Saturday, April 17, 2010

Apr 16

Jumaat - terlepas lagi update terkini. Sepanjang hari Jumaat...tumpuan kepada meyelesaikan urusan yang perlu diselesaikan hari ini juga..sampai terlupa nak buka blog ni. Lepas waktu sekolah...lepas solat jumaat...hadir ke mesyuarat JK Khairat kematian...sampai 6 ptg. Lepas Maghrib ada jemputan solat hajat oleh Pengarah Imegrsen Selangor kat pejabat cawangan KKB yang nak dirasmikan Sabtu 17hb oleh Hishamuddin. Semua segera punya, Dari cerita yang diterima...pakai SMS je arahan buka cawangan di KKB...cari tempat (bangunan)..buat kerja hiasan dalaman...2 hari siap. Malam ni ambil berkat minta solat hajat ..tak ramai pun..dalam 15 orang je....Pagi ni nak dirasmikan. Ana tak kisah...yang penting nak buat paspot tak payah ke KL atau Shah Alam. Jalan-jalan ke pekan KKB dah mula sesak sejak tengah hari bawa ke malam. Kereta-kereta luar banyak tersidai di tepi-tepi jalan...kat pejabat-pejabat kerajaan, kat bangunan UMNO, kat bilik-bilik gerakan. SB pun ramai berkeliaran kat Pekan. Trak-trak polis dan FRU pun dah kelihatan di sana sini dalam pekan KKB. Begitula keadaannya PRK - ada orang kata "JONG PECAH YU KENYANG". Ana baru dapat cerita - buka bilik gerakan dapat RM500.00 Bahan semua diberi percuma, makan minum pun ada peruntukan, berjaga, bertugas, melepak pun dapat habuan. Patut la ramai yang suka....semua kerana wang wang wang. Cuba kalau tak berwang...rasanya kosong bilik gerakan ka, pondok panas ke,,,atau apa-apa je. Apa pun lantak deme le..Ana tak kisah!!! Balik dah dekat jam 11.00 ..terus masuk tidur je.

No comments:

Post a Comment