Friday, February 3, 2012

Feb 3

Jumaat - lapor terus dari Dewan Gemilang Asrama. Lepas hantar ongumah & anak 5, terus ke asrama ni. Ada program motivasi untuk pelajar PMR yang dijangka cemerlang. Akses cantik dari sini... pakai YES. Semalam dimaklumkan org sana boleh pantau penggunaan YES ni. .elok la biar depa tau kerja guru bukan saja kat sekolah... dan bukan ikut waktu kerja. Ni ada banyak kerja tak beres untuk hari. Baru teringat buku rekod mengajar tak isi lagi... lepas program ni sempat ke nak buat... come what may!!!selesai kerja kat asrama sempat ke seklah lepas 11 pagi. Selesaikan dulu buat RPH..sempat la hantar. Ada yang nak jumpa pun minta jumpa ptg nanti. Yang nak hantar bekalan ubat pun tak jadi dtg. Balik mcm biasa. Lepas solat jumaat, ambil ongumah.. salin baju, keluar semula ke mesy jatikap. Mula 3.30 ptg..mana boleh nak tepat... ada je yang sampai lewat. Habis mesy 5 ptg... kemas itu ini jam 6 baru sampai rumah. Sempat asar... lepas maghrib baring terus terlena sampai 10.30 mlm. Bangun untuk isyak... baca Anak Apak sampai 12.30 masuk tidur.

No comments:

Post a Comment