Friday, March 19, 2010

Mac 19

Jumaat - melapor dari LCCT. Bangun pukul 4.00 pagi...bersiap sedia..keluar dari rumah 4.45 pagi ..sampai LCCT 5.45 pagi.Sempat solat Subh berjemaah di surau airport..dapat sujud tilawah...imam kampung. Flight 8.00 pagi delayed 8.30. Jarang-jarang naik flight..jadi tak tahu jalan urus di sini. bagi yang biasa , relax je bertolak dari rumah 5 pagi, sampai 6.30 pagi sempat solat Subuh....check in...sempat pi makan lagi. Tapi Ana tak kisah. Ada masa lapang nak update kat sini.
Sesi 2 - mendarat di KK jam 10.45 pagi. X-sm3kbian Azman sedang tunggu nak bawa ke rumahnya di Kampung Lembising. Dapat le jumpa anak bini dia ...dengan dia pun dah 29 tahun tak pernah bertemu muka. Kini masih di rumahnya tunggu tuan rumah balik dari mesjid. Ana kan musafir...buat jamak je kat rumah ni. Lepas ni nak bergerak ke Ranau... tempat pengantin. Tempat tingglnya blum pasti rupanya.
Sesi 3- lepas sembang-sembang kisah lama, tengok2 gambar lama, bergerak ke port kumpulan semuanya grup yang datang ke Sabah ni di Marina Court. 2 jam lebih dari KK nak sampai ke Ranau. Singgah jap kat Kundangsang, beli keropok ubi kayu sira gula merah...sedap...perut tgh lapar. Dalam pukul 6 sampai kat tempat menginap..chalet macam rest house. OK gak dalam nya...tv ada, air panas ada, sabun ada, air ada. Malam ni punya program majlis berinai. Saja je nak tengok adat orang Dusun di Ranau ni. Lepas Maghrib 6.30 ptg...dan isyak 7.30 mlm..jam 8.00 nsnti ke rumah pengantin.

No comments:

Post a Comment