Wednesday, April 7, 2010

Apr 7

Rabu - Asalnya petang ni tak ada rancangan apa-apa...ada urusan dengan Ustaz Kassim ..hal UPK. Tup-tup semalam pengetua call minta attend meeting kat PPD jam 2.30 ptg pasal Anugerah Sekolah Amanah bawah Khazanah...ntah le butiran belum ada. Jadi seperti biasa hari ni Rabu kelas ada 3 waktu....sempat settle seperkara dua sebelum masuk kelas. Keluar kelas sempat minum sekejap....sebelum masuk kelas semula. Lepas kelas kedua 12.30 terus balik. Sempat jumpa pembekal buku program UPK. Balik lepas zohor..ke PPD. Hasilnya...kena siapkan butiran ..siap hari Isnin nak hantar. Nasib baik dah ada draft borang anugerah sekolah kluster..edit yang tu je le. Selesai pukul 4.30..tunggu ambil anak kat sekolah habis koku..ke rumah ustaz Kassim ...ambil duit program. Sampai rumah dekat jam 6.00. Sempat lagi tengok-tengok hal JKKK sampai 10.00. Masuk tidur 10.30...kononnya ada hajat tapi tak tau le.

No comments:

Post a Comment