Thursday, April 29, 2010

Apr 29

Khamis - Pasar malam lagi petang ni. Pagi ni siapkan dokumen untuk bagi taklimat 'review' SAP sebab ada juga 3-4 orang yang masih tak faham menyebabkan tergendala perancangan awal....dah siap cari Pengetua pula tak jumpa untuk tandatangan. Dalam pada tu ada yang datang minta buat itu ini - guru pelatih nak analisis kehadiran dari bulan februari...dah try pakai sps ok..cuma kena tunggu esok last day baru boleh tutup untuk tempoh mereka akhir di sm3kb. Tengah buat kerja tu...kena masuk kelas --relif 1G. Dapat juga semak gambar pelajar kelas tu. Keluar kelas singgah kat kantin....makan sayur campur kobis, fat choy dan kerabu taugeh. Ada masa lebih kurang 1/2 jam sblum masuk kelas lagi. Sebelum tu tangok takwim kat SPS masih kosong. Cuba-cuba masukkan aktiviti yang lepas-lepas dan bulan berikutnya. Ingat nak sambung buat kat rumah. Elok nak langkah balik, lori bawa barang nak rewiring pula sampai. Suruh simpan kat stor PJK je, depa buat kerja, ana pun balik. Ingatkan hati nak siapkan dua tiga kerja tapi panggilan bantal lebih kuat, Lepas solat zohor, singgah kat katil jap...jap jap pun sampai 5 ptg. Hujan pula turun lebat sekali. Pasar malam tak jadi la nak pergi. Ingatkan macam tu le. Tumpukan pada buat printing gambar...dah toner pulak habis. Kalau ikutkan beli printer baru ni fillup toner automatik tapi tak jalan pula. Kena call pembekal...hari Isnin baru nak datang. Sempat print 3 keping je. Tengak tengok tv...dah ada arahan suruh bawa anak-anak ke pasar malam - nak cari pakaian untuk ke perkhemahan ahad ni. Lantak le....lepas Maghrib keluar la ana ke pasar malam tu. Hujan pun dah berhenti. Ana beli jagung dan celur2 ...pusing-pusing beli biskut masin...3 paket RM5.00. Teruk betuk harga biskut sekarang. Pastu duduk dalam kereta tengok orang asli beli makanan jualan orang Cina....ayam, sate goreng...besar juga belanja depa malam ni...duit habuan PRK baru-baru la tu kot. Sampai rumah 9.30 mlm. Sebelum nak masuk tidur ni, update blog ni dulu.

No comments:

Post a Comment