Tuesday, February 9, 2010

Feb 9

Selasa - Hari ini pasar malam...semalam gaji bulan 2 dah masuk...alamat la kalau tak pandai berjimat...bulan depan melopong le. Hari ni kerja macam biasa. Tiada tekanan...tiada gesaan. Dalam pada tu pun ada juga kerja yang tergendala sebab kerja ni melibatkan orang lain. Tak yah nak citer la kot...bukan membebankan pun. Ni tengah tunggu anak selesai aktiviti...penyerahan watikah perlantikan ketua & pen ketua kelas. Ni pun satu hal juga....buat aktiviti kat dalam sekolah tapi tak nak bagi tau ana...bukan sebab ana bos tapi dah bagi tau awal tahun dulu...segala aktiviti kat dalam sekolah ni biarlah dapat disiarkan / diuarkan dalam blog sekolah. Baru ada bahan nak diupdate hari-hari. Semalam dan hari ni tengok je kadet polis pergi latihan menembak...kan berita tu? bukan semua sekolah ada peluang buat macam tu. Hari Sabtu dulu dengar khabar ada rombongan ke UPSI...BITARAAN koir...takat pinjam kamera nak ambil gambar nak jadi apa...beritanya tak ada...ceritanya tak ada..nak dokumentasi macam mana? Lantak kome le hai!!! Ana dah tak kuasa nak cakap, tegur apa tah lagi komplen. Lagi senang kerja ana...relaks je. Ni lepas ni nak balik ..terus boleh lepak tengok tv...Petang kelaur jap ke pasar malam. Lepas Maghrib ada pula staf jemput ke majlis solat hajat kat taman dia...esok dia nak buat pemeriksaan penyakit SLE ..selagi buat qiqah anak baru dia. jJadi ke sana la...makan kambing ...pukul 10.30 baru balik...dek makan kambing..rasa pinau-pinau pun kepala ni...sebab dah mengantu ke atau sebab kambing....ntah le..ubatnya TIDUR je.

No comments:

Post a Comment