh Dr Kalaivani) dan rehat makan tenghari (sayur campur, ayam masak cili, tembikai - tak makan nasi, makan sayur dan tembikai je) Lepas solat - ronda kat KELANA MALL - tak banyak kedai dibuka (masih baru) - terus ke GIANT pulak. Masuk balik ke sesi petang - Cara hacking dan cegah hacking, bagi sijil dan bersurai - jam 3.30 ptg. Sampai KKB > 5 petang. Sampai rumah jam 6 petang. Sebelum makan malam check darah 6.9 - dah menampakkan perubahan yang baik. Macam biasa masak sup + oat = buat sendiri makan sendiri. Lepas isyak baru dapat update blog ni. Kena masuk tidur awal ...terasa penat dah pulak.

No comments:

Post a Comment