Monday, April 5, 2010

Apr 5

Isnin -hah tu dia...dalam senang lenang ..hari ni pack dengan event. Awal pagi tengah buat kerja rutin, ada call minta masuk taklimat untuk aktiviti hari Sabtu....tugas bahagian multimedia...dan tambah satu lagi buat business ambil ambil pos-pos istimewa. Lepas tu sambung pulak ..kena lagi ...esok sampi khamis ada kejohanan bolasepak mssm daerah. Selama ni bab-bab bola sepak ni ana tak terliabt...sekali deme nak buat live hari perasmian dan penutup. Ana tak kisah...tapi sikit sebanyak jejaskan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Lepas tu pula...kena ambil gambar team pemulihan BM yang dibentuk untuk bantu murid yang masih tak tahu membaca---selepas 6 tahun di sekolah rendah. Apa la yang cikgu budak2 ni buat selama 6 tahun..tak kesan dan ambil tindakan ka? ITULAH PERSOALAN? Dah tu time dah lebih jam 9..nak ke 10..ada yang kat pejabat jemput jamu selera..laksa ada, karipap ada, cendol ada, cucur badak ada. Sesuai sangat la ..sebab memang time makan berat. Dalam pada tu deme kat pejabat nak jual suratkhabar lama. Ana tolong callkan je lori yang selalu ..dah biasa dengan ana. Bila lori sampai..ana lepaskan kepada deme...itu urusan deme..duit masuk tabung deme buat beli barang-barang makan kat pejabat. Waktu tu dah dekat pukul 12 lebih...siapkan print bahan sikit..terus pi solat zohor...hari ni balik lambat sikit...ikut perancangan ada perjumpaan dengan bebudak Briged. Sementara tunggu 2.30 ptg..sempat daftar bebudak tu kat thinkquest.org Bila tiba time yang dijanjikan 3 orang je yang datang. Dah kali kedua....depa masih tak faham kehendak ana ni. Tapi ana tak kisah. Selesai dengan deme pukul 3.30 ana pun balik. Lepas azar menghadap nb buat movie staf untuk 10hb nanti sampai 10.30. Tunggu nak siap rendering je ni.....lepas ni nak masuk TIDUR.

No comments:

Post a Comment