Monday, May 11, 2009

Hari Isnin

Bermula hari baru minggu ketiga bulan Mei. Sesampai di sekolah kelihatan 5 muka baru (wanita belaka) berada dalam bilik pengurusan. 20 minit kelam kabut - guru-guru masuk bilik mesyuarat, para pelajar berhimpun di padang. Jadi teman ambil kesempatan uruskan 5 muka baru (pelatih UPSI) sebelum sesi pengenalan dengan PK bermula. Selesai sudah memberi taklimat serba ringkas dan mendaftar dalam sistem kehadiran staf, berlari pula untuk screen test (macam orang wayang pulak!) mencari team Cyberkids Camp. Selesai juga. Dalam pada itu sekali lagi baiki CD lagu terian Cikgu Nurul dan set kompilasi lagu untuk drama Cikgu Azura. Dalam pada itu "lari" sekejap ke SMKAP, tengok apa yang perlu untuk lawatan pengarah esok. Dah janji boleh sediakan team F1 untuk pameran, balik ke sekolah guru penasihat sibuk uruskan pendaftaran pelajar 6 Bawah. Dah nak dekat tengahari baru dapat maklumkan tapi kemudianya terpaksa hampakan harapan mereka sebab pelajar tak bersedia mengabaikan persediaan menghadapi peperiksaan mulai 13 Mei nanti. Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat!!!
Sempat juga tinjau projek thinkwquest. online sebelum balik ke rumah. Dalam pada itu NB tak dapat lancar IE....peliknya nak shut down pun tak mau ...habis..force shutdown je..esok ok kot.

No comments:

Post a Comment