Monday, March 1, 2010

Mac 1

Isnin - Hari pertama bulan ketiga..sudah mulai sibuk. Awal pagi ada perhimpunan khas...kaunselor sekolah bersara. Biasa le....ambil gambar peristiwa dari mula sampai akhir. Lepas tu buat kerja kat dalam bilik....sambil GITN check router yang dikatakan rosak. Minggu lepas dah ada teknician datang..tukar router...dijangkakan rosak..tapi masalah masih ujud. Kali ni yang pakar datang..sekali tengok dia tau router memang rosak tapi bukan seperti yang dijangkan...rupa2nya salah label. HQ kata A...jadi dia check dan tukar yang A ...sebenarnya yang rosaknya B...B ni dalam rekod HQ ialah A. Faham ?? Tak faham tak pe...bukan masalah negara pun. Lepas tu sempat buat tuntutan ke BTP minggu lepas....dah sampai waktu balik. Pukul 3 kena pi Rest House KKB ada majlis lagi untuk yang bersara. Dari awal dah dibagitau makanannya chicken chop...dari awal ana tak bayar untuk makan-makan. Ke sana untuk ambil gambar dan raikan kawan-kawan. Selesai kat situ 5.30....teringat tak update blog ni. Nasib baik anak dah kena ban bukan internet....Mak dia yang bankan sbb minggu depan dah ada ujian bulanan. Dan rasanya sampai malam tak buat kerja lain selain menghadap TV.

No comments:

Post a Comment