Saturday, April 24, 2010

Apr 24

Sabtu- Semua program dirancang di sekolah terpaksa ditangguhkan. Mesy Agung Alumni tangguh 15/5/10. Bebudak MUET tak tahu la apa jadinya pagi ni. Bukan apa bila sekolah jadi tempat mengundi, pastinya persediaan dibuat hari ini. Masuk keluar pun dah tak macam biasa...pastinya ada sekatan dan halangan. Bab tu lantak deme la! Apa pun ana ada program sendiri hari ini. Sebelah pagi ni nak ke Serdang ambil barang anak ana yang dah mula cuti. Ni pun satu hal ana tak faham. Bulan belas baru bayar yuran semester...bulan ni dah mula cuti sampai bulan Julai. Apa citer? Sepatutnya belah petang ada app dengan Swiss Garden Hotel kat Kelab Golf KKB....dia offer kupon bermalam di hotel dia...ntah2 jadi macam odder baucer 300 susu kambing kat klang dulu. Apa pun kena pi tengok juga. Saja nak tau trick berniaga orang2 ni. So keluar dari rumah 9 pagi ,,singgah kat Hospital Selayang nak ziarah Hj Manap. Rupa2nya dia dah discharge hari Jumaat. Terus ke Serdang ambil barang-barang anak. kat situ je sampai jam 12tgh. Menjelang masuk waktu zohor singgah kat Keramat pula....ambil barang import dari Myanmar. Lepas solat, bergerak balik...jalan jem teruk kat MRR2 - habis dekat 1 jam kat situ...masuk ikut Sg Tua. Sampai KKB jam 4..terus ke Kelab Golf. Jadi offernya minta jadi member Swiss Hotel untuk nikmati kemudahan tinggal kat rangkaian hotel seluruh dunia- free. Memang menarik pada awal ceritanya. Yurannya tak la mahal sangat RM13650 - bayar ansur2 4 tahun untuk keahlian 30 tahun. Lu fikirla sendiri!!! Memang untung kepada orang2 yang suka dan selalu melancong. Tapi ruginya layak untuk 2 kali saja setahun = tidak lebih 7 hari setahun. Dek kerana angkanya agak besar, makanya ana terpaksa tolak tawaran tu..tapi offer tinggal free kat Swiss Garden 3h2m masih diberi. Yang ini tak tahu lagi benar atau kelentong. Dari situ ana ke stesen komuter, anak dari Skudai pula balik bercuti juga. Sampai rumah jam 6.30 ptg. lepak-lepak - makan, solat, mandi - keluar ke stadium KKB pula jam 9,00 mlm. Jalan penuh sesak bagai nak rak. Stadium penuh dengan orang. Yang datang bagi ceramah pun ramai - tapi yang ditunggu Nik Aziz. Selesai jam 12 lebih sikit. Kalau bawa kereta dan parking dekat2 stadum, alamat tak keluar 1-2 jam. Yang parking di luar jauh dari stadiun pun tak boleh keluar sebab orang parking bertindih2. Ana parking tempat special - kita orang tempatan tahu jalan belakang - sebab tu sanpai rumah jam 1.00 pagi. Tak boleh nak buat apa dah lagi..terus TIDUR.

No comments:

Post a Comment