Friday, April 9, 2010

Apr 9

Jumaat - Pasar malam lagi di KKB. Itu petang nanti. Pagi ni settle kerja dulu. Tolong orang tu, tolong orang ni....makan itu makan ini....kejar itu kejar ini...akhirnya kerja selesai juga. Urusan nak ke UNiRAZAK Rabu depan dah settle peringkat pengurusan awal. Pengurusan seterusnya dihandle guru ict. Masuk data SKPM online..settle..tak banyak yang nak dikeyin...cuma 1 mukasurat..tapi dek tak nak bertanya kepada yang uruskannya jadi keliru dan membebankan. Elok selesai siapkan RPH - Rancangan Pelajaran Harian - minggu depan? tak minggu ni punya..buat hari Jumaat. Balik ..lepas Jumaat kena gi sekolah balik...tengok tempat untuk esok ditangguh dari jam 3 ke 6 ptg. Sempat lagi 2 jam ubahsuai bahan. Keluar jam 5.30 ingat nak singgah pasar malam dulu sebelum ke Akademi Bomba..hujan turun lebat sekali...biasala 9hb..tulah sultan Selangor. Terus ke akademi..hujan masih lebat..orang2 kat situ yang hadir taklimat PRK pun tak dapat nak keluar. Jam 6 lebih redah masuk juga...test PA...dengan budak briged seorang. Jam 7 lebih balik baru singgah pasar malam - beli laksa minta 3 bungkus balik tengok 1 bungkus isinya bihun...laksa dah habis kot..tapi tak pulak orang tu tanya dulu boleh tak ganti dengan bihun..sorok2 dia isi belakang van..terus ikat dengan bungkusan laksa yang 2 lagi. Ana tak kisah...laksa ke bihun ke...ana nak kuahnya aje. Dah lepas makan tu kenyang la pulak. Nak tunggu Isyak...lepas ni rasa macam nak tidur awal.

No comments:

Post a Comment