Thursday, April 21, 2011

April 21

Rabu,20.4.11 - Dalam jaga2 tak nak miss entry setiap hari, boleh terlepas juga hari Rabu semalam. Bukan sebab apa..masuk ke blik buat itu ini,,fikiran tengah tunggu jadi ke idak nak ke Shah Alam. Lepas tu terus ke kantin makan pagi. Lepas tu jadi ke Shah Alam. Sampai pejabat Kementerian Pengguna pukul 9 lebih. Selesai perbincangan..balik dah 11 lebih. Singgah2 pula...ambil buku bank JKKK, terima whiteboard tusyen rakyat... singgah bank keluarkan duit. Balik ke sekolah .. lepas zohor sambung kerja dlm bilik. Nak pindah clip pun tak sempat..sampai pukul 5 lebih baru bergerak balik rumah. Dari jam 6 kado hajat sampai 7 mlm..solat asar gajah lagi..maghrib...isyak di masjid. Patutnya ada kuliah..tapi ustaz tak datang..nasi lemak datang juga..pekena 2 bungkus. On the way jumpa Ameer..singgah kedai bincang2 je tak makan tak minum..kedai dah nak ditutup. Balik rumah hampir 10mlm. Isi borang cukai pendapatan..ongumah buatkan.. masuk tidur 10.30 mlm.
Khamis - sejak masuk ke blik ni tak henti2 dengan kerja. Kerja memindahkan clip video Kelab F1 yang tertangguh sejak Isnin, masuk kelas, keluar kelas,sambung kerja. Petang ni ada planning nak jumpa YDP MDHS, nak buat panggilan siasat panggilan lucah ongumah terima pukul 4.30 pagi tadi, nak call SPRM... sempat ke nak buat semuanya..come what may!!!Lepas kelas semua nampaknya berjalan lancar,, yang nak dikontek dah dpt kontek kecuali panggilan lucah je. Tak masuk line dia. Dapat juga call SK Pantai Labuan minta nombor tel JTK ganti. Call pula dia ..kata dia cuti tanpa gaji. Ok la tu urusan dia... dah mohon ke?, dah lulus ka? lantak la. Sempat juga makan kat kantin.. bihun dan semangkuk bubur kacang durian... akibatnya dua kali masuk jamban. Kena pula masa tu org Kaypi dtg nak check aduan tahun lepas. Settle sebelum balik..sampai rumah dah 3 lebih. Dalam pada tu anak dr Serdang balik..minta anak Jepun pi ambik..sekali ambik ongumah kat sekolah. Lepas tu layan tengok tv.. sampai maghrib... Isyak di masjid.Ingat ada kenduri..silap haribulan. Masa anak pi ambil anak balik tusyen kirim beli roti canai. Pekena 2 keping sblum masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment