Thursday, February 2, 2012

Feb 2

Khamis - sedang menanti seseorang untuk ke PKG Kg Soeharto.. sedangkan hari ni ada mesyuarat jk pengurusan. Terlepas lagi peluang nak bentang mcm. Lepas tu ada pulak taklimat program pagi esok.. nak kena siapkan slide show....come what may!!! Lepas 7.30 baru nak bergerak pergi.. sampai 8.45 pagi kat PKG Kg Soeharto. Kandungan bengkel berulang mcm tahun-tahun lepas.. tapi nampaknya Penyelelaras PKG Kalumpang ni ada vision sikit.. ada hajat nak selaraskan pengurusan makmal & ict... tapi tu la dokumentasi rasanya mcm yang kita-kita buat je sejak 10 tahun lalu. Tak kisah la untuk kebaikan bersama. Cumanya bolehka yang lain2 tu ikut dan akur dengan prosidur berjela2 yang dibentangkan. Selesai sesi hampir 3 ptg.... sampai KKB 4 ptg. Sempat zohor lepas tu asar... keluar jumpa bendahari upkkkb serahkan buku akaun. Balik rumah dah 7 mlm..baca Anak Apak sebelum solat maghrib. Lepas tu ke masjid isyak.. bincang2 dengan Setiausaha majlis maulid sabtu depan. Balik 9 lebih... tv dah tak sempat nak tengok 2-3 minggu ni... siapkan dokumen untuk mesy JATIKAP esok...nak online pun tak ada mood .. masuk tidur je 11 mlm.


No comments:

Post a Comment