Friday, May 15, 2009

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

...sepatutunya kit berehat dan pergi solat Jumaat awal waktu. Tetapi selagi tak pencen waktu terikat dengan kerja harian. Hari ni pelik semacam bukan dek kerja tapi dek makan. Pagi ni kena bangun extra awal...5.30pagi,selesai solat,zikir harian - dah keluar sebelum jam 7 untuk hantar anak ke tempat kerjanya (kerja sambilan sambil cuti semestar ni). Dari sana trus ke sekolah tapi..nasib baik tiada gangguan sangat dapat le sediakan bahan untuk slot taklimat bestari kepada pelajar baru tingkatan 6B.Walaupun terlewat 45 minit dari jadual asal, dapat juga sampaikan seperti dirancang. Lepas tu datang isu pelik....apa kata oramgrezeki harimau. Mula-mula geng pejabat buat makan-makan sambut harijadi kawan-kawan yang dilahirkan bulan ini.Macam-macam ada...nasi kerabu, lontong, kek, nasi impit, aagar-agar,ir sprite (yang menakutkan sebab teman ni diabetik!!!) tapi dek rezeki rimau- menguam jele. Lepas tu sempat selesaikan satu dau tugasan sebelum balik. Tak habis kat sini. Lepas solat Jumaat, pergi semula ke sekolah untuk masyuarat dengan pengurusan pejabat(tapi lebih kepada untuk preview bahan montage sekolah)...ada makan lagi.Tersedia untuk dijamah ...nasi berlauk, sup tulang, airpunch(buah-buahan je)..dah tak mampu nak makan. hirup sup je semangkuk & punch 2 gelas (banyak gula tu!). Ingatkan dah habis rezeki tapi oh tidak! Selepas tamat mesyuarat sambil preview ada makan lagi..cucur udang dan sagu gula(badak berendam?).Yang ni tak boleh buat tak tau...pekena semangkuk...manis lagi!Tapi tak apa kan? Hari Ini Saja!!! Lepas ni makan ubat!!!

No comments:

Post a Comment