Thursday, February 18, 2010

Feb 18

Khamis - baru balik dari Hospital. Bukan apanya dah lewat 3 bulan tak tunai temu janji. Sementelah hari ni free...masih cuti gitu...jadi elok la pergi. Lagipun boleh ambil ubat untuk sakit tekak/guri, batuk dan selsema. Dapat la ubat banyak nak kena telan. Check gula dalam darah - 11 lebih...walaupun semalaman tak makan nasi..cuma nasi lemak je pagi tu. Tengah hari sup sayur, mlm makan 2 potong kek buah...limau 2 biji. Sepatutnya awal pagi puasa sebelum check darah..tapi awal pagi tadi minum air RO je. Memang sblum ni pun dah pernah buat experimen...minum air pun glukos dalam darah naik.....hari puasa pun glukos dalam darah naik. Mengikut kata pakar, kalau perut kosong dan tak ada bahan nak didigest oleh asid yang keluar ikut masa dalam usus, organ, otot atau sebagainya akan menjadi sasaran untuk dihadamkan. Sebab tu kadar glukosa dalam darah tetap akan tinggi kalau insulan dalam badan dah lemah...itulah gunanya ubat. Semalam ana ada baca pengakuan Omar Din....guru silat. Dia cukup jada makanan dan kesihatan...guru silat la katakan. Tetapi kena serangan jantung juga. Raupa-rupanya kegemarannya sejak muda....10 gelas teh tarik sehari sampai le ke saat dia masuk IJN. Tu dia...ana kira masih ok sebab tak amalkan minuman tu... kalau minum pun teh 0 kosong lagi...kopi pun kopi 0 kosong...semuanua kosong. Tetapi balik kata pakar tadi, bahagian yang terakhir akan dihadamkan kalau perut kosong ialah bahagian perut. Sebab tu perut gendut, buncit, boroi...susah nak kempiskan. Jalan keluar... exercise untuk bakar lemak. Dah le ye...lepas telan ubat tadi ada ubat yang jadikan ana mengantuk...jadi kena letak kepala sat.

No comments:

Post a Comment