Thursday, May 28, 2009

DAH BALIK !!!

Pukul 5 ptg sampai semula kat rumah dari Pangkor. Semua selesai dalam pukul 11.00 pagi. Pembentangan telah dibuat. Keputusan telah dicapai. Hasilnya telah disampaikan melalui email dan googlegroup. Nak maklumat boleh juga tengok kat www.gpbnsde.blogspot.com
Lepas hi-tea terus naik feri pukul 12.15 tgh. Dalam perjalanan banyak juga dapat bincang dengan S/U JK GPB Selangor. Lepas ni mesti buat tindakan susulan agar Daerah Hulu Selangor terunggul dalam Negeri Selangor dalam bidang ICT - sebab Pengerusi dan S/U orang Hulu Selangor. Dalam pada itu pun harap 10 GPB yang ada kat Selangor dapat ikut dan buat apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat 2 hari ni. ITULAH HARAPAN...sebab ikut pengalaman lepas banyak perkara habis di tempat mesyuarat. Balik ke sekolah tak semua terlaksana. Tak boleh salahkan gpb juga sebab bila sampai kat sekolah dah ternanti 'tugasan-tugasan mendatang', yang dipersetujui tidak mendapat sokongan dan pelbagai kekangan lain, dah tu tak ada sapa nak pantau - dah buat ke belum, berjaya ke idak, jadi ke gagal..tak ada sapa nak tanya.
Tapi kali ini harap lain sikit le sebab semuanya boleh dibuat online - nak check blog sekolah -tengok je online, hasil-hasil rujukan ada di googlegroup...malah nak berhubung pun dah ada oovoo. TO BE OR NOT TO BE ! ITU JE !!!

No comments:

Post a Comment