Monday, February 22, 2010

Feb 22

Isnin - Awal pagi on the way to school, Pengetua dah call bagi tau pagi ni ada majlis nak kena buat live. Ana tak kisah...elok juga bagi tau awal-awal supaya ana sedia maklum apa nak buat. Bukannya apa pun,,,,perhimpunan pagi ni kira perhimpunan unit uniform kali pertama. Seiring dengan itu ialah Hari Peringatan Anti Dadah Kebangsaan.... yang sepatutnya pada 19 Februari. So...semua berjalan lancar...gambar dapat, live telecast pun buat....blog pun dah update. Ni dah tengah hari....pagi tadi makan roti 2 keping je...sampai lani baru pekena 2 biji limau. Badan masih rasa tak berapa sihat tapi tak le teruk sangat. Awal pagi tadi lepas mandi pagi badan rasa seram sejuk. Lani rasa macam nak menggigil pula. Tengah fikir ni nak pi makan ke tak. Kat rumah lauk semalam ongumah masak tak sapa makan lagi. Rasanya balik nanti baru nak makan nasi. Kalau makan berat lani tentu kenyang pula. Ahh...minum kopi je le.

No comments:

Post a Comment