Saturday, April 30, 2011

April 30

Sabtu - lepas Subuh di masjid..makan roti 11/2 keping cicah telur goreng manis bergula masakan jemaah tabliq Trengganu.. balik dah 7 lebih. Beli 4 bungkus nasi lemak gerai depan rumah jiran lorong hadapan.makan dgn anak bini..2 org bujang yg tinggal..sorang dah ke kem remaja. Lepas tu menghadap NB buat surat2...print surat2...dptkan tandatangan pengerudi JKKK. Sampai waktu makan tgh hari...lepas solat ni tunggu nak pi mesy penyelaras DUN..3 ptg ni. Lepas tu katanya nak tengok balai raya..lepas tu nak jumpa seserang. Program di Damansara tak dpt ikut le..ongumah ngan anak2 je pi...malam ada mesy tubuh JKP taman..takut lambat balik.. come what may!!!Nampaknya tak dapat ikur ke majlis harijadi cucu di damansara.Ongumah je pi. Keluar dari rumah pukul 3 dalam hujan renyai..tumpang Cikgu Sukor. Selesai bincang2 dengan YB..beredar lawat balai raya... kpg kelapa, ampang pecah, tmn damai dan tmn bukit bujang. Sempat juga offer YB minum dan makan bikut (air dipesan dikedai tak sempat nak minum..bungkus je) ada juga rezeki minum dengan YB air bungkus n biskut. Balik dah agak petang..pukul 6..layan tengok maharaja lawak minggu 5 sampai maghrib...terus isyak..hujan masih renyai kat luar sana. Tak dpt ke masjid..naik basikat basah la kan. Tunggu Tajul (Ketau Kampung) dtg ambil..tumpang di ke mesyuarat penubuhan JKP. Balik dah 11 lebih...ongumah n anak2 dah balik..sepupu depa dari KL ikut balik. Masuk tidur dekat 12 juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment