Monday, April 19, 2010

Apr 19

Isnin - keadaan badan masih tak sihat betul. Awal pagfi tadi check darah ..9.8. Sebelum keluar ke sekolah minum nestum je.Hari ni ramai yang datang nak jumpa. Bermula dengan ahli JKK minta buat surat mohon lampu jalan. Lepas tu datang teknician HP nak repair PC. Lepas tu datang pembekal nak ganti air con bilik server...2 horsepower kali ni. Lepas sekolah ada sesi dengan ahli Briged....buat thinkquest...sampai 3.30 ptg. Jam 4 balik....baring lepas asar...mata letih masih terasa...sampai 5.00 ptg. Tengah mengaji ...ada pula member datang nak jual hosting laman web. Hati tak minat tapi layan la juga...hujan pulak tu turun lebat. Sampai masuk Maghrib. Ingat nak keluar lepas Isyak...ceramah kat padang dalam kawasan taman ni...hujan tak berhenti sampai 10 mlm. Tapi dari kejauhan terdengar juga laungan REFORMASI...maknanya ceramah tu on walaupun hujan renyai. Guna masa yang ada untuk siapkan tempahan gambar hari anugerah...pmr,spm.stpm selesai. mencetak. Dah dekat 11 mlm..nak masuk tidur.

No comments:

Post a Comment