Saturday, April 17, 2010

Apr 17

Sabtu - Sepatutnya pagi ini ada meysuarat JK Kurikulum. Tapi awal pagi pengetua dah call jalan semua dah jem....belum lagi jalan ditutup. Hari ini Hari Penamaan Calon....jalan utama ke Komplek SerbaGuna KKB mesti ditutup. Pendek kata kalau tak suka nak heboh2, elok jangan masuk pekan KKB hari ini. Nak membeli belah pun pergi je ke Batang Kali. Jadinya program hari ini berkurung dalam rumah je le...dapat juga selesaikan urusan JKKK...buat permohonan lagi. Berita terkini dari mulut orang marhean...penjual ikan bergerak dan penjual ikan di pasar KKB. Kebanyakannya akan mengalami kerugian disebabkan PRK Hulu Selangor. Sejak awal pagi tadi jalan-jalan telah ditutup...jalan utama pun ditutup...dibenarkan gerai-gerai jualan kain didirikan sepanjang jalan. Apakah jenis pemikiran orang yang berkuasa masa kini..menyekat rezeki orang tempatan dan memberi rezeki kepada orang luar. Mungkin sesuatu perlu difikirkan dan dibuat bila ada PRK....jangan sampai menyusahkan orang ramai hanya kerana melayan kehendak sekumpulan manusia yang berkepentingan. Jadinya sepanjang hari memerap kat rumah. Lepas zohor mata rasa mengantuk sangat...sampai berair-air..jadi lelapkan mata sampai 5.30 ptg. Ingatkan tak akan ke mana-mana sampai malam. ..terima SMS minta datang mesyuarat UPU lepas Isyak. Gi la tengok sekejap apa ceritanya. Ni dah 11 mlm..baru balik..terus nak tidur.

No comments:

Post a Comment