Saturday, April 10, 2010

Apr 10

Sabtu - Fuh pasti penat hari ini. Ada program yang telah dirancang awal. Ada program yang terselit kemudian. Ada program tempias PRK P094. Pagi-pagi dah ke lokasi majlis anugerah kecemerlangan akademik..nasib baik kali ni dah ada ahli briged yang boleh diharapkan. Dia handle semua ...ana handle benda lain. Tamat kat situ 10.30pagi..jam 11..bergerak balik. Nak singgah ke tempat kenduri kahwin awal sangat..kebetulan ada Mini Maha kat kawasan lapang Pelasari dekat kawasan taman ana. Terus ke sana je...tapi orang tengah pasang-memasang lagi. Jualan pun dah ada juga. Spotlightnya malam ni..perasmian oleh Menteri Asas Tani. Ni rezeki tempias PRK....aktiviti diadakan tergesa-gesa gitu..tak ada tempat khusus...tempat ala kasar pun ok. Yang seronoknya nya untuk merasa tempias PRK, ahli PPK, LPK,UPK Hulu Selangor yang datang pada malam ni..dapat RM50.00. Lepas beli mangga dan karipap & pau sejuk..Ana pu rumah kenduri...bekas sm3kbian...dua-duanya. Lepas makan balik rehat sekejap...bukan rehat pun....edit gambar penerima hadiah sebab buat bisnes ambil gambar (untuk Briged Bestari juga). Tak sempat nak siap, dah dekat jam 2.30...bersiap pula ke mesyuarat UPK KKB. Yang ni memang dah lama dirancang...kena teruskan juga, Tahun ni tak la lelah sangat sebab presentation tak ada...tak payah sediakan dan pack peralatan. Mesyuarat pun berjalan lancar tapi habis pukul 5.30 ptg. Dapat elaun kehadiran RM30 dari LPK...dan RM25 dari UPK. Petang ni sempat update kat sini sebab jap lagi jam 8.00 nak pi tuntut RM50.00 kat MAHA. Rezeki jangan ditolak...penumbuk jangan dicari! Dah tu petang2 tengah tunggu nak Maghrib, pengerusi JKK datang minta hadir kursusu SPIES anjuran SUK untuk JKKK Hulu Selangor. Ana janji boleh gi lepas gi MAHA dulu. Lepas solat maghrib ke MAHA dah dekat 8.30...kata menteri mai 8.30...mungkir janji juga. Nak buat apa lagi....round2 la tengok sekeliling. Siang tadi dah round tapi malam ni lain sikit. Ada kambing golek...free. Ana rasa seketul je dagingnya sebab ramai beratur nak try. Jalan2 lagi sampai hujung khemah, ada hidangan nasi beriani free juga (semua ni tempias PRK). Ana tak makan la nasi ..minum air je. Tunggu punya tunggu 9.30 baru mula...menteri sampai, ucapan....tak sempat dengar ucapan menteri ana belah ke Kem Bina Semangat. Sampai je giliran Azmin Ali berucap...sedap dan menyengat juga ucapan dia. Tak sampai 45 mini kemudian MB sampai....banyak berita terkini diberikan. Selesai kat situ 11 lebih..ana pun balik...tidur dekat jam 12.

No comments:

Post a Comment