Sunday, February 14, 2010

Feb 14

Ahad - Cuti TBC hari ini dan lagi esok pun cuti. Hari ni kena masuk awal kat sini...malam ni pasti tak dapat dapat balik dari astro mau sampai 12 mlm. Jadi pagi ni sempat pi pasar, pi kebun dan lepas ni nak pi kenduri lagi. Bukan kenduri kawin tapi kenduri pelbagai....masuk rumah, ipar dapat kerja, bla bla....Dari sana nanti rehat kejap....lepas asar nak bertolak ke rumah anak buah di Jelatek sebelum bergerak konvoi ke Bukit Jalil....sokong MAMU Raja Lawak !!! Bertolak dari rumah jam 5.45 ptg....terus ke Kondo Seri Maya Jln Jelatek...rumah anak kakak nombor dua. Kakak nombor 1 dan nombor 4 pun ada sama. Dia mai lagi ...minggu lepas pun dah mai..seronok la tu gamaknya. Elok sampai...makan-makan sikit dah masuk waktu maghrib..sempat le solat dulu sebelum keluar. Sampai kat Astro dah 8>...tapi belum masuk studio lagi. Bila dah waktu nak masuk studio, ada la taklimat yang depa bagi. Biasale handphone mesti off...kamera tak boleh bawa (gunapakai le tu ) sbb katanya semua pemandangan dalam bangunan ASTRO hak milik persendirian......tak boleh pakai slipar. Bab ni ana tak faham sangat sbb masa juri masuk...Din Beramboi pakai slipar je. Lepas tu kattanya lagi budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk. Tapi bila dah masuk ada sekumpulan penonton diasingkan kedudukan mereka siap ada budak-budak lagi...pastinya staff Astro kot. Inikah dinamakan double standard??? Apa pun show berjalan lancar dan tamat 10.30 mlm. Bila keputusan diumumkan Idlan dan Mamu naik sebagai calon bottom 3 - rupa-rupa bab ni pun depa nak buat gimik sedangkan MAMU berada di tangga 1 dan Idlan di tangga 2. Patutka macam tu. Ini semua strategi nak masukkan lebih banyak duit kocek depa...inikah dinamakan kapitalisme???? Bior je le !!! Ni ada beberapa shot dari kamera handphone....bersama Johan....anak buah ana...kump MAMU... anak ana bersama Idlankumpulan KECIK dan...anak ana sorang lagi bersama Alex. Semuanya gumbira sekali kerana dapat bersama bakal star di masa depan.

No comments:

Post a Comment