Wednesday, May 13, 2009

BLACK WEDNESDAY

Bagi setengah orang BLACK MONDAY hari Isnin sebab lepas cuti 2 hari lengoh nak pergi kerja hari Isnin. Tapi bagi teman hari Rabu jadi BLACK sebab bukan malas nak pergi sekolah tapi jenoh mengejar masa nak masuk kelas - 3 kelas sekali dalam sehari. Lepas 80 minit pertama sempat selesaikan kerja rutin dan yang mendatang (Cikgu Azura minta buat semula CD untuk drama - mendatang la tu) belum sempat habis kerja dah masuk kelas pertama. Waktu rehat + 40 minit lagi sambung kerja dan kerja tambahan( bahan untuk kursus petang). Dalam pada itu ada urusan mendatang lagi (GITN nak check router)(pekerja nak servis air-cond)(Powerpoint presentation tak jalan di Dewan - orientasi Ting6) - semua nak kena 'attend to' - masuk kelas semula lagi 80 minit - rehat 40 minit lepas tu sambung kerja lagi - tak sempat bernafas - dah pukul 1.10 masuk kelas semula -last punya untuk hari ini. Tak pergi kantin? Mana sempat? Minum milo je..mujur orang-orang pejabat masak aiir..dapat juga minum buat basah tekak. Mulai hari ini hingga 28 Mei dari 2.30 ptg hingga 4.30 ptg dah kena uruskan dan bagi kursus dalam untuk staf...tak dak kerja cari kerja? tak juga ni le sebahagian kerja kena buat. Kalau tak buat nanti dipersalahkan orang.
4.30 ptg- selesai sesi 1. Daripada 20 orang yang datang PK,PKKoku,KBK,KBB,Ust.Aminah&Juariah,Cikgu Anida, Cikgu Halim & JTK Sopian.(Berapa orang drp 20?) - cuma 7 orang dah maklum dan ganti hari lain. Yang lain kira absent je kot.

No comments:

Post a Comment