Thursday, March 25, 2010

Mac 25

Khamis - Gaji time...hari ini gaji masuk setelah 11/2 bulan menanti. Tapi apa pun masuk hari ni, esok dah habis....bayar hutang piutang...Keluar pagi balik petang dapat gaji bayar hutang. Silap besarnya kenapa berhutang. Kalau tak banyak hutang tak la menanggung beban berterusan. Tapi apa nak buat taik kambing bulat-bulat. Kerja kena dibuat macam biasa. Habiskan kerja rutin dan yang mendatang. Jumpa pelajar itu dan ini. Settle masalah itu dan ini...sampai waktu masuk kelas. Antaranya pula dari 10.30-11.50 masuk kelas relif pulak. Dapat la jumpa bebudak kelas tu untuk ambil gambar mereka. Lepas kelas ada mesy ringkas pasal nak diadakan Majlis Anugerha Cermerlang Akademik - 10 April nanti. Selesai pun awal 3 ptg siap semuanya. Singgah post office ambil roadtax kereta Charade RM20 je ..tapi insurannya naik 100%. Dulu RM90...hari ni naik RM190. Dah tu tak cover kemalangan..cuma kebakaran dan kecurian. Apa la nak jadi dengan orang2 atas ni. Fikirkan tembolok sendiri je kot ataupun ini cara lain kerajaan kutip cukai tak disedari ..tak payah bentang kat Parlimen...arahkan Bank Negera keluarkan peraturan syarikat insuran kutip duit bagi depa. BAGUIH betul....penyangak siang hari!!! Dah le malam baca berita MP Hulu Selangor meninggal. 60 hari lagi ada pilihanraya kecil kat Hulu Selangor...meriah la nanti. Banyak duit bertaburan...banyak projek berjalan lancar. Itupun kalau ada yang nak ambil peluang la. Masalah negara yang difikirkan malam ni sebelum TIDUR.

No comments:

Post a Comment