Monday, March 22, 2010

Mac 22

Isnin - Pagi yang mengantuk sikit....semalam tidur dekat pukul 2..sampai rumah dari airport pun dah pukul 1lebih, Kalau tidak kerana membantu sahabat yang keretanya tak boleh nak start...tersadai 2 jam di LCCT...jam 11 patutnya dah ada kat KKB. Kena pula dah lama tak hujan, semalam hujan lebat hampir seluruh Selangor kot. Keletihan 3 hari di Sabah belum habis lagi, hari ni dah ke sekolah. Masih boleh bertahan.....kerja rutin dah selesai. Skarang tengah tunggu seseorang yang janji nak buat termuduga- thesis PHDnya. Jadi rasanya nak lelapkan mata sekejap...nanti dia sampai dah nak kena layan. Oh tidak....baru dapat berita dia dah postpone ke esok. Jadi bolehlah siapkan kerja-kerja lain. Sehari berlalu begitu sahaja....tumpuan kepada satu surat dari UNIRAZAK....sediakan dokumen awal terima pelawaan sertai Program Sehari Bersama UNIRAZAK. Sampai waktu balik siap dokumen..untuk difaks dan edaran kepada guru terlibat. Cukup time..balik ..ingat dapat tidur tapi buat itu buat ini ..tengok dah petang. Malam pun tak ada ummppph nak buat apa...keletihan masih terasa gamaknya. Jam 11 juga masuk tidur.

No comments:

Post a Comment