Thursday, March 18, 2010

Mac 18

Khamis - Lepas ke pasar, terus datang ke sekolah. Appoinment dengan RA - SPS sampai 1.30 tgh. Fasinya dari SMK Bangi / Cyberjaya...Maz !Patut le Musa Bangi tak rajin nak masuk gmail chat....sebab ada yang lebih sedap memandang di depan mata. Tak pe la rezeki masing-masing. Apa pun dekat 4 jam dapat settle 5-6 modul SPS. Balik pukul 2..makan..solat..tidur jap..ingat jam 4 nak keluar ..terlajak sampai asar.Lepas asar dah dekat 5.30 baru bergerak ke Serdang.Untuk mengelak jem,ana cuba la masuk jalan-jalan yang sepatutnya tetapi banyak simpang siur dengan salah tanda jalan...melalut sampai ke mana-mana..habis masa 2 jam atas jalan..sampai kampus upm 8.30 mlm. Bukan nak lama pun kat sana..hantar barang je..pas tu nak keluar pusing lagi 2-3 kali baru jumpa pintu keluar. Sejak awal hantar anak daftar kat sana dah dapat rasa tak selesa...sampai lani pun nak masuk nak keluar tak pernah nya dapat lurus sekali jalan. Sampai KG Baru ..tidur sini malam ni...pukul 10 mlm....makan-makan dah 11 lebih. Esok nak bangun 4 pagi...nak bergerak ke LCCT sebelum Subuh...check in 7 pagi...nak ke SABAH.

No comments:

Post a Comment