Tuesday, April 27, 2010

Apr 27

Selasa -Pagi ni tengah cari kerja apa nak buat. Bukan sebab tak ada kerja tapi banyak kerja tak tahu mana nak didulukan. Lepas kerja-kerja rutin - cetak kehadiran, baca email..respond online sambil dengar sinar, pergi cari kerja kat stor pejabat. Pengetua pula call suruh ambil gambar - PATS dan HEADCOUNT. Pergi la sat cari kelas tingkatan 3 kat blok 3 tingkat. Exercise sikit. Lepas tu minum ko;pi kat tempat biasa - kat stor pejabat. Sekali cari fail Harta Modal...dah lama cari tahun 2008 punya fail. Hari ni dah dapat. Bila dah dapat fail tu nak buat update bahan TMK kat OneNote. Datang pula JKR nak tengok bangunan nak rewiring. Daripada RM100K, diluluskan RM20K saja dulu.. Jadinya dapat survey 2 blok bengkel. Singgah kat kantin makan meehum. Sambung sikit lagi kerja dah time nak mesyuarat Tabung Kebajikan. Tengah mesyuarat JKR datang lagi dengan kontraktor nak tengok sekali lagi blok nak rewiring. Sambil mesyuarat sambil berkejar tunjuk tempat dan cadangan nak tambah lampu, kipas dan plug point. Akhirnya selesai kedua-dua kerja sekali jalan. Dah time balik...2.30 balik la ana..dalam hujan renyai-renyai selepas lebat turunya 30 minit tadi. Lepas zohor dah dekat jam 4..lelapkan mata sampai 5.30 ptg. Pastu menghadap NB..baca apa yang patut sambil proses 3 keping gambar penerima anugerah akademik 3 minggu lepas sampai 10.30 mlm. Masuk TIDUR dah dekat 11 mlm. Tomorrow is another day!!!

No comments:

Post a Comment